18 Tahun yang lalu
.
.
.
.
.“Uwaa... uwaa!”
Bergema ruangan bilik itu dipenuhi tangisan kecil si bayi. Kaki kecilnya dihentak kecil dan sepasang tangannya terawang-awang di udara. Bayi yang baru sahaja dilahirkan itu kelihatan sangat sihat dan aktif. Hal itu menjemput perasaan syukur yang meninggi dalam hati semua orang yang berkumpul di bilik beradu itu.
Yina, ibu kepada bayi itu sudah tersenyum lega walaupun nafasnya masih tercungap-cungap kerana penat melahirkan anaknya. Anak yang datang dari benih kekasihnya.
Ya kekasih, bukan suami. Kerana dia hanyalah perempuan simpanan Duke Wiston.
“Syukur!” bergema ruangan bilik itu dengan suara Duke Wiston yang kuat kerana gembira. Wajahnya kelihatan sangat bangga seperti dia baru sahaja memenangi loteri. Dia sangat berharap anaknya yang ini adalah bayi lelaki yang bakal mewarisi harta dan legasinya.
Masa berlalu, Duke Wiston kini setia duduk di birai katil sambil meriba Maribell Hanese yang baru berusia 3 tahun di atas ribanya. Maribell adalah puteri sulung Duke Wiston bersama isterinya, Duchess Agatha.
Sesungguhnya Duchess Agatha adalah satu-satunya wanita yang amat disayangi Duke Wiston. Tapi kalau dah sayang, kenapa harus menyimpan perempuan simpanan?
Kerana Duchess Agatha telah disahkan mandul dan tidak dapat melahirkan lagi selepas melahirkan Maribell Hanese.
“Tuan.” panggil seorang pembantu, Puan Alice. Dia adalah dayang peribadi yang ditugaskan untuk mendampingi Yina sebagai perempuan simpanan di dalam rumah agam ini.
“Saya sudah mandikan bayi.” ujar Puan Alice sambil mendukung bayi yang sudah dibalut oleh kain lampin bewarna putih.
“Yes, akhirnya pewaris aku!” dengan senang hati Duke Wiston berkata lalu Maribell yang tadi di atas ribanya diletakkan di atas lantai.
Yina yang tadi memejamkan mata untuk berehat segera mencelikkan matanya. Dia cuba mencari dari mana arahnya bayi yang baru dia lahirkan tadi.
“Anak saya... Saya nak tengok anak saya... Tolong...” sayu suara Yina cuba merayu, dia hanya mahu melihat wajah anaknya sahaja.
Kerana dia tahu, usai dia melahirkan bayi lelaki, Duke Wiston akan mengusirnya. Kewujudannya di rumah agam ini juga hanya untuk melahirkan benih lelaki bernama Duke Wiston itu sahaja.
Bergema suara Duke Wiston ketawa. Ketawa besar. Dia mengambil bayi di dalam dukungan Puan Alice secara kasar dan menilik wajah bayi itu.
Baru beberapa saat dia menatap wajah bayinya, senyumannya mati. Dia memandang Puan Alice. Tajam.
"Ini bukan bayi lelaki !" Jerkahnya, berang tidak dapat menerima hakikat. Musnah angan-angannya ingin memiliki anak lelaki .
"Bayi perempuan, tuan..." Puan Alice menjawab dengan tenang, wajahnya biasa biasa saja. Bersedia untuk menghadapi amukan Duke Wiston.
"Tak guna , aku bela kau untuk bagi aku zuriat lelaki. Bukan perempuan !" Wanita yang terbaring lemah di atas katil merenung Duke Wiston. Dia yang lelahnya belum habis selepas melahirkan diserang pula dengan amarah Duke Wiston.
"Bukan kehendak saya" balas Yina. Jika dia masih kuat mungkin dia akan melawan. Tapi sepanjang dia melawan , ketika itu Duke Wiston akan naik tangan padanya. Dirinya juga diperkosa berkali-kali.
Sudahla Duchess Agatha juga membencinya. Yina dilayan tak ubah seperti pelacur. Hidupnya malang sekali , semuanya bermula bila dirinya dijual oleh ayahnya sendiri.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantezie"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...