Bab 15 : Madness

6.5K 664 497
                                    

Kalau banyak komen, double update harini.

Selepas makan tengahari Hayden membawa Hessabell keliling Bandar Burton seperti yang dia janjikan tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas makan tengahari Hayden membawa Hessabell keliling Bandar Burton seperti yang dia janjikan tadi. Hessabell tersenyum kekok kearah beberapa orang penduduk yang menegur dan menunduk hormat kearah Hayden dan juga dia saat mereka berdua berjalan beriringan.

Hayden hanya bergumam, dia menarik lengan Hessabell yang terhegeh-hegeh berjalan di belakangnya.
"Kau duduk kat punggung aku kenapa?"

"Dah awak jalan laju" balas Hessabell, susah juga nak kejar langkah Hayden dengan kaki panjang lelaki itu.

"Siapa suruh pendek, jalan lambat"
Hessabell sendiri keliru, Hayden nak ajak dia jalan-jalan atau marathon lumba lari ni?

"Awak kejap" Hessabell menepuk-nepuk tangan Hayden yang menarik lengannya untuk mengikuti langkah lelaki itu. Hayden terus melepaskan pegangan, sedar yang wanita itu tak selesa.

"Sakitlah.." ujar Hessabell sambil menggosok lengannya. Hayden tak beriak.

"Oh" balasnya pendek. Berkerut dahi Hessabell.

"Tu kedai, banyak barang yang perempuan suka kat situ" ujar Hayden seraya menunjuk ke satu arah.

"Elysaine punya favourite place " tambah Hayden lagi. Perasan akan pandangan aneh dari Hessabell apabila dia menyebut 'perempuan suka'.

"Oh, tak tanya pula" Hessabell membalas dan melangkah ke kedai yang ditunjukkan Hayden. Terkedu lelaki itu, Hessabell balas dendam ke apa ni?

"Cantiknya" puji Hessabell sambil menilik semua barangan antik dan pelbagai jenis perhiasan di dalam kedai kecil dan usang itu. Dia terus rambang mata, jakun tiba-tiba tengok semua benda di situ.

"Ambillah berapa kau nak" ujar Hayden, menutup segan. Hessabell berpaling apabila terasa haba di belakangnya.

"Tuan Royce" mereka berdua berpaling ke belakang, Karmalia. Satu-satunya ahli kesaktria wanita yang turut mengikuti mereka untuk ke istana Royce.

"Belila apa kau nak" Hessabell kaku apabila Hayden melangkah keluar dari kedai meninggalkan dia sendiri.

"Erm...erm.." Hessabell takut-takut memandang si penjual yang sudah tersenyum kearahnya.

"Cantiknya isteri komander Royce" pujinya, baru berani menegur selepas Hayden keluar dari kedai.

"Tak adalah" balas Hessabell lalu tersenyum kekok. Dia kemudian menyambung meneliti barang di kedai itu.

"Murah je Puan, setiap barang 1 syiling emas ke bawah" ujar penjual itu. Hessabell mengangguk sahaja, matanya tiba-tiba terpandang satu barang yang tergantung di atas.

Masquerade.

"Kau pergi dulu, aku akan datang sendiri" ujar Hayden kepada Karmalia sebelum masuk kembali dalam kedai. Dia mendekati Hessa.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now