Bab 18 : Love

6.6K 612 477
                                    

Banyak komen esok updte. Ehek !

Untuk menebus kesilapannya, Hayden mengajak Hessa jalan-jalan untuk sekali lagi sebelum bertolak untuk ke istana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untuk menebus kesilapannya, Hayden mengajak Hessa jalan-jalan untuk sekali lagi sebelum bertolak untuk ke istana.

Walaupun Hessabell sudah menolak banyak kali kerana tidak mahu menyusahkan,Hayden tetap berdegil . Selagi Hessabell menolak, selagi itu dia tidak akan tenang.

Pada pagi itu juga semua orang terkejut termasuk Harry, Elysaine dan juga Karmalia selepas melihat penampilan baru Hayden yang semakin segak.

Masquerade hitam pemberian Hessa sudah menggantikan topeng raksasa di wajah Hayden. Bila Elysaine bertanya kemana perginya topeng raksasa , lelaki itu selamba membalas.

"Aku buang"

Terkejut juga mereka apabila Hayden senang-senang menggantikan pelindung wajahnya itu. Padahal topeng raksasa yang menutupi mata serta hidung itu sudah sebati dalam hidup Hayden.

Penangan Hessabell mungkin? Hehe.

"Faham tak ?" Soal Hayden. Hessabell mengangguk laju , senyuman lebar tak lekang dari bibirnya. Gembira bila Hayden mengajar banyak perkara sejak datang ke tengah bandar Burton itu.

Hayden mengajarkan dia cara menggunakan syiling emas, apa beza syiling tersebut dengan syiling perak serta gangsa.

Dia juga memberitahu satu persatu cara untuk menyewa kuda, siap bawa Hessabell pergi tempat utama di mana semua jenis kereta kuda dikumpulkan.

"Cantiknya" ujar Hessa ketika mereka berdua melangkah keluar dari kedai jam. Hessa membelek-belek jam poket yang dibeli Hayden banyak kali.

"Mesti mahal. Tak apa ke?"

"Anggaplah itu hadiah" balas Hayden.

Semua yang berlaku hari ini amat asing baginya, dia terasa sangat bebas dan nyaman bila mengenali banyak perkara tentang hal sebegini.

Peluang yang dia akan hargai dan selamanya terpahat dalam hati. Tak dapat dia gambarkan betapa seronoknya dia bila Hayden mengajar itu ini . Persis sedang mendidik anak kecil untuk berdikari.

Hayden juga sabar melayani karenahnya hari ini.
"Jaga betul-betul" ujar Hayden.

Dalam diam dia menarik bahu Hessabell ke sebelah kiri tubuhnya agar tidak berada di tengah jalan di mana semua penunggang kuda dan basikal melintasi jalan itu dengan laju.

"Hehe, okey " ujar Hessabell. Tak sedar Hayden sudah melingkari lengan di atas bahunya.

"Hey.." tegur Hayden. Pipi Hessabell yang membulat kerana asyik tersenyum itu dicuit lembut dengan belakang jari telunjuknya.

"Tengok depan" ujar Hayden, terkebil Hessabell. Lantas dia membuka beg silang di bahu dan disimpan jam poket yang dibeli Hayden tadi .

Risau jika isterinya tercedera.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now