Bab 32 : Scared

8.9K 778 486
                                    


Ada lagi ke yang setia baca cerita ni? Terima kasih(◕ᴗ◕✿)

Ada lagi ke yang setia baca cerita ni? Terima kasih(◕ᴗ◕✿)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hayden berhenti !" Jerit Puteri Adelene. Keluar ja dari kamar tidurnya terus dia ternampak kelibat Hayden berjalan menuju ke pintu utama istana untuk pulang dari istana Arthal itu.

"Hayden!" Sudah berpuluh kali Puteri Adelene menjerit memanggil nama Hayden tapi sedikit pun lelaki itu tidak berpaling. Dia mengabaikan panggilan Puteri Adelene.

"Saya ada sesuatu nak bagitahu tentang isteri awak" kali ini Puteri Adelene berjaya menghentikan langkah Hayden.

"Hessabell Hanelle" sebut Puteri Adelene itu lagi. Dia tersenyum sinis melihat respon Hayden, tampak terkesan dengan kata-katanya.

"Saya rasa awak tak tahu sesuatu tentang isteri awak"

"Kau datang istana aku, serang isteri aku" senyuman Puteri Adelene mengendur. Macam mana Hayden tahu? Membulat mata Puteri Adelene saat terpandang pedang Hayden yang sudah dilumuri dengan darah segar.

Apa yang lelaki itu telah lakukan di istananya?

"Kau nak apa sebenarnya? Kau ada masalah otak ke Tuan Puteri?" Hayden berpaling. Dia merenung tajam wajah wanita itu. Dia terkedu sendiri dengan respon Hayden yang tak diduga itu.

"Kau memang berani ganggu isteri kepada seorang ketua tentera. Kau memang meminta kena pancung dengan aku Tuan Puteri" Puteri Adelene telan liur. Suara dingin itu seakan memukul dirinya.

"Isteri awak penipu" berani sungguh Puteri Adelene. Tidak mahu mengalah. Hayden mengabaikan wanita itu, dia berpusing untuk pergi .

"Dia anak luar nikah, anak yang tak dianggap !" Jerit Puteri Adelene lagi.

Kali ini Hayden sekali lagi berhenti melangkah.

"Apa kau cakap ?"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tak apa saya boleh" Hessabell tersenyum kearah para pembantu yang ketakutan itu. Hessabell sibuk berada di dalam perpustakaan jadi dia tidak tahu sejak bila Hayden pulang dan apa yang telah berlaku .

"Hati-hati puan...kalau tuan mengamuk memang merbahaya. Seram, dia tak teragak-agak nak bunuh sesiapa yang kacau dia" ujar pembantu itu. Bernama Rose. Almeera di sebelahnya sudah menyenggol siku.

Jangan takutkan Puan Hessabell! Almeera jegilkan mata.

Satu istana terkejut dengan amukkan Hayden tadi. Semua pembantu terus meluru kearah Hessabell saat Hayden sudah hilang masuk ke kamar tidur utama.

Manakan tidak, pulang sahaja daripada istana Arthal terus Hayden mengamuk seperti melepas perasaan. Sampai sahaja di istana Royce terus semua pekerja di istana itu kena marah, dengan pasu yang berada di tengah lorong pun boleh dibalingnya ke dinding.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now