"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆"
The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady
First Tale : Armored Beast
"Aku dah kata kan, kau isteri aku...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Hayden" setelah berminit minit dia mencari Hayden di sekitar kawasan kuil itu. Tempat mereka bertiga menginap ,manakala ahli tentera yang lain sudah bertolak ke tengah bandar dan menginap di sana.
Antara sebab mereka memilih untuk menginap di sini kerana kuil adalah tempat singgahsana buat pendatang baru untuk menginap. Hanya untuk mencari pendapatan lebih buat warga kuil dan gereja itu iaitu paderi , pendeta dan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan.
"Oi Hayden" Nama lelaki yang tua dua tahun darinya itu diseru sebelum dia melangkah kearah Hayden yang elok duduk melunjurkan kaki di atas anak tangga di luar kuil itu.
Sejak bila pandai merenung bintang ni? Desis hati Elysaine. Selalunya Haydenlah orang yang suka awalkan waktu tidur. Tapi tidak malam ini, lelaki itu berjaga hingga lewat malam.
Adakah Hayden sedang memikirkan tentang perbuatan mendadaknya tadi?
"Hurm?" Balas Hayden mendatar tanpa memandang Elysaine yang mengambil tempat duduk di sebelahnya. Di tangannya memegang beberapa keping roti yang sudah dingin.
"Supper?" Soal Elysaine, sekeping roti dihulur namun hanya gelegak diberi oleh Hayden sebagai respon.
"Tak" balas Hayden.
"Okey.." Elysaine angkat bahu dan mengunyah rotinya, sempat dia mengerling kearah Hayden sekejap.
"Kau betul ke nak kahwin dengan Hessa?" Soal Elysaine.
"Urm" balas Hayden ringkas. Tidak pula dia menceritakan tentang lamaran Hessa di tengah Bandar Clayton tadi.
"Kenapa tiba-tiba? Kau baru kenal dia, tak sampai sehari" ujar Elysaine lagi, ingin meluahkan sesuatu yang dipendam dalam hatinya sejak tadi.
"Kenapa ayat kau macam tak setuju ?"
"Ya, aku tak berapa setuju kau kahwin dengan dia" balasan Elysaine membuatkan Hayden terus mengerling kearahnya sedikit melalui ekor mata.
"Kau suka aku?" Soal Hayden lagi. Seakan memprovok perasaan wanita di sampingnya itu.
Elysaine mengetap bibir dalam diam, soalan apa ni?
"Kenapa kau tanya kalau dah tahu jawapan dia?" Soal Elysaine. Ada unsur-unsur bau pelakor di situ. Hayden angkat bahu.
"Kau suka aku la ?" Hayden menyoal lagi sekali.
"Kepala hotak kau, tak ada maknanya. Aku anggap kau macam abang aku kot" Elysaine berdecit sebelum menumbuk kasar bahu Hayden, walau sekuat mana dia menumbuk tetap sahaja tubuh sasa Hayden tidak terjejas malah tak bergerak walau seinci.
"Tahu" balas Hayden selamba. Tak mungkin Elysaine ada perasaan dengannya. Sedangkan mereka sudah seperti adik beradik.
"Tapi aku betul tak berapa setuju" ujar Elysaine tiba-tiba. Dalam diam Hayden mengangkat keningnya kearah Elysaine, macamlah perempuan tu nampak reaksi dia di sebalik topeng tu.