Hai yang tengah baca tu ehek jangan ignore!
sila tanda kehadiran di sini 👉
Tulis budak kepam hadir 💜Komen jangan tak komen꒰⑅ᵕ༚ᵕ꒱
"Hessa" bahu wanita itu disentuh dari belakang saat Hessa ralit mengupas buah oren di dalam bekas.Hessa yang terkejut mendengar suara Elysaine itu terus terhinjut bahunya sebelum dia mengundur menjauhi Elysaine yang memandangnya dengan penuh hairan.
Dia ternampak Hessabell sorang-sorang dekat dewan makan sebabtu dia datang jenguk, nak teman wanita itu.
"Awak kenapa ?" Soal Elysaine dengan dahi berkerut. Pelik dengan Hessabell, sejak hari mengutip anggur minggu lepas lagi Hessabell nampak aneh bila bertemu dengannya.
"Tak..tak ada apa" Hessabell tersenyum pahit. Terperanjat dengan kehadiran Elysaine yang muncul secara mengejut itu.
Sejak dia cuba kaji serba sedikit tentang syaitan Incubus dan Succubus terus dia berasa sedikit seram dengan Elysaine.
Saat itu raut wajah Elysaine berubah menjadi mendatar, seakan dapat mengesan pembohongan Hessabell. Makin seram pula. Terus Hessa menoleh ke arah lain daripada memandang wajah perempuan itu.
Tiba-tiba Elysaine menyentuh lengan Hessabell yang tidak dilindungi apa-apa kain. Terperanjat, Hessabell terus menarik kasar lengannya dari Elysaine.
"Kenapa ?" Elysaine angkat kening. Hessabell memang ada sembunyikan sesuatu dari dia kah?
"Awak ...tahu sesuatu kan?" Soalnya lagi. Kecut perut Hessa bila disoal begitu. Tambahan lagi wajah Elysaine serius semacam.
"Awak boleh baca minda saya ?" Soal Hessa saat Elysaine melangkah setapak kearahnya. Bahunya dicengkam kasar oleh Elysaine sehingga terdorong kehadapan Elysaine.
"Ya, akulah syaitan anak kepada Incubus MUAHAHA" Elysaine gelak seperti raksasa. Terbuntang mata Hessabell sebelum dia menjerit lalu meronta-ronta dilepaskan saat ada taring panjang tumbuh dan keluar dari mulut Elysaine.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantasy"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...