Bab 25 : Shy

6.4K 624 428
                                    

Niat sebenarnya nak buat cerita ni pendek ja tak sampai 35bab. Tapi rasa cam banyak lagi benda tak terungkai.

Setuju tak cerita ni dipanjangkan lagi? Kalau tak, qasha boleh pendekkan 。◕‿◕。.

Setuju tak cerita ni dipanjangkan lagi? Kalau tak, qasha boleh pendekkan 。◕‿◕。

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hoi !" Jerit Elysaine kearah Harry yang dari tadi tertonggeng hala punggung kat muka dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hoi !" Jerit Elysaine kearah Harry yang dari tadi tertonggeng hala punggung kat muka dia.

"Ish apa ?!" Bentak Harry pula, dia dahla kalut cari botol plastik bersaiz kecil yang terjatuh dari kot dia tadi.

Tak sedar pula dia dah ralit terbungkuk depan Elysaine yang tengah duduk di bawah sambil bersandar di tiang, tengah makan bebola daging.

"Orang nak makan pun tak senang !" Marah Elysaine lagi, Harry terus tegakkan tubuhnya. Dia memandang Elysaine yang bersila di atas lantai itu.

"Yang kau pergi makan kat tepi jalan ni kenapa?!" Soal Harry geram. Punyalah luas dan selesa ruang makan disediakan kat dewan, dekat tepi laluan juga dia nak duduk.

Elysaine mencebik dalam diam, sukahati dia lah nak makan kat mana ! Sambil mengunyah bebola daging, dia memerhatikan Harry yang sudah menjumpai apa yang dia cari. Terus botol kecil itu disimpan dalam poket.

Berkerut kejap dahi wanita itu, macam kenal botol tu. Tapi diabaikan rasa aneh itu, makan lebih penting.

"Aku rimas, ramai ahli tentera tengah makan tengahari kat ruang makan. Sebab itu aku sesat kat sini" jelas Elysaine tanpa memandang Harry , habis comot mulut dia .

Harry menghela nafas sambil bercekak pinggang, tahu sangatlah setiap hujung minggu iaitu hari sabtu dan ahad memang para kesaktria akan bersesak di istana ini untuk berlatih pedang bersama Hayden di ruang latihan.

Dan setiap dua hari itu Elysaine dan Harry memang tak boleh bebas sangat, lagi-lagi Elysaine. Tak selesa sangat dengan lelaki yang tidak dikenalinya.

"Makan macam budak-budak!" Ujar Harry.

"Tak bermakna kau boleh hala bontot kau dekat aku !" Balas Elysaine. Harry geleng kepala, tak faham dengan rakannya. Dia menoleh ke bangku konkrit yang berdekatan , terus ditarik lengan gadis itu agar bangun dari bersila.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now