Banyak komen, akan ada updte malam ni. Hehe.
"bodohnya aku" bisik Harry perlahan, beg baju yang dipikulnya itu diletak di hadapan tubuh menutup perutnya.
"Tahu" balas Elysaine acuh tak acuh. Sibuk menikmati sarapannya. Bubur ayam.
"Kejam, kau patut tanya kenapa aku cakap macam tu!" Membulat mata Harry ,orang tengah cari perhatian dia selamba jawab begitu.
"Malas aku" ujar Elysaine, menyampah pula dalam hati. Dah tak terima diri diperbodohkan jangan cakap macam tu.
"Kau setuju aku bodoh !"
"Bila orang iyakan tahu marah, lepastu tak payah cakap macam tu. Bengap" sembur Elysaine. Harry berdecit kasar. Dia kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Elysaine.
"Kenapa kau kata kau bodoh" akhirnya Elysaine bertanya juga, konon prihatin.
"Aku tak ingat bawa seluar dalam lebih" kata-kata Harry berjaya buatkan bubur ayam dalam mulut Elysaine hampir tersembur.
"Seriusla?" Elysaine memandang Harry.
"Ya. Aku--woi!" Tempik Harry bila tangan Elysaine dah mula raba punggung dia . Pantas tangan perempuan itu ditepis laju .
"Tu pakai" ujar Elysaine selamba. Dia kembali menjamu selera .
"Tak gunanya perempuan ni" bisik Harry, disapu-sapu punggungnya yang diraba Elysaine tadi. Malu argh!
"Aku pakai semalam punya. Shh jangan bagitau Hessabell atau Hayden" ujar Harry. Menyesal mengadu dekat Elysaine tu.
"Okey" balas Elysaine pendek. Terkejut Harry, wah jarang Elysaine nak turuti permintaannya.
"Karma !" Panggil Elysaine tiba-tiba bila ternampak kelibat Karmalia yang baru memasuki rumah penginapan itu. Wanita itu mahu mencari Hayden barangkali?
"Hah apa?" Karmalia tak jadi menuju ke tangga yang menghala ke bilik tidur Hessabell dan Hayden.
"Haryy kan dia--"
"Woi !" Tak semena-mena Harry menolak wajah Elysaine masuk ke dalam mangkuk bubur ayam. Terpaku Karmalia yang menyaksikan kejadian itu dari jauh.
"Err... Elysaine, aku.." Harry dah terlopong dengan tindakannya. Perasaan takut makin bertambah dalam diri, lagi-lagi Elysaine sudah kaku dengan wajah masih di dalam mangkuk bubur.
"Jantan tak guna !" Tempik Elysaine usai menegakkan tubuhnya. Habis wajahnya melekit dengan bubur. Mata kelabu itu merenung tajam mata biru Harry.
"Mampus" bisik Karmalia. Pantas dia melangkah kearah Elysaine yang sudah mencekak kolar Harry.
"Woi woi sabar !" Karmalia cuba menenangkan Elysaine yang sudah naik hantu. Manakala Harry sudah pasrah tubuhnya digoncang kuat oleh wanita itu.
Manakala tetamu lain yang turut berada di situ menguruskan hal masing-masing sudah memandang kearah mereka bertiga.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantastik"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...