Gambaran Hayden Royce
.
.
.
."Save me" berubah raut wajah Hayden. Dia sangka wanita itu sudah gila, tiba-tiba melamarnya dalam keadaan yang sudah ribut tu. Kenal pun tak sampai sehari.
Tapi ketika Hessabell berkata, save me.. selamatkan dia. Hayden terkedu sejenak, apa maksud dia? Selamatkan dia dari apa?
"Tolong...saya merayu, tolong kahwin dengan saya. Bawa saya pergi tolong" Hessa terdesak, jika pengawal itu mendapatkannya. Sudah tentu dia sudah tidak mempunyai kesempatan dalam hidupnya lagi.
Anak mata Hessa yang bewarna kelabu menatap dalam-dalam anak mata Hayden yang bewarna emerald itu . Tak lepas.
Lelaki raksasa ini... Lelaki ini adalah harapan terakhirnya. Melihat lelaki itu dengan senangnya membunuh dua orang lelaki tadi. Membuatkan Hessa bergantung harap. Moga-moga lelaki itu mengasihani dirinya.
"Kau gila ke?" Kasar suara Hayden , dia hanya menggoda sedikit sahaja tadi. Tak sangka terus dilamar. Tangan Hessa yang memegang lengannya secara mengejut ditepis kasar sehingga gadis itu hampir tersembam ke depan.
"Awak ja harapan saya, tolong ..tolong.." Hessa teresak-esak menangis. Jika Hayden mahu menganggap dia gila pun dia tak peduli. Dia sudah tiada cara lain untuk lari.
"Tolong saya.. saya janji lepas awak kahwin dengan saya , saya tak akan tuntut apa-apa dengan awak. Tolong... Saya merayu, awak satu-satunya harapan untuk saya hidup" dia menyatukan dua tapak tangannya dan digosok laju tanda merayu. Dia betul-betul terdesak!
Jika Hayden tidak mahu membantu lebih baik dia mati sahaja dari digadai kepada orang tua tak sedar diri itu .
Hayden diam tak membalas. Sedari pengawal sudah hampir sampai kearah mereka, pantas Hayden membuka langkah dan meninggalkan Hessa terkulat-kulat di situ.
"Hayden..." Hessa sudah hilang harapan untuk meneruskan hidup saat lelaki itu meninggalkanya tanpa sekali pun berpaling. Kejamnya lelaki itu.
"Kejar dia ! Pembunuh !" Jerit ketua pengawal lalu separuh daripada mereka mula mengejar langkah Hayden yang mulai menghilangkan diri.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantasy"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...