Banyak komen in shaa allah malam ni update💋 btw masyeh masih baca. Sebab aku rasa story ni makin merapu༼;'༎ຶ ༎ຶ༽
Hayden pun dah dapat gelaran dari readers. Kuda, kambing,dan sebagainya. ಥ_ಥ
"Elysaine" Elysaine yang baru sahaja keluar dari pintu utama menara sihir utama miliknya dan Harry itu pantas berpaling ke arah suara itu.
Kio Mac Donald.
Bibir dijuihkan dalam diam, sesiapa tolong kutip balik anak Mac Donald ni !
Dia hiraukan suara tunang buayanya itu tanpa menyahut, dia mengunci pintu itu dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya sudah penuh memegang beberapa buah buku bacaan dan sebotol kaca berisi ramuan sihir.
Buku itu mahu dipinjamkan kepada Hessa memandangkan wanita itu pernah memberitahu yang dia gemar membaca.
"Hey sayang, dengar tak saya panggil ?" Elysaine masih hiraukan lelaki itu. Naik hairan dia, macam mana lelaki itu tahu tentang keberadaannya di sini?
"Kau nak apa?" Bentak Elysaine rimas. Sudahla datang secara tiba-tiba pada waktu malam, naik serabut kepalanya memikirkan cara untuk larikan diri kerana hanya satu jalan sahaja yang menghala ke istana.
Dan Kio sedang berdiri di tengah-tengah jalan itu .
"Kenapa ni ? Awak tak rindukan saya ke?" Lengan Elysaine dipegang . Pantas wanita itu menepis kuat.
"Lepas Kio, aku dah cakap kan jangan jumpa aku lagi. Kau dah pilih Suzana, musuh aku sendiri" raut wajah Kio berubah.
"Tapi saya sukakan awak, saya pun sukakan Suzana. Aish, saya tak boleh pilih " rungut Kio. Elysaine dah tayang muka jijik .
"Aku tak suka kau, berambus" bentak Elysaine dan membuka langkah untuk larikan diri.
Dia fikir dia siapa nak sukakan dua gadis sekaligus? Dia ingat dia raja ke nak ada ramai perempuan? Menggelikan, lelaki tak guna !
"Tunggulah, Elysaine"
"Jangan sebut nama aku dengan mulut buaya kau tu!"
"Mencintai bukan satu kesalahan!"
"Kepala hotak kau lah, berambus !" Jerit Elysaine geram. Macamlah dia tak tahu, Kio dan Duke Macdonald berkeras mahu mempertahankan pertunangan ini kerana pengaruh Hayden .
Walaupun Elysaine adalah anak angkat, tetap sahaja dia satu-satunya keluarga yang Hayden punya.
Semuanya baik-baik sahaja, tapi belum sempat Elysaine mahu menerima lelaki itu. Dia sudah pun ditangkap berlaku curang di belakangnya.
"Putuskan, sebelum aku mengadu dekat Hayden" ugutnya. Kio kini berhenti merayu, dia tergelak sinis.
"Tak sedar diri" desisnya. Berkerut dahi Elysaine.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantasi"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...