Bab 8 : Armored

6.6K 643 271
                                        

Face claim - Character

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Face claim - Character

Face claim - Character

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

.
.
.
.
.
.

"Jangan risau Alex, aku pasti pengawal akan jumpa perempuan tu. Tak lama lagi" ujar Duke Zabar Wiston sebelum dia menghirup secawan teh hangat, walaupun begitu di dalam hati dia masih tidak tenang dengan kehilangan perempuan malang itu.

Berani beraninya dia melarikan diri dan memalukan dia di hadapan para tetamu yang sudah hadir dan menunggu di dalam gereja.

Alex Graham yang duduk sambil memeluk tubuh hanya merenung lelaki separuh abad di hadapannya itu. Kelihatan tenang sekali dengan kehilangan anak dara suntinya itu.

Orang berpangkat Granduke, Duke ataupun Viscount sekalipun akan ada yang terselit hati busuknya.

"Kau nampak sangat tenang Duke" ujarnya selepas berteka-teki sendiri. Melihat Zabar Wiston yang senang-senang menggadaikan puteri bongsu dan tidak menghiraukan kehilangan puterinya membuatkan Alex faham sendiri.

Hessabell Hanelle bukan anak yang dianggap dalam keluarga Wiston. Tapi tidak pula dia bertanya lebih, dia hanya mahu memiliki tubuh wanita muda itu.

Sejak kali pertama dia terpandang wajah Hessabell sewaktu datang ke kediaman Wiston suatu ketika dahulu, dia sudah pun jatuh hati dengan rupa paras gadis itu yang sangat lembut dan menawan.

Akal kotornya mula membayangkan bagaimana malam pertama mereka bakal berlangsung nanti selepas dia menikahi gadis yang muda 32 tahun darinya itu.

Sememangnya Alex Graham adalah seorang lelaki yang tak sedar diri. Dah tahu umur sudah makin lanjut, tetap juga mahukan darah muda.

Menjijikan.

Dia akan menghukum gadis itu apabila pengawalnya berjaya menangkap Hessabell. Berani dia melarikan diri pada hari perkahwinan mereka , tahulah nasib perempuan itu nanti. Dia akan pastikan Hessabell menyesal berbuat sedemikian.

"Duke !"

"Duke !!"

Zabar Wiston yang ralit berbincang bersama Datuk Alex Graham di meja bulat terus memandang ke arah suara yang memanggil-manggil. Beberapa orang pembantu serta pengawal kediaman Wiston berlari masuk ke ruangan rehat Duke itu.

Tale : Armored Beast Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang