"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆"
The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady
First Tale : Armored Beast
"Aku dah kata kan, kau isteri aku...
Im sorry tak dapat double. Tak sempat 😭 but qasha akan tetap cuba update walau lambat.
Thanks for waiting ♥️🥰
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Haih.."Hessabell mengeluh, Hayden cakap ja nak teman dia datang kedai buku tapi sampai ja kat sini terus lesap entah ke mana.
Janji lelaki.
Elysaine dan Harry juga sama, hilang.
Jangan cakap mereka dating !
"Tingginya" Hessabell mengeluh, kenapalah dia tidak dikurniakan ketinggian yang bagus? Sekurang-kurangnya sama tinggi dengan Elysaine pun tak apa, setahu dia tinggi Elysaine adalah 165.
Matanya masih tertancap pada satu kulit buku yang terletak tinggi pada baris keempat rak buku yang besar itu.
Harap ja kedai besar tapi seorang pekerja pun dia tak nampak, makan gaji buta ke apa?
Kepalanya dipalingkan ke belakang, lalu sebuah bangku kayu yang sama tinggi dengan lututnya diambil dan diletak dihadapan rak buku.
Nak juga buku tu !
Hessabell tekad, walaupun dia agak gayat dengan ketinggian yang sederhana tetap sahaja dia beranikan diri untuk memanjat bangku itu.
"Aaaa.. takut" Hessabell mengomel seperti anak kecil saat bangku itu mula bergoyang-goyang sedikit bila dia letakkan sebelah kakinya ke atas bangku tersebut.
Baru letak satu kaki dah tak ada keyakinan,macam mana nak letak dua belah kaki dan imbangkan badan? Nak menangis rasa !
"Ark !" Terjerit kecil Hessabell apabila badannya tiba-tiba diangkat dari belakang.
Dia berpaling, lelaki bermasquerade itu gagah mengangkat tubuh kecilnya tinggi ke udara. Terkejut sangat bila kakinya terapung secara mengejut.
"Awak !" Mata wanita itu terbuntang luas, terkejut dengan kedatangan Hayden yang tiba-tiba itu.
Sepasang tangan Hayden yang terletak elok di pinggang saat menampung badannya dikerling laju oleh anak mata wanita itu. Pantas dia mencapai buku yang dia inginkan.
"Cepatlah ambil buku tu" ujar Hayden, berfikiran ada lagi buku yang Hessabell mahu ambil. Tapi dibalas gelengan laju Hessa, dia menepuk-nepuk tangan Hayden di pinggangnya agar dia diturunkan ke bawah.
"Tak..tak ada dah, ni ja saya nak" ujar Hessabell. Sebenarnya ada banyak lagi buku yang dia mahu ambil di bahagian atas itu kerana tajuk dan corak kulit hadapan semua buku itu memang menepati citarasanya.
"Itu ja?" Soal Hayden . Hessabell senyum penuh makna. Tipulah dia akan beli satu ja buku, Hayden nak belanja kot.
Jadi, dia mahu memilih mana-mana buku secara rawak dan meneliti isi buku tersebut sebelum membelinya. Memang kebiasaannya, harus teliti isi buku sebelum beli. Kalau kulit sahaja cantik tapi isinya tidak menepati citarasa memang tak kena juga.