"Puan Alice"
"Iya cik muda?" Sahut Puan Alice , dia sibuk membetulkan veil yang menutup rapi kepala gadis itu.
"Boleh saya tahu, kenapa ayah kahwinkan saya dengan dia? " Soal Hessa. Merujuk kepada lelaki tua yang bakal dikahwinkan dengannya.
Walaupun dia kurang pengetahuan tentang dunia luar , dia sering terdengar pembantu-pembantu bercerita tentang apa yang berlaku di luar kediaman Duke. Hanya itu sahaja Hessa untuk mengenal dunia luar.
Meski sumber pengetahuannya sangatlah sempit.
Datuk bandar Guinevere. Alex Graham.
Lelaki itu sangat terkenal dengan sifat kaki perempuannya, bukan itu sahaja. Dia suka berjoli dengan duit rakyat dan menindas penduduk yang miskin.
"Duke Wiston berjudi dengan Datuk Alex. Lelaki tu tidak mahu bertaruh wang, dia mahu Duke Wiston pertaruhkan anak perempuannya yang lain" jelas Puan Alice , perlahan sahaja nada suaranya. Turut bersimpati dengan nasib wanita di hadapannya.
Siapa lagi anak perempuan Duke Wiston di dalam rumah ini melainkan Hessabell? Anak kesayangannya iaitu Maribel Hanese telah pun bertunang , tidak mungkin Duke akan menyerahkan anak perempuan kesayangannya itu.
Meski wanita itu tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan sesiapa, tetap sahaja Duke tidak akan senang-senang gadaikan Maribell. Itu satu-satunya aset dia untuk hidup senang. Dengan mengahwini wanita cantik itu dengan lelaki kaya yang dapat dimanfaatkan oleh keluarga Wiston.
Tamak.
Seakan tahu kewujudan Hessabell, Datuk Alex seakan berminat ingin mengambilnya sebagai isteri. Bukan kerana suka tapi hanya kerana nafsunya terhadap wanita muda .
Dia terdengar berita tentang rupa paras puteri bongsu Duke Wiston yang sangat cantik, tak jauh cantiknya dengan kakaknya. Tapi cara Duke bersungguh menyorokkan Hessabell membuatkan Alex lebih tertarik.
Baru berumur 18 tahun sudah diperjudikan sesuka-suka hatinya dengan lelaki yang jauh lebih tua. Dengan umurnya, dia sudah layak digelar ayah oleh Hessabell.
Hessa menatap pantulan wajahnya dihadapan cermin dengan pandangan kosong , adakah begini pengakhirannya? Kenapa semua orang melayaninya seakan dia tidak layak merasa bahagia? Merasa bebas?
"Saya.." jeda, wanita itu menghela nafas perlahan. Tiada rasa mahu meratap nasibnya yang malang.
"Kenapa cik?" Soal Puan Alice, dia turut memandang pantulan wajah Hessa di cermin. Cantik, persis seperti ibunya.
"Saya penat" Ujar Hessa mendatar , mindanya kembali kosong. Dia kekal merenung wajahnya melalui refleksi cermin meja solek. Makin bertambah bencinya pada diri sendiri.
Dunia ini terlalu kejam, tiada keadilan buatnya. Dirinya tak pernah dihargai sejak dilahirkan, segala pakaiannya bukan pakaian yang baru. Tapi pakaian buangan dan kotor bekas Maribell yang sudah lusuh dan koyak rabak .
Seakan semua sisa-sisa yang ditinggalkan oleh kakak kandungnya sahaja yang mampu dia merasa. Semua anak perempuan Duke dimanja dengan kasih sayang, harta, barang kemas , bersosial .
Tapi bagaimana dengan Hessa? Sayang sekali dia sememangnya tidak memahami erti itu semua.
"Saya betul-betul penat" Hessa berkata lagi. Sampai bila dia harus ditindas? Sehingga ke tahap menjadi barang judi pula tu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Hessa terkebil-kebil, terasa sangat kekok buat pertama kali sepanjang 18 tahun dia bernafas. Ini kali pertama dia menjejakkan kakinya ke luar pagar gergasi kediaman Duke Wiston.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantasía"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...