Bab 36 : Sis

7.2K 718 390
                                    

Dah nak seminggu lebih aku tak update. Rasa hambar sekejap nak start menaip tu AHAHAHAH.

Apa pun, terima kasih sebab masih tunggu
(灬º‿º灬)♡. Busy belajar, banyak sngat kerja 😭

Ada juga yang marah dekat komen tiktok maka saya gagahkan diri untuk menaip. Takotla kita 🤣

Kalau banyak komen aku update awal. Malam ni atau esok ✌️

 Malam ni atau esok ✌️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Maafkan Hanelle" bisik Hessabell perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Maafkan Hanelle" bisik Hessabell perlahan. Pelukannya langsung tidak dilerai walaupun sudah berminit dia dan Puan Alice berpelukan begitu.

"Tak ada apa lah, Hanelle tak buat salah dengan Puan Alice" bisik wanita tua itu. Perlahan-lahan bahu Hessa ditepuk-tepuk cuba menyalurkan kekuatan.

Selepas menyelesaikan salah faham antara dia dan Hayden. Akhirnya Hayden mengizinkan dia untuk bersua juga dengan Puan Alice selepas 2 tahun tidak bertemu.

Bukan itu sahaja malah Hayden izinkan dia untuk tidur sekali dengan Puan Alice di bilik tetamu. Kini mereka berdua duduk di atas sofa berhadapan beranda bilik. Pintu kaca beranda itu dibuka luas menyerlahkan keindahan malam.

Kasihan Hayden, malam ni tidur seorang diri peluk bantal sahajalah.

"Hanelle tahu Puan Alice berhenti kerja sebab Hanelle" Hessa pejamkan matanya, disandarkan pipinya ke bahu Puan Alice.

Puan Alice tersenyum, sesungguhnya dia bertahan di kediaman Duke Wiston hanya kerana Hessabell Hanelle. Dia tahu tiada siapa yang akan pedulikan perempuan itu.

"Hanelle kan dah ada hidup baru. Jauh lebih baik" balas Puan Alice. Ditahan nada suaranya agar tidak kedengaran sebak .

Selepas Hessabell berkahwin, dia memang tak ada peluang untuk berjumpa dengan Hessabell lagi. Apa dayanya, dia hanya orang biasa. Tiada kuasa.

"Suami Hanelle, komander dingin itu nampak terlalu sayangkan Hanelle. Gembira Puan Alice tau, tak sangka" bisik wanita tua itu. Dia yang menjaga Hessabell dari bayi hingga membesar menjadi seorang wanita dewasa. Dia lah saksi bagaimana Hessabell diseksa di kediaman Duke Wiston dulu.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now