Bab 27 : Jealous

6.2K 612 358
                                        

Sorry semalam tak sempat updte sebab busy urus something.. hiks. Semester dah nak start🥺

Komen pun xsmpt nak rep huwaa kalau bnyk noti tu maafla. Qasha bru nk rep 😭😭 geram nak rep semua. Masyeh tau komen ♥️♥️

Thnks sbb sudi tunggu and smpai whatsapp tanya bila nak update😍 ada yang tnya cerita kuda bila nak updte siap pggil qasha kakak kuda 👁️👄👁️ tak mengapa saya gak papa kok.

Kalau sempat esok in shaa allah double♥️ jangan tak komen tau( ◜‿◝ )♡

"Almeera.." tegur Hessabell dari belakang pembantu rumah yang sibuk menjemur baju Hessabell dan Hayden.

Pagi-pagi lagi Hessabell dah cari baju dia dan Hayden yang sudah kotor semalam, nak basuh sendiri.

Malu kalau pembantu yang basuhkan , kerana ada kotoran itu. Tapi bila dia cari, baju itu sudah tak ada.

Jadi Hessabell bergegas turun ke tempat ampaian utama iaitu kawasan jemuran kain orang-orang di istana Royce.

"Maaf susahkan... "ujar Hessabel. Menegur pembantu yang ditugaskan untuk menjaga keperluannya, Cik Almeera Johaen.

"Eh tak apa Puan, memang tugas saya " ujar Almeera Johaen dengan senyuman kekokknya. Terkejut bila Hessabell meminta maaf sedangkan memang ini kerja pembantu rumah.

Lagi-lagi Hayden sudah meletakkan tanggungjawab sepenuhnya pada Almeera Johaen untuk menjaga keperluan Puan Royce .

"Tapi saya dah susahkan awak.." memerah wajah Hessabell, segan bila membayangkan bagaimana gadis itu mencuci pakaiannya yang terkena darah kotornya.

"Tak apa puan, kain dah siap basuh dah. Saya tolong jemur ja" terang Almeera Johaen. Terkebil-kebil Hessabell, senyumannya mengendur sedikit.

Kalau bukan Almeera, siapa yang basuh?

"Sweetheart" Hessa berpaling ke arah suara itu manakala Almeera sudah menunduk hormat kearah Hayden yang sudah mendekat bersama Azriel di sebelahnya.

"Selamat pagi puan !" Tegur Azriel dengan senyuman lebar. Mati terus senyuman Azriel bila Hayden tiba-tiba mencerlung tajam kearahnya.

"Jangan pijak !" Terkejut semua orang bila Hayden tiba-tiba menempik Azriel. Hanya gara-gara Azriel terpijak bayang-bayang Hessabell.

Elysaine dan Harry yang baru sampai sudah membuat muka. Masing-masing memandang Hayden.

"Pijak bayang-bayang je kot.." ujar Elysaine.
Macam dia tak tahu, tak ada seorang lelaki pun boleh bertegur dengan Hessabell melainkan Harry. Contohnya, ahli tentera dan mana-mana lelaki bangsawan yang datang ke istana atas urusan kerja .

Pasti akan bertanya tentang Hessabell, bukan mahu mengurat. Hanya sekadar mahu mengenali isteri komander yang misteri itu sahaja. Tapi pantang nama penuh wanita itu disebut, pasti Hayden akan membentak secara tiba-tiba.

Tale : Armored Beast Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang