Bunyi kata sekolah dah nak buka. Korang orait ke tak orait tu? ಠ◡ಠ.
Btw, siapa minat bts ? AHAHAH jarang jumpa army kat sini. ಡ ͜ ʖ ಡ
"Puan kunci dari dalam, tuan" ujar Almeera Johaen yang sudah kusut. Manakala Elysaine di sebelahnya hanya menunduk menahan air mata."Hessa... Hessabell buka pintu ni sekarang !" Teriak Hayden seraya pintu perpustakaan itu diketuk secara bertalu-talu.
"Kunci... Kunci mana ?!" Hayden tak mahu menunggu lama, dengan keadaan yang genting seperti sekarang apa pun boleh terjadi jika dibiarkan Hessabell sendiri di dalam perpustakaan itu.
"Maaf tuan, tuan pernah arahkan yang perpustakaan ini hanya perlu satu kunci sahaja dan kunci itu dah jadi milik puan. Kunci pendua tidak wujud" ujar Azriel perlahan agar tidak terkena tempias amukkan Hayden yang jelas tak mampu bertenang itu.
"Macam mana isteri aku boleh tahu tentang kedatangan tetamu aku ?" Hayden merenung garang satu persatu wajah para pembantu yang berkumpul di situ.
"A..Aku" Elysaine mengangkat tangannya.
"Aku sentuh Puan Alice tadi.." ujar Elysaine perlahan dengan nada suara yang tersekat-sekat.
"Apa masalah kau ?" Herdikan Hayden membuatkan Elysaine memejamkan matanya erat.
"Aku tak mampu tahan diri aku, aku bila nampak ja Hessabell tadi aku terus peluk dia . Aku tak dapat tahan diri daripada menangis di hadapan dia" tak berkelip Hayden setelah mendengar pengakuan Elysaine.
Elysaine menekup wajahnya lalu teresak-esak menangis, dia tak sepatutnya terlalu ikutkan emosi. Kalau dia tidak bertindak melulu seperti tadi Hessabell tak akan berasa curiga dan terus berlari menuju ke bilik kerja Hayden.
Dikejutkan pula dengan kehadiran Puan Alice. Tak mustahil jika wanita itu tersalah faham dengan situasi yang berlaku.
"Hayden dahla, dia tak sengaja" Harry muncul di sebalik para pembantu yang ramai berkumpul di hadapan perpustakaan itu.
"Aku minta maaf" ujar Elysaine. Dengan nada yang cukup sebak, satu persatu memori Puan Alice mengenai ibu Hessabell menerjah mindanya kembali .
Walaupun agak samar-samar dia dapat merasai betapa perit dan deritanya hidup Yuna iaitu ibu kepada Hessabell.
Diculik oleh lanun dan dijual ke mana-mana bangsawan, seperti patung yang tidak bernilai. Terpaksa menjadi perempuan simpanan dan diseksa sehingga wanita itu menghembuskan nafas yang terakhir.
"Kau--" Hayden mengangkat tinggi jari telunjuknya ke arah Elysaine. Mahu sahaja dia memarahi adik perempuannya tapi dibatalkan sahaja. Tangan dijatuhkan ke sisi.
"Aku cakap dah, lebih baik kau cari cara untuk pujuk Hessabell daripada terus marahkan Elysaine" Harry bersuara dengan nada yang lantang. Dia menarik Elysaine agar berdiri di belakangnya supaya tidak menghadapi Hayden.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantasy"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...