Bab 13 : Missed

6K 586 284
                                    

Pang ! Pang !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pang ! Pang !

Harry tak tentu arah, sekejap tangannya menggosok leher dan sekejap dia menggosok lengannya. Tidak senang duduk bila dari tadi wajah para pembantu kediaman Royce ditampar oleh Elysaine.

Tidak ada seorang pun yang terlepas.

"Dasar tak amanah, abang aku suruh jaga isteri dia. Bukannya aniaya kehidupan dia dekat sini. Kau fikir kau siapa?" Tengkingnya, para pembantu yang beratur mengikut giliran itu hanya kaku berdiri menerima hukuman dari perempuan berambut salju itu.

"Elys" Harry akhirnya mencelah dalam perbuatan Elysaine, pergelangan gadis itu dicapai saat perempuan itu cuba menampar lagi .

"Lepaslah, lepas !" Elysaine bergelut. Dia tidak puas hati. Disebabkan mereka semua inilah Hessabell menghadapi hari yang amat sukar .

Bukan tu sahaja, malah dengan Elysaine sekali kena marah dengan Hayden tanpa sebab.

"Dah dah" Harry memetik jarinya, serta-merta pandangan semua pembantu di situ menjadi kosong kerana dipukau.

"Kau marah sebab perkara tadi atau sebab lain ni?" Soal Harry, kedua belah bahu perempuan itu dicengkam lembut menghadapnya.

Elysaine memandang kearah lain, mengelat. Walaupun tubuhnya menghadap Harry sekarang.

"Hey... Aku tahu kau ada masalah. Jangan sampai aku guna sihir untuk baca fikiran kau" ayat Harry kali ini berjaya menarik perhatian Elysaine dia menolak kasar tangan Harry dari memegang bahunya.

"Macam mana kau tahu? Atau kau memang dah baca fikiran aku ?" Soal Elysaine kembali.

"Tunang kau buat hal kan ?" Duga Harry. Elysaine mengetap bibirnya , dia terkedu apabila Harry mengetahui perkara sebenar itu.

"Jadi kau dah tahu"

"Ya.." Harry angguk kepala seraya memeluk tubuhnya sendiri.

"Lady Suzana anak kepada Marquis Luke" Elysaine membuntangkan matanya bila nama perampas itu disebut Harry. Nampaknya lelaki ini sudah siasat terlebih dahulu sebelum ni.

"Dia ..."

"Ya ya , perempuan tu goda Kio. Tunang kau" teka Harry lagi, Elysaine yang tersentap dengan maklumat yang dikata Harry itu terus memutarkan tubuh ingin berambus.

Malu, dia malu apabila Harry mengetahui masalahnya. Dia tidak mahu nampak menyedihkan di depan mata sahabatnya.

Kio, anak kepada Duke Macdonald. Elysaine tidak mencintainya tapi dia tetap menerima lamaran lelaki bangsawan itu untuk bertunang. Dia sangka dia dapat mengenali erti cinta dan bahagia jika menerima lelaki itu.

Tapi tidak, baru sahaja bertunang 4 bulan yang lepas Elysaine sendiri sudah faham sendiri. Dia dipermainkan.

Lelaki itu adalah buaya.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now