Bab 14 : Stay

5.9K 589 230
                                    

"Tapi kenapa ?" Hessa tak berhenti mendesak agar Elysaine menemaninya untuk berada di dalam kereta kuda kepunyaan keluarga Royce

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tapi kenapa ?" Hessa tak berhenti mendesak agar Elysaine menemaninya untuk berada di dalam kereta kuda kepunyaan keluarga Royce.

Hessabell tidak dapat terima dengan arahan Hayden , bahawa dia sahaja yang akan bersenang seorang diri di dalam kereta kuda manakala ahli kesaktria dan yang lain akan menunggang kuda mengiringi kereta kuda yang bakal dia naiki dalam perjalanan untuk ke Istana Royce.

Dia tidak mahu dilayani baik sebegini, dia tidak selesa. Orang lain bakal berasa lelah menunggang kuda dalam perjalanan itu tapi Hessabell akan bersenang sahaja sehingga sampai ke Kerajaan Arthal? Hessabell tidak setuju, ianya tidak adil.

"Hessabell, awak naik seorang tau. Tak apa, saya akan sentiasa ada di sebelah kereta kuda tu. Awak intai je dekat tingkap dah terus nampak saya" pujuk Elysaine sambil melangkah menuruni tangga dengan dan keluar ke kebun yang luas bersama Hessabell.

Malas mahu berbicara lebih, Elysaine menghadiahkan satu senyuman buat Hessa sebelum dia menolak perlahan tautan tangan wanita itu di lengannya.

Dia tahu Hessabell pasti rasa ini tidak adil buatnya, tapi Elysaine tidak dapat berbuat apa-apa. Tiada siapa mahu membantah arahan Hayden Royce .

Hessabell menyentuh bibir bawahnya, perasaan gelisah mula menyelubungi diri apabila Elysaine meninggalkan dia seorang diri di hadapan kereta kuda.

Di tengah taman kediaman Royce, terdapat satu air terjun yang gah dan sangat cantik. Di situ jugalah sebuah kereta kuda bersama empat ekor kuda diparkir . Hessabell terkebil-kebil bila beberapa orang kesaktria yang lengkap memakai sut besi menoleh kearahnya sebelum menunduk hormat.

Tak berhenti di situ, semua tidak berhenti menatap wajah Hessabell dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Jakun barangkali kerana dapat melihat wajah cantik isteri kepada Komander Royce.

"Kau tunggu apa lagi ?" Terhinjut bahu Hessabell apabila suara garau itu menegurnya dari belakang.

Hessabell memutarkan tubuh dengan pandangan yang kekal merenung bawah, tahulah dia Hayden mahu dia segera masuk ke dalam kereta kuda itu.

"Hayden" Wajah lelaki itu tiba-tiba mengeras. Hessabell dapat rasakan ketegangan raut wajah itu walau terselindung dengan topengnya.

"Saya segan, awak tak perlu buat macam ni. Saya boleh ja naik kuda sekali. Saya tak mahu susahkan sesiapa" Hayden menghiraukan kata-kata isterinya. Dia menarik lengan Hessabell dan menyeretnya hingga ke depan kereta.

"H-Hayden !"

"Kau tak payah merendah diri dengan kehormatan yang suami kau bagi" ujar Hayden dengan tegas, dia mengangkat mudah tubuh Hessabell ke dalam dengan lengannya yang kuat. Terus membuatkan Hessa terduduk di kerusi kereta kuda.

"Hayden..." Hessa menatap wajah suaminya. Terharu mendengar kata-kata itu.

"Bagitahu aku kalau ada apa-apa, aku taknak isteri aku tak selesa atau sakit dalam perjalanan. Kau tahu apa yang harus kau buat kan?" Hessabell tak menjawab, dia hanya mengangguk perlahan.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now