Bab 19 : Genuine

5.6K 585 491
                                    

Abaikan typo please. Saya mengantuk.

Bosan sikit chap ni sorry . Banyak komen esok update? Maybe double?

"Jangan bersweetheart sangatlah" Hessabell berdecit halus, buat pertama kali dia memberontak sebegini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jangan bersweetheart sangatlah" Hessabell berdecit halus, buat pertama kali dia memberontak sebegini. Entah dari mana dia dapat keberanian untuk bersikap begini.
Dia juga tak pasti.

"Bagitahu aku. Kenapa ni ?" Hayden menyoal ketika Hessabell sudah mengensot-ngensot jauh darinya. Dia duduk di hujung pintu kereta kuda itu.

"Hessa" panggil Hayden lagi. Hessabell diam, tiada apa yang mahu dibicarakan.

"Kenapa ni hmm ?" Ingin sahaja dia capai tangan isterinya lagi sekali. Tapi dikuburkan sahaja niat, sedari Hessabell tidak menyukai jika dirinya disentuh Hayden.

"Hmm?" Hayden cabut kasut dari kaki kanannya. Selamba dia tonyoh-tonyoh hujung kasut itu ke lengan Hessa.

"Tak payahla" rungut Hessa.

"Hmmmm?" Tegurnya lagi dengan suara yang menderet . Semakin kuat dia tonyoh hujung kasut itu.

"Dahla.." Hessabell kerutkan dahi. Dia tolak kasut Hayden kasar sehingga kasut lelaki itu terjatuh ke bawah. Membulat mata masing-masing.

"Err" Hessa sudah gigit jari. Terkasar pula. Dia pandang Hayden yang sudah mengeluh itu sebelum menunduk mencapai kembali kasut yang jatuh gara-gara Hessabell.

"Apa masalah kau sebenarnya ?" Soal Hayden , kali ini nada suaranya tidak berunsur nada memujuk seperti tadi.

"Tak ada apa-apa"

"Aku dah cakap aku tak suka penipu"

"Kalau saya cakap bukan awak faham" ujar Hessabell. Memeluk tubuh sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap.

"Jangan buat perangai macam budak-budaklah Hessa" ujar Hayden, keras . Hessa ketap bibir.

Dia panggil aku budak-budak?

"Aku setuju nak teman kau duduk dalam ni bukan untuk tengok kau meroyan tanpa sebab macam ni. Kalau ada masalah bagitahu, jangan pendam" tambahnya lagi, kerana Hessabell masih diam . Berat sangatkah mahu menjawab soalannya?

"Ada tahi ke dalam mulut ? Sebab tu susah sangat nak buka ?" Tegur Hayden lagi. Makin berkerut dahi Hessa, dia memandang wajah Hayden.

"Aku rasa tak ada apa-apa berlaku" jeda. Hayden berdehem.

"Ke kau terdengar perbualan aku dengan Harry ? Memandangkan kau jadi budak cengeng kat depan pintu" Hessabell tersentak dengan tekaan Hayden.

Dia masih diam, segan mahu mengaku.

Apa yang dia mahu harapkan dari lelaki itu?

"Heh" Hayden tergelak. Terdengar sangat sinis di telinga Hessa, menambah kesakitan dalam hati wanita itu .

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now