Bab 10 : His Leaving

5.8K 536 128
                                    

"I ,Hayden Royce, take you Hessabell Hanelle Wiston to be my wife

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"I ,Hayden Royce, take you Hessabell Hanelle Wiston to be my wife. I promise to be true to you in good times, in sickness and in health. I will love and honor you all the days of my life"

Ikrar sumpah perkahwinan itu diucap Hayden dengan suara kuat dan garaunya tanpa sedikit pun berbunyi gementar.

Hal itu mencuit hati Hessabell. Namun tidak langsung dia cuba mengintai wajah lelaki itu walaupun sekilas ketika lelaki itu berikrar.

Sedangkan kedua belah tangannya awal-awal sudah digenggam oleh Hayden sejak bermulanya ikrar perkahwinan itu. Namun tidak walau seinci dia mengangkat wajahnya daripada merenung dada bidang lelaki itu yang sama paras dengan ketinggiannya.

Apa yang pasti, dia tidak mengharapkan apa-apa dengan sumpah yang diucap Hayden dihadapan paderi. Perkahwinan ini seakan menjerat mereka berdua sendiri , seakan perbuatan yang tidak menjamin hala tuju.

Dia teringat kata-kata Hayden tadi sebelum mereka berhadapan dengan paderi. Dia sendiri tidak pasti dengan nasibnya selepas mengahwini komander tidak berperasaan itu .

Namun sedikit pun dia tidak terkesan dengan amaran Hayden tadi, kerana dia lebih takut untuk berhadapan dengan Zabar Wiston daripada berhadapan dengan penyesalan yang bakal dia hadapi nanti .

"Hayden Royce , The Commander of the imperial knightage. The son and the last heir of the late Duke Royce" Satu gereja mulai bising dengan suara bisikan para tetamu selepas paderi melantunkan suara kuatnya.

Semua terkejut apabila mengetahui identiti lelaki bertopeng raksasa itu , tidak menyangka lelaki itu bukan calang-calang orangnya.

Timbul pula perasaan dengki dalam hati mereka.

Tak hairanlah jika wanita itu melarikan diri dari dikahwinkan dengan Alex Graham, lelaki tua tak sedar diri itu. Malah sanggup berkahwin dengan lelaki raksasa, rupanya pangkat lelaki itu sangat tinggi !

Mereka sangka Hessabell memilih Hayden kerana sebab-sebab itu. Mana mungkin wanita cantik itu bodoh-bodohnya menerima lelaki bertopeng raksasa yang ngeri itu ?

Entah apa yang disorokkan di sebalik topeng tu, sudah tentu lelaki itu memiliki wajah yang tersangatlah hodoh sehingga sebegitu kerasnya dia menyorokkan rupa parasnya.

"Do you take Hessabell Hanelle Wiston as your lawful wife, to have and to hold, from this day forward, for better or for worse, for richer or for poorer, in sickness and in health, to love and cherish until death do you part?"

"I do" jawab Hayden tanpa ragu-ragu. Tenang sekali nada suaranya.

"Hessabell Hanelle Wiston, the youngest daughter of the Duke Wiston" saat itu iris mata wanita itu naik memandang atas.


"Do you take Hayden Royce as your lawful husband, to have and to hold, from this day forward, for better or for worse, for richer or for poorer, in sickness and in health, to love and cherish until death do you part?"

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now