"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆"
The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady
First Tale : Armored Beast
"Aku dah kata kan, kau isteri aku...
Nah new update💋 kuatkan mental ya dengan tajuk di atas🤣
By the way, untuk mengelakkan salah faham chap lepas. Hayden sebenarnya insecure dengan parut tu bukan sebab dia jadi hodoh ke apa AHAHA.
tak
Dia takut dengan parut tu sebab parut tu macam tanda dan mengingatkan dia tentang peristiwa mak dia dibunuh dihadapan mata kepala dia sendiri.
And bercakap pasal hodoh, ofc msa memula kena tu akan jadi hodoh sebab luka masih baru. Kau bayangkan jela kulit dia tekoyak menggelupas ha begitula.
Tapi tak buta, malas pula nak butakan dia. Kesian pulak, biarla tak logik pun🤣😭
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Tuan Puteri Adelene mahu bertemu Puan"
Hessabell menghentikan langkahnya saat terpandang susuk tubuh Puteri Adelene di sana. Elok menikmati teh hangat yang disediakan oleh pembantu di kediaman Royce.
Hessabell mengetapkan bibirnya, kenapa dia rasa berdebar-debar sekarang? Dengan kehadiran bekas tunang suaminya yang secara tiba-tiba.
"Greeting her highness, Princess Adelene"
Hessabell menunduk hormat sebelum menegakkan kembali tubuhnya. Puteri Adelene tergelak halus, matanya melirikkan kearah kerusi di sebelahnya agar Hessabell duduk di situ.
"Selamat pagi Puan..." Ayatnya dijedakan. Senyumannya meleret merenung Hessabell dari atas hingga ke bawah.
Tak menarik. Bisik Adelene megah dalam hati .
"...Royce?"
Dalam diam para pembantu yang turut berada di situ sudah membuat muka. Dia tetamu tapi gaya macam dia pula tuan rumah.
Sudahla datang tak diundang. Mengarah-arah pula. Macam tahu-tahu lelaki bermasquerade itu tiada di istana.
Kemudian sedap-sedap dia mahu duduk di taman istana ini , dia fikir dia siapa?
Tapi Hayden tiada di istana. Memang sejak pagi hingga petang Hessabell tidak bertembung langsung dengan lelaki itu. Tanpa lelaki itu, mana berani Hessabell mahu menolak kehendak Tuan Puteri Adelene.
Fikirannya yang bercelaru itu sedaya upaya dibuang dari kotak fikiran. Lagi-lagi bila sudah berhadapan dengan wanita itu di hadapannya.
Teragak-agak Hessabell duduk di kerusi dihadapan Puteri Adelene.
"Jadi, kau lah punca Hayden putus tunang dengan aku?" Baru beberapa saat Hessabell melabuhkan punggungnya, dia sudah diserang dengan soalan maut itu.
"Aku terfikir juga, hebat sangat ke anak Duke Wiston tu? Sampai Hayden tergamak putuskan pertunangan dengan puteri diraja" Hessabell diam, bibir bawah dipagut perlahan.