Ada yang tanya Qasha , cerita ni macam manhwa under the oak tree dan ada kata sama.
Once again, please.
Sebelum baca cerita ni tolong tengok video trailer yang Qasha letak dekat mula-mula page tu. Terpampang qasha kata cerita ni inspirasi daripada Under the Oak Tree. Riftan and Maxi.
Qasha gembira kalau cerita ni berjaya menyamai vibe cerita tu sebab ni pengalaman pertama untuk buat cerita historic fantasy begini.
Tapi untuk elakkan salah faham. Plot cerita ni dengan manhwa tu berbeza sangat-sangat. Tak sama pun, cara pertemuan dan macam-macam lagi. Tak sama, Qasha cuma ambil konsep dia.
Sekian.
Hujan yang hanya merintik lemah di luar istana tadi bertukar rentak menjadi lebat . Perlahan- lahan Hessa mencelikkan kelopak matanya , suasana di luar tingkap menjadi pemandangan pertamanya.
"Aaa... hujan" bisiknya. Hujan yang lebat itu membuatkan suhu persekitaran dalam bilik semakin rendah sehingga dia terasa mahu bermalas-malasan di atas katil.
Ketika itu, dalam keadaan diri yang masih mamai Hessa cuba menarik selimut tebal yang di paras dada naik ke leher lalu memejamkan matanya.
Selang beberapa dia kembali membuka mata, sedar akan sesuatu perkara. Tangan kanannya naik meraba-raba permukaan cadar yang kosong di sebelahnya, tempat Hayden tidur.
Adakah dia sudah pergi ? Kalut dia cuba bangun dari pembaringan dan ketika dia cuba berada dalam posisi duduk, tiba-tiba kaki dan pahanya terasa lemah. Hessa tak betah lalu terbaring semula bersama erangan perlahan.
Saat dia berdesis menahan sakit , dia dapat rasakan ada tangan kasar tiba-tiba menggosok lembut permukaan kulit belakangnya yang terdedah. Serta-merta bahunya terjungkit kerana terkejut , pantas dia memutarkan kepalanya ke belakang.
"Awak..." Hessa memandang Hayden lama. Terasa lega hatinya melihat seseorang yang dia ingin cari sudah ada di belakangnya.
Hessabell tersenyum lebar melihat Hayden, Hayden sudah tidak memakai topeng lagi bila berduaan dengannya.
Hayden kata, hanya Hessabell seorang sahaja yang berhak melihat wajahnya tanpa sebarang pelindung.
Gembira, itu yang Hessabell rasakan.
Namun begitu.
"Awak dah nak pergi?" Soal Hessabell, dia cuba bangun dan dibantu oleh Hayden untuk bersandar ke kepala katil.
Hayden mengangguk , respon itu tidak menyenangkan hati Hessa. Kenapa awal sangat Hayden mahu pergi ?
"Awak taknak luangkan masa dengan saya?" Soal Hessabell. Hayden buat muka bersahaja seperti selalu.
YOU ARE READING
Tale : Armored Beast
Fantasy"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆" The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady First Tale : Armored Beast "Aku dah kata kan, kau isteri aku...