"𝗬𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗼𝗸𝗲 𝗵𝗲𝗿 𝘄𝗶𝗻𝗴𝘀 , 𝘁𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗽𝘂𝗻𝗶𝘀𝗵𝗲𝗱 𝗵𝗲𝗿 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗼𝘄 𝘁𝗼 𝗳𝗹𝘆"
The Commander of the Royal Knightage and the Abandoned Lady
First Tale : Armored Beast
"Aku dah kata kan, kau isteri aku...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rasa gerun yang bertambah-tambah di dalam hati tidak dihiraukan,malah Hessa semakin berani memasuki lorong kecil yang paling dekat dengannya.
Selepas dia keluar dari kotej lelaki raksasa tadi, terus Hessa menuju ke bandar ini. Kebetulan kotej tadi hampir-hampir dengan bandar yang amat asing baginya, jadi dia beranikan diri untuk masuk ke bandar ini.
Apa yang pastinya, dia akan cuba sedaya mungkin untuk menghindari daripada dekat dengan andar Guinevere. Pasti semua pengawal Duke Wiston serta pengawal Datuk Bandar Alex yang bertugas tidak akan berhenti berkeliaran selagi tidak menjumpainya.
Oleh kerana Hessa ternampak kelibat beberapa orang pengawal sedang berjalan-jalan mengelilingi bandar ini , Hessa dengan pantas memasuki lorong yang gelap dan sunyi ini.
Dia juga tidak pasti adakah kedudukan dia sudah jauh daripada bandar Guinevere atau tidak. Nama bandar ini juga dia baru tahu selepas terlihat papan tanda di hadapan ruang masuk tadi .
Nasib baik juga dia berjaya menyelinap masuk ke dalam bandar ini tanpa disedari sesiapa, kerana penduduk yang berwajah baru senang mendapat perhatian penduduk asal.
Oleh kerana sudah larut malam jadi bandar itu sekarang sunyi dan sepi tanpa suara penduduk. Mungkin semua sudah nyenyak dibuai mimpi pada pukul 4 pagi .
"cuba kau tengok arah sana" ujar seorang lelaki tua kearah rakannya. Mereka berdua elok bersandar di tepi bangunan lama yang terletak di hujung bandar Clayton .
Tanpa di sedari Hessabell yang ralit menyorok dari pengawal, tindak-tanduk dia sedang diperhatikan oleh dua orang lelaki berusia 40-an. Mereka berdua masing-masing tersengih-sengih sambil meneguk arak di dalam botol kaca.
Kedua belah tangan mereka yang memegang botol kaca yang berisi arak murah tadi terus meletakkan botol itu ke atas tanah secara merata. Mereka berdua merapati Hessabell yang terjengah-jengah di sebalik dinding mengintai jika ada orang yang lalu.