Bab 5 : Hate

7.7K 633 122
                                    

"Argh !" Tersedar dia dari lena apabila wajahnya disimbah dengan sebaldi air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Argh !" Tersedar dia dari lena apabila wajahnya disimbah dengan sebaldi air. Spontan dia bangun dari pembaringan dengan nafas yang tercungap-cungap kerana di dalam mamai dia menyangka dia tenggelam di dalam air tadi .

"Huhh..huhh.." tangan kanannya naik memegang dada, ligat matanya memerhati sekeliling sebelum matanya terpandang lelaki berwajah raksasa tadi.

"Argh !" Terjerit Hessa sambil menutup wajahnya ketika melihat lelaki itu di hadapannya. Terkejut kerana dia sukar untuk mentafsir siapa yang dari tadi berdiri di hadapannya .

"Erm maaf.." ujar Hessa, dia kemudian berdehem apabila menyedari tindak balasnya yang baru bangun dari tidur agak tidak sopan. Eh kejap, habis dia yang disimbah dalam keadaan basah kuyup oleh lelaki itu tu sopan sangatkah?

Ktang !

Tanpa membalas ujaran Hessa, lelaki itu selamba membaling baldi yang tadi dia gunakan untuk menyiram Hessa. Tepat-tepat terkena dinding konkrit sehingga berdenting kuat bilik itu.

Terhinjut bahu Hessa sebelum dia pantas memandang lelaki itu yang tidak mempedulikan dia. Lelaki itu berjalan dan duduk di atas sofa berpetak satu di hadapan ungun api.

"Awak s-selamatkan saya ?" Soal Hessabell, tiba-tiba rasa terhutang budi terhadap jejaka bengis itu. Walaupun dia disimbah air ketika ralit tidur oleh lelaki itu, dia tidak kisah. Dia sempat menoleh sekeliling ruangan yang dia duduk, hanya ada satu pintu dan 4 tingkap kecil .

Tilam yang menjadi tempat dia baring tadi ditepuk lembut , habis basah kawasan tempat tidurnya tadi. Tapi dia hiraukan sahaja lalu bangun dari katil. Bukan dia yang basahkan katil itu, lelaki raksasa tu yang tiba-tiba siram air tak tentu pasal.

Hessabell jadi ragu-ragu, manusia atau betul-betul raksasa jadian dia ni? Cara lelaki itu terlalu kasar dan dingin tak ada ciri-ciri manusia langsung.

Yang lagi pelik, lelaki itu sejak dari hutan tadi lagi tidak melepaskan topeng yang menutupi bahagian hidungnya hingga ke dahi.

Hessa memerhati perbuatan lelaki raksasa itu, ralit lelaki itu mengilap pedang besarnya tanpa memperdulikan Hessabell di belakang. Hessa telan air liur, pedang itu yang diletak di lehernya tadi.

"Erm, awak. Awak yang selamatkan saya tadi kan? Err saya cuma nak ucap terim--"

"Berambus" ujar lelaki itu sepatah.

Hessa kelip-kelip mata sebentar, senyuman yang cuba dimaniskan tadi serta-merta mengendur sedikit. Aih, kurang sopannya lelaki ini.

Hessabell yang masih terkedu itu menoleh ke luar tingkap memikirkan untuk pergi kerana lelaki itu sememangnya sudah menghalaunya. Makin dia tak tentu arah dalam hati , gelapnya di luar.

Tak berani dia nak keluar. Mengikut reka bentuk ruangan ini, dia dapat menyimpulkan ini adalah kotej kecil kerana ruangan ini sahaja sudah menyediakan tempat memasak, ruang rehat serta sebuah katil. Lengkap serba-serbi.

Tale : Armored Beast Where stories live. Discover now