"Kau okay?" Tanya Nayeon yang perasan Dalhee tidak banyak cakap harini atau dia memang tidak bercakap pun.
Dalhee hanya mengangguk sahaja lalu sambung menjamu burgernya itu. Mukanya nampak seperti tidak bermaya. Seperti orang putus cinta tau!
"Kau tak rehat ngan Taehyung lak? Kenapa kau tak ajak je dia rehat ngan kita?" Dahyun mengangkat keningnya sambil memandang yang lain. Mereka semua tersenyum nakal, imagine kalau mereka dapat menjadi kawan Taehyung juga.
Dalhee hanya diam sambil memandang kawannya. Tangannya masih memegang burger yang sudah dimakan separuh.
"Lupakan jelah dia..."
"Aik, gaduh ke?" Jihyo ketawa begitu juga yang lain.
"Kau ada apa-apa ke dengan dia?" Jihyo menyoal lagi. Buatkan yang lain terkejut dengan soalan Jihyo. Ada betul juga, kan? Macam orang gaduh dengan boyfriend ja ni...
"Apa-apa, apa?"
***
Nahee baru nak bangun sebaik kemas barang-barangnya untuk balik tetapi pergelangan tangannya ditarik Taehyung buatkan dia terduduk semula.
Pelajar lain sudah berlumba-lumba untuk pulang dahulu. Jelas sekali raut wajah gembira mereka tu.
Dalhee mendengus memandang Taehyung.
"Suruh kawan kau balik dulu," Taehyung berbisik tanpa memandang Dalhee, berpura-pura mengemas buku-buku di atas meja sementara tangan kanannya masih kuat memegang Dalhee di bawah meja, tidak mahu sesiapa nampak.
"Dalhee, kajja?" Dahyun memanggil Dalhee. Mereka berempat sudah bersedia untuk pulang. Suasana sedikit riuh dengan pelajar yang tidak putus-putus ingin pulang.
"Malhae," bisik Taehyung lagi dalam nada yang memaksa.
Dalhee mahu menarik tangannya tapi tenaganya tidak dapat dilawan dengan Taehyung.
"Cakap,"
Dalhee berkeras. Dia bangun dan menarik tangannya yang dipegang kuat buatkan Nayeon, Dahyun, Sana dan Jihyo memandang Dalhee yang dipegang oleh Taehyung. Mereka terkejut dengan aksi Taehyung seakan-akan sedang memaksa.
"Dalhee akan balik dengan aku," Taehyung terus bangun dan memegang tangan Dalhee seperti pasangan kekasih, dengan segaris senyuman yang mampu buatkan rakan-rakan Dalhee tergugat.
Sementara Dalhee pula terkejut dengan perbuatan Taehyung.
Kawannya yang tadinya fikirkan Taehyung cuba apa-apakan Dalhee terus tersenyum malu. Nayeon kemudiannya memaut Jihyo sambil mereka saling ketawa antara mereka.
"Geurae. Kami balik dululah Dalhee kalau macam tu..." Kata Nayeon sambil tersipu malu.
Mereka saling berpandangan dan apa yang ada difikiran mereka, Dalhee dan Taehyung mesti ada apa-apa, kan? Iyela... Taehyung budak baru. Handsome pula tu. Lepastu mereka duduk bersebelahan dan tak mustahil untuk mereka ada apa-apa. Taehyung pun bukannya bad boy atau sombong atau apa, dia sama seperti yang lain.
"Ani..." Dalhee cuba menahan mereka yang sudah melangkah lebih laju meninggalkan dia dan Taehyung.
Dalhee mendengus apabila hanya dia dan Taehyung sahaja di dalam kelas. Bangunan itu sudah semakin sunyi dan sepi. Seketika kemudian Dalhee menarik tangannya. Geli untuk dipegang lelaki seperti itu agaknya.
"Apa kau nak," Dalhee menarik begnya dan disandangnya disebelah bahu kanan. Malas mahu berdua-duaan dengan Taehyung lama-lama. Dia risau kalau ada yang ketiga...
Taehyung duduk di atas mejanya sambil memandang luar tingkap. Tangannya disilangkan ke dada. Melihat pelajar yang gembira pulang dari kelas.
"Kau sombong sangat dengan aku dua tiga hari ni kenapa?" Taehyung mengalihkan pandangannya kepada Dalhee pula. Dia tersenyum nipis.
"Biasa je..." Dalhee bersuara cukup menunjukkan dia tidak selesa dan tidak suka dengan Taehyung, tidak seperti minggu lepas.
Iya, mereka rapat. Rehat bersama kadang-kadang. Dalhee yang selalu berbual dengan Taehyung dan mereka saling mengajar satu sama lain dalam kelas. Tapi minggu ni Taehyung rasa seperti dia duduk dengan orang yang berbeza.. Dalhee yang dahulu tidak sama yang sekarang.
"Aku harap kau tutup mulut, kay?" Taehyung mencapai tangan Dalhee tapi lantas ditepis.
Dia smirk dan membetulkan rambutnya. Betullah tu. Bukan setakat Dalhee sahaja yang boleh berubah, Taehyung pun boleh.
"Tapi kalau nak borak kat orang pun takpe... Benda biasa je tuh," kata Taehyung sambil tersenyum memandang Dalhee. Mungkin macam satu kata-kata tapi kalau difikirkan logik akalnya, Taehyung sedang mengugut?
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomantikCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...