Dalhee keluar dari kedai dan terus memeluk Taehyung yang setia menunggunya sejak 30 minit yang lalu untuk tunggu dia habis shift malam tu.
Jam sudah lewat 1 pagi, dia tukar shift dengan seorang lagi pekerja lelaki yang setahun lebih tua darinya, kiranya masih belajarlah. Terpaksa untuk ambil sehingga lewat malam kerana dia bakal punyai anak, tak akanlah nak beri anaknya tidur di tempat yang sejuk. Mestilah nak anak selesa.
Taehyung mencium bibir Dalhee sekilas sambil mereka sama-sama menuju ke restauran yang masih buka hingga lewat malam. Kesian baby katanya sebab terpaksa bekerja hingga lewat malam.
Sejak Dalhee cerita tentang bagaimana baby di dalam perutnya 2 minggu lepas, Taehyung tekad untuk sama-sama menanggung sahaja baby itu sehingga lahir.
Tentang kemampuan, dia akan cuba sahaja. Lagi-lagi Dalhee selalu ingatkannya yang bayi sentiasa bawa tuah.
Mereka pergi ke restauran yang tidak jauh dari situ dan dekat juga dengan rumah mereka.
Sebenarnya Dalhee dilayan seperti puteri. Semuanya di ambil tahu dan dibantu oleh Taehyung. Bukan kerana cinta tapi kerana Taehyung fikir untuk tidak menyeksa bayi di dalam perut tu seperti mana ibu bapanya pernah seksanya. Dia fikir kenapalah dia hidup, kenapa eomma tak gugurkan sahaja? Mungkin sebab tak sanggup atau sebenarnya sudah kandungan dah kuat. Seperti situasi Dalhee yang sekarang.
Dalhee sudah 4 bulan mengandung. Jadi dia tidak mampu lagi menutup perutnya lagi. Biarlah orang tahu pun dia mengandung diusia muda pun, kerana dia dah ada Taehyung sekarang. Sekurangnya lelaki itu mahu bertanggungjawab, bukan ke itu lebih baik?
"Nak ni," Dalhee menunjuk pada menu makanan itu, yang paling termahal.
"Mahalnya..." Taehyung merungut.
"Baby naklah," Dalhee ketawa sambil membuat muka memujuk.
Taehyung hanya mengiyakan sahaja. Konon baby nak. Memang lelaki tak tahu apa-apa tentang baby tapi mereka tak adalah mudah tertipu kalau-kalau baby nak atau apa.
Sambil menunggu makanan mereka sampai, Dalhee dan Taehyung berbual seperti biasa. Isu kerja kebiasaannya dijadikan pembuka bicara.
"Perut aku sakit lagilah, dari siang lagi." kata Dalhee.
"Tak cukup rehatlah tu. Dah kata tak perlulah sampai lewat malam," kata Taehyung sambil menuangkan air mineral di dalam cawan dan dihulurkan kepada Dalhee untuk minum.
"Aku naklah ready beli baju ke sehelai dua, pampers. Baby boleh lahir bila-bila je tau." kata Dalhee. Perutnya diusap dibawah meja. Tidaklah besar mana tapi nampaklah yang dia sedang mengandung.
Taehyung hanya mengangguk faham. "Check up macam mana? Dah tanya doktor kenapa sakit perut?"
Dalhee mengangguk laju. Dikeluarkannya gambar bayi dari beg tangannya dan diberikan pada Taehyung. Habis je check up, dia terus masuk kerja. Cuma nak tengok gambar ultrasound 3D itu kalau tak ada pelanggan.
"Muka aku," Dalhee tersenyum lebar.
Taehyung tergamam melihat gambar tersebut. Bagaimana benda itu boleh terjadi? Iya, dia belajar sains tapi dia tidak sangkakan benda begitu dapat dia lihat diusia 18 tahun.
"Apa, mana ada muka lagi..." Taehyung menjebik dan membelek gambar tersebut.
Dalhee mendengus dan ditunjukkan ke Taehyung, "Cuba tengok muka aku dan gambar tu. Sama tau!"
Taehyung melihat Dalhee dan gambar tersebut bersilih ganti. Perempuan tu mesti sudah gila. Apa yang dia nampak hanyalah bayang-bayang bentuk mata hidung dan mulut. Bagaimana Dalhee boleh cakap muka dia pula sedangkan baby pun masih belum sempurna mukanya, tak jelas langsung.
Tapi dia tak cakap banyak, cuma mengiyakan sahaja. Malas nak layan.
***
"Asal senyum macam tu?"
Taehyung yang baru sahaja selesai mandi dan melihat senyuman Dalhee yang ada seribu satu maksud sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik. Nak kata dia sedang mengodanya tak juga. Nak katakan Dalhee mahu minta sesuatu yang mustahil pun tidak. Taehyung sendiri tidak dapat teka.
Lelaki itu duduk di kerusi meja makeup. Dipasangnya pengering rambut yang baru dia belikan untuk Dalhee tu. Tak adalah mahal, setakat boleh guna je. Perempuan tu sejak mengandung suka sangat mandi malam. Dah mandi, merungut nak tidur tapi rambut tak kering lagi katanya. Banyak betul kerenah perempuan. Sebab tulah Taehyung sebenarnya tidak bersedia untuk bercinta tapi dia sudah terlanjur tanpa sempat bercinta.
Taehyung dapat melihat Dalhee dari pantulan cermin dan Dalhee juga tahu tentang tu. Mereka bertentang masa sambil Taehyung sedang mengeringkan rambutnya dan Dalhee sedang berehat di atas katil.
"Sebanyak mana kau sayang kat baby, Taehyung?" itu yang terkumpul dalam fikiran Dalhee sejak siang tadi akhirnya ditanya juga. Taehyung mematikan suis pengering rambut tersebut dan memusing memandang Dalhee.
"Wae?"
"Mana tahu aku bawa lari baby ni one day..." entah gurauan atau satu kejujuran, Taehyung tidak tahu.
"Penting ke banyak mana aku sayangkan dia?" Taehyung bangun dari duduknya dan berjalan menutup lampu pula sebelum dia, masuk ke dalam selimut. Ditemani dengan seorang perempuan. Taehyung tidak sangka yang dia akan lalui fasa ini dimana dia tidak lagi berasa horny tidur sekatil dengan perempuan. Bukan sebab Dalhee tak sexy waktu mengandung. Tapi disebabkan dia bakal jadi seorang bapa. Bukan lagi seorang perkosa.
Dalhee tersenyum kelat. "Bagi aku penting,"
"Kau nak aku jujur?" Taehyung memandang Dalhee. Perempuan itu mengangguk.
"Don't hope too much..." Taehyung senyum nipis.
Mata mereka saling bertaut. Cahaya bulan cukup buatkan Dalhee faham apa maksud lelaki tu dari raut wajahnya.
"Aku cuma stay sebab kau tak nak gugurkan..."
Taehyung diam, lama...
Tapi Dalhee masih mencari jawapan disebalik raut wajah Taehyung, bapa kepada bayi di dalam perutnya.
"But it gonna be better for us kalau dia tak ada, sejujurnya..." Taehyung menarik tangan Dalhee dan digengamnya.
"Tapi kalau dia ada, aku akan layan dia dengan baik selagi aku mampu..."
"Selagi kau mampu, tapi kau takkan berusaha?"
Taehyung tersenyum nipis.
Malam itu Dalhee baru jumpa jawapan untuk persoalan yang bermain di fikirannya sebelum ini.
"Kita masih muda, banyak benda yang menunggu kita di masa hadapan..." kata Taehyung lagi.
"Tapi kalau dia lahir dengan baik, kau dan aku akan sama-sama jadi parent..."
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomanceCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...