Dalhee memusingkan kepalanya apabila perasan Taehyung sudah berjaga. Belum bertegur pun lelaki itu sudah berjalan laju meskipun masih mamai terus keluar dari rumah. Seperti yang diagak oleh Dalhee. Mesti dia fikir tentang motor kesayangan dia dulu.
"Mana motor aku!" Gerutu Taehyung sendiri. Dia masuk ke dalam rumah semula setelah periksa dan yakinkan dirinya yang motornya tidur berasingan dengannya.
Taehyung masuk ke dalam bilik. Mungkin call orang atau apa sahaja cara untuk tahu mana motornya. Kalaulah motor tu ada simkad mesti dia call motor dia dulu, kan? Tak pun kalau ada akal fikiran, dia suruh je motor dia guna akal yang ada untuk balik. Fikir Dalhee sambil tangan sibuk memotor lobak putih dan diredamkan dalam air.
"Aku balik macam mana semalam?" Tanya Taehyung yang tiba-tiba muncul belakangnya. Dalhee menoleh sekejap, kawannya itu nampak sangat risau. Telefonnya ditekap di telinga, mungkin tunggu siapa-siapa inform mana motornya sekarang. Muka macam hilang anak je.
Gila tak risau, kalau hilang motor tu sumpah petak!
"Dalam keadaan yang sangat tidak berakal," jawab Dalhee bersahaja. Nampak macho ke balik perempuan yang hantar?
"Maksud aku, siapa hantar aku?"
"Bidadari dunia,"
"Kenapa kau tak tanya dia mana motor aku?"
"Lah," Dalhee memandang Taehyung. Adakah dia dibayar untuk kisahkan motor kesayangan Taehyung? Sudahlah perempuan semalam tu pun sombong! Ibarat macam ada emas dalam mulut.
"Ish," Taehyung mendengus. Dia terus keluar dengan baju tidak bertukar, muka yang nampak sangat baru bangun tidur dan mental masih belum stabil.
"Agak-agak rugi ke tidak mabuk semalam,"
***
Jam sudah pukul 12 malam. Dalhee menghirup ramennya sambil mata ralit menonton netflix dengan tajuk cerita Orange is A New Black. Sebuay cerita lesbian yang tidak seberapa tapi entah mengapa ada dalam rating di Korea. Logik kot dia ada ditop10, manusia sekarang semua suka seksual. Tak kisahlah teruk macam mana pun character yang dibawa, semua orang boleh layan kalau ada sexual.
Bunyi enjin motor yang kuat di depan rumah menyedarkan Dalhee yang Taehyung sudah balik. Ha elok sangatlah tu, rumah ni macam hotel je, balik untuk tidur je. Yela, dia yang bayar sewa rumahkan.
Selepas seketika Taehyung masuk. Dia lalu dihadapan tv dan terus masuk ke dalam bilik sebelum kembali semula dengan tidak berbaju.
"Nak!" Taehyung terus duduk disebelah Dalhee dan mengambil mangkuk ramyeon itu. Tapi laju ditepis. Dalhee menolak dada Taehyung, minta jauh darinya.
"Pergi mandilah! Kau tak mandi dari siang tadikan?" Dalhee memuncungkan bibirnya untuk tutup lubang hidungnya.
Taehyung tersengih menampakkan giginya. Mengiyakan dengan apa yang Dalhee teka.
"Dasar pengotor! Gigi tak bergosok. Muka tak basuh!" Dalhee menolehkan kepalanya. Tapi lagi Dalhee tak nak, lagi Taehyung suka menyakat.
Dia menerkam Dalhee dan kononnya mahu cium pipi perempuan itu. Setakat tenaga perempuan mengandung apalah sangat. Taehyung dapat cium pipi Dalhee tapi dia mendengus kuat dan mengelap pipinya, tak mahu kesan ciuman Taehyung melekat dipipinya.
"Tak sukalah, ish..." Dalhee mengambil beberapa helai tisu dan lap pipinya dengan raut wajah menyampah.
Taehyung yang tadi seronok menyakat, terus berubah jadi hairan. Mungkin orang fikir Dalhee sombong orangnya. Dan ini bukan kali pertama dia tidak mandi seharian. Tapi sejak bila Dalhee tidak suka bergurau? Sejak bila dia tak suka dicium? Sejak bila dia geli dipegang Taehyung? Bukan setakat cium, sekali sentuh terus horny tapi kalini perempuan tu nampak serius.
Dalhee mencampak tisu itu di atas meja.
Taehyung menjauhkan dirinya sedikit dan memandang Dalhee tidak lepas. Apa dah jadi dengan perempuan tu? Apa yang buat dia marah sangat?
Setakat cium pipi je pun.
"Marah ke?" Taehyung memegang tangan Dalhee tapi laju ditarik.
"Pergi mandi please,"
Taehyung speechless. Isu tak mandi je pun. Taehyung kemudian membau badannya sendiri. Dia memang tak mandi seharian tapi perfumenya cukup mahal untuk kekalkan badannya sentiasa dalam keadaan wangi
Cumanya, Dalhee tak pernah serius begini. Like memang tak akan jadi serius kalau sedang bergurau.
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomanceCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...