"Kau okay tak?" Dahyun menyapa Dalhee yang duduk ditangga belakang sekolah. Tangga ni jarang untuk orang lalu kerana jauh dari bangunan akademik, kafe dan bilik guru tapi digunakan untuk balik sekolah.
Dahyun terus duduk disebelah Dalhee dan memeluk rakannya. Diusap-usap belakang Dalhee untuk melegakan perempuan itu.
"Aku ada okay, jangan risau..." pujuk Dahyun. Lagi kuat tangisan Dalhee.
Jarung panjang hampir mengena nombor 12, masih berbaki beberapa minit sebelum pukul 8 iaitu sebelum mulanya kelas.
Dalhee yang mesej Dahyun untuk datang menemaninya. Sekarang adalah waktu yang sangat perit dalam hidup Dalhee. Lagi sakit daripada hari yang dia dapat tahu yang dia mengandungkan anak tidak sah taraf. Dia tidak sangka sejauh itu tindakan parentnya yang semakin membencinya.
Kadang-kadang, kita tak perlu pun untuk orang faham keadaan kita. Tak perlu pun untuk orang dengar dan ambil tahu apa yang terjadi sebabnya kehadiran seseorang dalam menemani kita waktu sedih adalah benda yang paling precious.
Tak dapat dinafikan yang Dahyun tidak akan faham situasi Dalhee sekarang. Dan perempuan tu akan terkejut apabila dapat tahu tentang apa yang menimpa Dalhee. Dia dah tak ada sesiapa. Tapi apa yang dia nak adalah pelukkan. Tak kisahlah siapa pun orang tu, kalau dia dapat berikan pelukkan ,serba sedikit dapat berikan Dalhee semangat walaupun yang paling sikit dalam dunia.
Belakang Dalhee diusap-usap lembut oleh Dahyun.
Kalau mereka menangis, berikan mereka pelukkan. Ia lebih cukup daripada cuba memahami
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
DragosteCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...