32

487 45 1
                                    

"Ireona. Dah pukul berapa dah ni," kata Taehyung yang baru sahaja pulang sejak semalam menghilangkan diri.

Dalhee pula sangat terlena dirumah orang meskipun hanya tidur dilapik dengan tilam yang nipis dan dibalutkan badannya dengan selimut berbau hapak.

"Pukul berapa?" soal Dalhee kembali, langsung tidak mahu buka mata.

Taehyung langsung tidak menjawab. Dia terus masuk bilik air dan mandi.

Cahaya matahari yang semakin cerah masuk melalui tingkap yang tidak ada langsir itu. Bukan itu sahaja, tingkapnya juga pecah. Hanya ada pagar. Walaupun selamat daripada jenayah manusia, tapi tak mustahil untuk binatang berbisa keluar masuk.

"Taehyung, Charger tak boleh gunala..." kata Dalhee yang masih berselimbung dengan selimut sebaik sahaja Taehyung keluar dari bilik air.

Lelaki itu mendengus kuat. Rambutnya digosok-gosok dengan tuala mandinya. Semuanya ditukar disitu juga. Bahasa mudahnya, mereka tiada ruang tamu. Disitulah tempat berehat. Disitu jugalah tempat makan. Disitu juga tempat tidur dan disitu juga tempat salin baju.

"Kau tak pergi sekolah ke?" Selimut yang membalut badan Dalhee itu di tariknya dengan jari kakinya.

"Ish!" Dalhee menarik semulaselimut itu untuk menutup badannya. Bukan malu, cuma dia terasa sangat malas dan tidak sedap badan. Tambahan lagi orang mengandung mudah penat, seharian merantau dan tidak dapat tidur dengan selesa benda yang sangat mustahil untuk perempuan mengandung. "Aku mana ada baju sekolah,"

"Alasan,"

"Ambillah baju sekolah aku dalam loker. Minta kunci spare dekat pejabat. Kunci loker aku kat rumah..." Dalhee memusingkan badannya menghadap Taehyung. Dilihatnya kawannya itu sedang membutang baju sekolah.

"Tak ada kerja aku nak buat benda tu..." jawab Taehyung sambil membetulkan rambutnya dicermin kecil yang digantungkan pada pintu almari.

Dalhee menjebik.

Dia bangun dari baringnya. Mulalah kepalanya rasa berdenyut-denyut dan pening. Matanya kabur untuk beberapa saat sebelum kembali cerah. Dia melihat Taehyung kehulur kehilir dihadapannya.

Dia mula terfikir. Mana lelaki tu pergi semalam? Bukan ke ni rumah dia? Mana pula dia tidur? Balik-balik pula terus bersiap pergi sekolah.

Dilihatnya lagi Taehyung sedang minum air daripada paip macam tu sahaja. Roti putih dua keping dikeluarkan daripada plastik dan disumbatkan dalam mulut sebelum duduk dihadapan pintu untuk memakai kasut sekolah.

"Tolonglah Taehyung," kata Dalhee lagi. Walau bagaimanapun permintaan dia dipulau apabila Taehyung terus keluar dari situ.

Dalhee menjebik. Apalah nasibnya sekarang. Dia tiada apa-apa. Cuma ada pakaian dan kad pengenalan. Telefonnya pula dah habis bateri. Plug di rumah itu tidak berguna langsung. Dah rosak dan dipenuhi dengan anai-anai dalam plug tu. Dalhee cuba untuk charger telefonnya diplug untuk peti sejuk. Malang sekali kerana ketinggiannya terlalu rendah untuk capai plug tu.

Dia sambung baring. Difikirnya dengan perkara yang sama. Apa akan jadi esok, lusa, sebulan akan datang dan seterusnya?

Dia lagi risau tentang nyawa yang ada dalam perutnya. Betul kata eomma, nak jadi seorang ibu bukannya mudah. Lagi-lagi dia sedang belajar sekarang. Kalau dia tak belajar, macam mana dia nak bekerja? Ya, siapa kata tak belajar tak boleh berjaya? Zaman sekarang pelajaran tu penting. Kalau kerja dengan orang mudah, tak perlu usaha lebih tapi kena ada pelajaran. Tak ada pelajaran tak ada kerja. Tapi kalau kerja sendiri, tak ada pelajaran pun tak apa. Tapi usaha tu mungkin 100 kali ganda daripada orang yang kerja dengan majikan.

Lepas bersalin, mana dia nak letak anak dia? Taehyung bukan mahu berurusan dengan dia seolah-olah meletakkan 100% tanggungjawab tu pada Dalhee.

Bukan tu je, boleh ke dia survive bermula hari ini sehingga tujuh hingga 8 bulan akan datang? Bila perut dia besar, baju yang dia ada tak akan muat. Mampu ke dia beli baju lain? Mampu ke dia kekal sihat sehingga bayi ni keluar?

"Tak boleh Dalhee. Kau kena bangun juga..." Kata Dalhee memberi semangat kepada dirinya.

Dia cuba untuk bangun dari baringnya tetapi dia rasa sangat-sangat penat meskipun hanya baring di atas tilam yang sangat nipis & dan berbau hapak, ianya masih terasa selesa.

Dalhee ada baca, walaupun pada bulan pertama dia mengandung, kepenatan tu perkara biasa sehinggalah bayi selamat dilahirkan. Siapa sangka betapa indahnya apabila nyawa manusia diproses dalam badan manusia juga. Hebatnya dunia ini.

Dalhee cuba juga bangun. Kepalanya mula terasa pening dan berdenyut. Pemandangannya terasa gelap untuk beberapa saat sebelum ianya kembali ke asal.

***

"Ada kerja yang saya boleh apply tak?" Soal Dalhee, memberikan diri demi dia dan anaknya.

"Maaf kami dah cukup pekerja,"

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now