Bunyi hentakkan kaca yang pecah ke lantai buatkan Han, anak kepada pemilik restauran itu bergegas ke dapur. Dilihatnya Dalhee sudsh tersandar di almari besi.
"Gwenchana?"
Dalhee memegang kepalanya yang terasa sangat pening. Dia hilang imbangan dan terjatuh sekali dengan sup panas yang terkena pada pergelangan kaki kanannya.
Dalhee cuba ambil masa beberapa saat dan mengambil udara, risau kalau oksigen dalam badannya tidak cukup untuk dia dan bayi.
Dia kemudiannya cuba bangun dengan bantuan Han. Kakinya terasa pedih sangat kerana sup itu baru sahaja di masak. Pedih sangat-sangat meskipun dia memakai seluar jeans panjang.
Han memapahnya ke kerusi yang ada disitu. Encik Kim yang membawa pinggan-pinggan kotor ke dapur terkejut melihat dapur yang kotot itu.
"Dalhee ni dia jatuh..."
"Joisonghabnida. Saya akan kemas..." Dalhee cuba paksa diri untuk bangun tapi nampaknya dia benar-benar pening. Rasa mual dan sakit perut juga datang bersilih ganti, langsung tidak membenarkan dia bekerja. Tambahan lagi dia tidak tidur sejak semalam. Yela, tidur diluar - tempat terbuka bukan sesuatu yang menyeronokkan.
"Tak apa, kamu berehatlah atau balik. Kaki kamu tu," kata Encik Kim dengan sangat prihatin apabila sedar yang kaki Dalhee melecur.
***
Kenapa dia tak pilih untuk naik teksi? Dia terpaksa berjimat bulan ni, risau kalau perlukan duit untuk dapatkan rumah sewa yang baru. Pening tu ya. Sekejap dia berhenti dan duduk. Tambahan lagi kakinya melecur. Terencut-encut jadinya.
Dilihatnya peta di dalam telefon. Taehyung kata dia ada jumpa rumah sewa. Nasib baik hari ini Ahad, Taehyung tak kerja.
Dalhee cuba untuk berjalan yang memakan banyak masa. Hampir 30 minit juga.
Tidak lama kemudian dia sampai selepas penat menaki bukit. Dia kemudian menarik pagar besi yang lebih tinggi darinya itu. Bunyi besi yang sudah karat dan mereput sangat kuat. Padanlah untuk dia dan Taehyung.
Dia masuk dan terlihat kasut Taehyung di depan pintu. Dia kemudian menanggalkan kasutnya dan masuk dengan kaki yang masih terencut.
"Awal kau balik," sapaan Taehyung buatkan Dalhee terkejut sebelum menapar lengan lelaki itu.
"Ish, aku tak sihatlah..." jawab Dalhee. dia kemudian melihat sekeliling rumah yang agak bersawang dan berhabuk.
Ada ruang tamu dan televisyen lama, jauh beza dengan rumah haritu. Ada meja kopi ditengah-tengah ruang itu. Kusyen-kusyen dikumpulkan satu tempat.
Dalhee kemudian berjalan lagi ke dapur, lebih baik juga kerana ruang tamu dan dapurnya diasing. Ada tempat memasak yang mencukupi. Ada beberapa kuali, pinggan dan cawan yang tersusun kemas. Peti ais yang jauh lebih besar dari rumah mereka dulu.
Dilihat pula tandas. Selesa sungguh untuk hidup mereka yang sebatang kara itu.
"Joh-a?"
Taehyung berdiri dibelakang Dalhee. Jelas sungguh perasaan seronok di muka Dalhee. Secara logiknya, perempuan mana je tak seronok kalau dapat rumah lebih baik dari sebelum ini.
"Berapa?" tanya Dalhee, kemudiannya membuka api dapur dan hidup buatkan dia rasa lagi seronok. Mungkin dia tidak perlu beli makanan diluar lagi.
"Sebanyak gaji aku,"
Dalhee terus memusingkan badannya dan terkejut. Dia mana tahu harga rumah ni bagaimana. Rumah sebelum ini pun 3/4 dari gaji Taehyung. Kalau sebanyak gaji lelaki itu, mungkin mereka terpaksa ikat perut. Nak bayar bil api dan air lagi, makan pakai mereka pula macam mana. Nak makan maggi tiap-tiap hari?
"Nanti aku carilah rumah lain. Kita park dekat sini dulu... Aku naklah yang dekat dengan tempat kerja. Takkanlah hari-hari nak naik teksi. Takkanlah aku nak jalan kaki pula kan," kata Taehyung.
Dalhee menjebik. Dia terus pergi ke sebuah bilik.
"Kaki kau tu pahal?" Taehyung baru perasan yang Dalhee terencut-encut. Dia mengikut langkah perempuan itu.
"Wah. Murahlah kan kalau rumah macam ni harga macam tu?" tanya Dalhee sebaik sahaja melabuhkan punggung di katil. Dia melihat sekeliling bilik yang tidaklah terlalu besar, tapi katil saiz king dan beberapa almari, lampu dan kipas, semuanya cukup.
"Murah apa. Normallah, harga market."
Dalhee hanya mengangguk faham dia terus baring dan menyelimutkan badannya.
"Seronoknyaaaaa..." kata Dalhee keriangan, mungkin lupa Taehyung ralik melihatnya. Sudah 3 bulan dia tidur di lantai, dengan tilam yang nipis, lantai sejuk pula.
Dalhee memberi ruang sedikit ditepinya dan membuka lengannya luas sambil memandang Taehyung. Lelaki itu kemudiannya tersenyum nipis dan naik katil. Dan masuk dalam pelukkan Dalhee.
Pelukkan Dalhee kini jadi semakin menyeronokkan. Rupa paras Taehyung cukup menjelaskan yang dia boleh bertukar-tukar girlfriend. Tapi siapa tahu yang tak ada langsung perempuan nak dekat disekolah lama. Sudahlah anak tidak sah taraf, hidup merempat tanpa mak ayah, tak ada duit nak belikan hadiah untuk partner. Perempuan sekarang tak pandang rupa, mereka pandang dompet tebal ke tidak.
Jadi, kasih sayang tu benda yang dikatakan limited untuk Taehyung. Tapi dia tak sangka yang Dalhee banyak berubah. Sebelum mereka bercinta haritu, Dalhee memang sweet, romantik dan pemalu. Tapi lepas dia merogol Dalhee, perempuan tu jadi baran, ganas, garang dan pentingkan diri sehinggalah bulan pertama Dalhee mengandung. Tapi itulah kelebihan sesetengah perempuan mengandung. Mereka lebih bersikap keibuan dan penyayang.
Dalhee ibaratkan ibunya. Jaga makan dia. Jaga pakainya. Yang dengar dia bebel pasal tempat kerja. Dalhee memang baik walaupun dia dah musnahkan hidup perempuan tu.
"Gomawo..." rambut Taehyung diusap-usap lembut.
000000000000000000000000000
tbh baru2 ni views cepat je naik. terima kasih sbb baca tau, even korg baca tak vote pun aku still hargai. stay safe yalls
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomanceCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...