96

477 66 36
                                    

Dalhee jatuh terduduk kerana terlalu terkejut dengan apa yang terjadi. Yang sebenarnya keluar adalah air ketuban yang pecah, tanda-tanda yang bayinya akan keluar.

Dalhee mengeletar dengan tangannya basah dengan air jernih. Patutlah mengapa vaginanya terasa sangat tidak selesa dan rasa sangat luas seakan-akan bayi sudah bersedia dimuka pintu vaginanya.

Dalhee memandang sekeliling, dia terasa sangat pening dan hampir pitam tapi cepat-cepat sedarkan diri. Terasa seperti lampu bilik itu berkelip-kelip sedangkan matanya yang mula berpina.

Dia mengagahkan diri meraba-raba diatas katil mencari telefonnya.

Dia tidak rasa sakit sama sekali, cuma perutnya terasa keras dan kram, vaginanya yang rasa semakin tidak selesa. Apa yang buatkan dia berpina adalah kerana terlalu nervous.

Akhirnya dia mencapai telefonnya dan dengan terketar-ketar membuka kunci telefonnya.

"Mana ni..." Dalhee mengigit bibir bawahnya, cuba untuk tidak panik tapi siapa je yang tak panik kalau dia sebenarnya berada dalam rumah yang kosong dan sunyi, meskipun kalau dia menjerit meminta tolong dengan dirinya yang akan beranak bila-bila masa itu, mampukah orang dengar?

Dia menekan angka 1 lama-lama dan terus call Taehyung serta-merta.

Tut tut* itu sahaja yang menemani Dalhee dalam keadaan sangat panik begitu.

Vaginanya terasa seperti semakin luas terkoyak, tak sakit, ia normal dan dia tahu itu  Tidak sakit langsung, mungkin kerana air ketuban itu sudah buatkan semuanya menjadi smooth.

Sekali call, dua kali, dan ketiga meskipun untuk kali keenam Taehyung tidak jawab buatkan Dalhee semakin mengeletar kuat.

Dia telefon pula Puan Shin. Sekali, dua kali dan entah takdir atau apa, tak ada yang jawab.

Kelihatan pula darah keluar mengalir terkena pada lantai buatkan Dalhee terus panik dan semakin pitam. Apa pula kalini?

"Tolonglah..."

Dia tidak dapat memikir lagi. Apa yang dia tahu, dia akan beranak keseorangan ke?

Dia hampir mahu pengsan melihat darah sendiri mengalir tapi digagahkannya kalau-kalau Puan Shin akan datang nanti atau Taehyung atau siapa-siapapun.

Seperti ada lampu menyala dalam kepalanya dan dia menaip 998 dan terus sahaja call. Ya nombor ambulan yang lebih pantas dari Taehyung mampu buat.

Suara lelaki dihujung telefon bertanya. Dan Dalhee sampaikan semuanya yang dia mungkin akan beranak sekarang dengan nafas sedikit tercunggap-cunggap. Tak sempat lelaki itu tanya dia dah berikan alamatnya menunjukkan betapa cepatnya yang dia minta.

Dia tidak sakit langsung tapi rasa sangat tidak selesa apabila air ketubannya sudah pecah, darah yang entah mengapa mengalir keluar. Vaginanya ibaratkan seperti akan keluarkan sesuatu yang besar. Bukan ke proses ini terlalu cepat daripada perkara yang normal?

"Tenang Puan, ambulans dalam perjalanan ke rumah Puan. Puan jangan nervous, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan," kata seorang lelaki itu yang nampak sangat tenang supaya Dalhee juga ikut tenang.

Perempuan mana tak panik sedangkan ini kali pertamanya.

"Dalam 5 minit lagi ambulan akan sampai. Betul ke Puan seorang sahaja disana?" Lelaki itu meminta kepastian dan Dalhee mengiyakan.

"Saya dah nak beranak ke?" Dalhee bertanya soalan bodoh.

Matanya sudah berpina dan lampu terasa berkelip-kelip sedangkan itu infleks pada matanya sahaja. Dia bersandar pada katil dan menarik nafas panjang meskipun terasa tersangkut. Dia tidak sakit tapi semuanya terasa sangat panik dan terasa seperti vaginanya terbuka secara perlahan-lahan. Makin besar bukaan vaginanya, makin cepatlah proses bayi keluar, itu yang dia baca.

"Kenapa ambulans ambil masa terlalu lama?" Kata Dalhee merungut sementara lelaki di dalam telefon itu katakan benda yang dia sendiri tidak dapat faham.  Dia hilang focus.

Dalhee cuba untuk bertenang tapi rasanya seperti sudah 15 minit berlalu sejak lelaki itu berjanji ambulans sedang on the way sedangkan apa yang dia tahu, ambulans tak akan selambat itu.

Perutnya terasa sangat kram. Keras dan sekeliling vaginanya seperti kejutan elektrik lagi yang masih bersaki-baki.

Lama kelamaan telinga Dalhee mula jadi berdengung.

Matanya jadi semakin kabur walaupun dia cuba sedaya upaya untuk sedarkan diri sementara menunggu ambulans kerana semuanya perlukan kekuatan dia untuk bayi lahir, itu je.

Kakinya pula terasa kebas-kebas. Suara lelaki itu seperti radio yang rosak lalu ke gegendang telinga Dalhee, suaranya ada-tak ada sahaja sedangkan talian masih bersambung kuat. Cuma Dalhee dalam keadaan separuh sedar.

Lama masa berlalu dan hampir 20 minit pun tiada sesiapa datang.

Dalhee memegang perutnya. Sumpah dia dah tak boleh tahan dirinya. Dia dah tak ada tenaga. Darah keep on keluar perlahan-lahan entah sebab apa.

Dalhee memejam matanya perlahan-lahan tapi dia tidak dapat kuatkan dirinya apabila kelihatan seseorang yang tiba-tiba muncul dan memanggil-manggil namanya sebelum pandangannya gelap dan kesunyiaan.

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now