79

359 53 3
                                    

Dalhee membetulkan rambutnya yang sudah kering. Dia melihat dirinya dengan perut semakin besar dan berat.

Dia kemudiannya terpandang kalender di meja itu. Terus sikat ditangannya diletak tepi dan mengambil dan meneliti setiap tarikh disitu. Harini 8 December, dah cukup 8 bulan bayi duduk dalam perutnya.

Hubungan dia dan Taehyung semakin baik. Entahlah, bila fikirkan Taehyung, dia sentiasa rasa berbunga. Mungkin cara lelaki itu yang manjakan dia baru-baru ni walaupun sebenarnya mereka sangat-sangat jarang berjumpa. Perempuan, siapa je tak suka attention.

Mungkin rasa lebih selesa bila lelaki itu mula jujur dengannya. Maksudnya dia gembira Taehyung bekerja sebagai model. Tapi dia tidak pasti kenapa Taehyung tak beritahu yang dia dah berhenti kerja di starbuck.

Kadang-kadang Dalhee terpaksa tidur lewat untuk jumpa dia. Ataupun dia tidur awal dan bangun awal pagi sebelum Taehyung keluar. Memang lama Taehyung kerja. Hampir 20 jam tapi entahlah, dia tidak tahu. Dia percaya dengan Taehyung. Itu je. Jadi dia tidak perlu ragu-ragu. Kalau kita percaya dengan pasangan kita, jangan pernah ragu-ragu dengan apa yang diorang pilih meskipun benda tu tak masuk akal.

Kalau Taehyung sayang padanya, kenapa dia nak risau tentang lelaki itu?

Dalhee bangun dari duduknya dan terus baring di atas katil dengan tangan sudah bersedia main telefon.

Begitulah harinya. Baring. Main phone. Masak pun untuk diri sendiri je. Taehyung tak makan, balik kerja tidur, katanya dah makan. Dah seminggu Taehyung balik lewat. Mungkin esok dia cuti?

Dalhee buka instagram dan stalk Taehyung lagi dan lagi. Dia tak ada kerja nak buat.

Nak katakan Taehyung banyak buat story, tak juga. Cuma adalah sehari sekali.

Dia melihat story Taehyung. Cuma pemandangan langit pada waktu malam.

Hidup ni sangat membosankan. Sampaikan Dalhee rasa bosan sangat dan baca je semua req chatnya. Semua req chatnya adalah orang yang kenal Taehyung. Sejak Taehyung selalu tagnya distory, lagi-lagi Taehyyng yang pos gambar mereka berdua di wallnya, makin bertambah followersnya. Dia dah dapat 10K macam tu je.

Semua orang beria untuk dapatkan Taehyung tapi entah celah mana Taehyung boleh horny tengok dia dulu. Macam tu je dia sentiasa berada sebelah lelaki idaman perempuan. Tinggi, handsome, hidung mancung, sexy, cute at same time, badan yang fuhh, perfectla Taehyung tu secara fizikalnya. 

Ada yang tanya adakah dia dan Taehyung bercinta? Kami tak perlukan cinta untuk bersama, lah tiber.

Dia dan Taehyung dah ada anak pun. Mungkin mereka akan berkahwin, siapa tahu?

Ada je yang chat dengan dia kononnya jangan dekati crush dia bla bla bla, setakat orang bodoh macam tu Dalhee tak kisah langsung. Lainlah mak mentua, bukan?

Dalhee baca satu persatu dan ada satu tick ditepi username seseorang tu buatkan Dalhee tertumpu. Artist chatnya?

Dalhee tekan profilenya dulu sebelum baca mesej orang itu dan bila diamati, itu Karina!

"Wah Karina tu model rupanya." Kata Dalhee sendiri sambil stalk perempuan tu. Bila tengok ruang followers, ya, Taehyung follow perempuan tu tapi tak jadi masalah. Berlambak je lelaki tu follow perempuan tah mana tah, dia tahu je.

Karina dengan 800K followers dan mendapat tick biru sebagai pengguna instagram terkenal dan dianugerahkan oleh instagram. Tengoklah betapa seksinya perempuan tu, ya Dalhee tak nafikan. Memang lawa.

Tinggi, gebu, body shape yang seksi gilalah. Jarang nak jumpa perempuan begitu. Body menawan.

Dia terlihat salah satu gambar disitu yang menampakkan buah dada Karina sedikit. Begitulah model terkenal Korea. Acting seperti orang barat. Even nampak nipples pun tidak jadi masalah. Dan confident level mereka tu memang diluar jangkaan.

Dalhee melihat buah dada Karina dan memegang buah dadanya pula. "Huh aku punya lagi besar,"

Dalhee back dan membaca mesej Karina.

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now