"Dalhee ni macam orang mengandunglah. Itu tak boleh, ini tak boleh!" kata Nayeon buatkan Dalhee yang tadi rasa seronok terus pudar senyumannya buatkan semua yang kat situ terdiam.
Gurauan Nayeon buatkan semua yang kat situ sedar yang ianya buatkan Dalhee kelihatan tak selesa. "Ish apa kau ni, elok sikit mulut." Jihyo menampar lengan Nayeon.
Dalhee hanya tersenyum nipis. Betullah tu, orang mengandung tak boleh buat tu, tak boleh buat ni. Kena lembut-lembut je. Dia tolak minuman-minuman bergas. Memilih makan, itu tak nak, ini tak nak. Tak mau berlari. Tak mau pergi mainan yang kasar-kasar. Sangat berhati-hati dan mudah pening. Dia sekarang adalah ibu mengandung, bukannya remaja yang boleh bersuka ria lagi. Dia akhirnya menerima tawaran kawannya untuk outing di shopping mall. Mulanya dia menolak sebab fikirkan yang mereka akan makan benda-benda baru sama-sama. Waktu tu Dalhee akan jadi seorang yang memilih sebab makanan tersebut tidak sesuai seleranya yang baru ni. Risau kalau kawan-kawannya perasan. Tapi apa yang dia boleh cakap, dia sedang berdiet. Tapi berdiet yang tak boleh bersukan?
Main ice skating pon Dalhee menolak dan tengok sahaja dari luar. Dia takut kalau dia terjatuh sebab tak mahir lagi, tak nak benda buruk jadi.
Mereka berempat bergilir-gilir bermain besbol. Satu permainan yang dimana pemain perlu pegang kayu besbol dan sebiji bola yang keluar dari mesin yang sangat laju. Dalhee undurkan diri kerana risau kalau bola tu terkena pada perutnya.
Sudah 2 minggu dia menerima kehadiran nyawa di dalam perutnya. Dia kerap baca benda positif. Dia baca pengalaman perempuan muda yang mengandung diusia muda yang tidak diterima boyfriendny lagi. Perempuan tu akhirnya hidup gembira dengan seorang bayi.
Dalhee tak rasa ingin gugurkan sebab bayi ni tak bersalah. Ia satu rahmat dari Tuhan. Dan setakat ni. keputusan dia adalah untuk menjaga nyawa dalam perutnya ni. Tapi tak dapat dinafikan yang manusia ni berubah-berubah. Tapi dia cuba yang terbaik.
Cumanya dia masih tak tahu cara untuk ceritakan benda baik yang menimpanya jauh lebih awal dari gadis lain ni kepada parentnya. Tambahan lagi appa seorang yang garang. Eomma pun tidak kurang juga. Ni bukan berita gembira. Gembira untuk yang dah berkahwin, buruk untuk orang belum berkahwin.
Bukan tu je, Taehyung langsung tidak respon dengan isu bayi dalam perut Dalhee ni. Lelaki tu kejap datang sekolah, kejap tak.
Kalau nak cerita tentang macam mana dia dalam penerimaan sebuah nyawa dalam badannya, tentulah Dalhee sudah habiskan banyak air mata. Dia menangis. Dan menangis lagi tak henti sampailah dia rasa yang air mata tak dapat bantu dia dalam hal ni. Selagi dia tak buat keputusan, tak ada apa-apa yang akan berubah.
Mereka menangkap gambar bersama-sama sebagai kenangan. Menghabiskan masa dengan gelak ketawa. Mengumpat, usha lelaki, dan cerita tentang benda-benda lampau atau benda yang tak pernah dicerita.
Perubahan yang Dalhee rasa selepas mengandung adalah kematangannya. Dia rasa tak dapat masuk lagi dalam perbualan rakan-rakannya. Pandangan dia sekarang adalah sebagai seorang ibu, bukan lagi seorang remaja. Dia fikirkan masa diakan datang, sebaliknya kawan-kawannya bincang tentang apa akan jadi esok.
Dalhee tersenyum sendirian. Tak sangka beginilah rasanya jadi seorang yang matang. Dia dah tak ada masa untuk gelak ketawa.
***
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Dalhee pulang seorang diri sebabnya Dalhee tidak berjiran dengan Dahyun, Sana, Jihyo dan Nayeon. Mereka berempat pula berjiran. Sebab itulah Dalhee selalu pulang sendirian.
Dalhee menguak pinth rumah dan menguap, penat sangat-sangat walaupun sebenarnya sedang berhave fun. Baru sahaja masuk, kelihatan kedua-dua ibu bapanya ada diruang tamu.
Ibunya memandangnya. Yang peliknya tv bertutup pula.
Dalhee menutup pintu dan mendekati parentnya.
Matanya beralih ke arah pregnant testnya diatas meja kopi dihadapan parentnya itu.
Kenapa ada dekat situ?
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomanceCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...