"Saya sakit perut sangat-sangat, dah hampir 2 minggu. Kejap sakit, kejap tak. Rasa macam segugut..." Dalhee ceritakan semuanya kepada Doktor yang berhadapannya.
Dia sangat tidak tahan. Sudah 2 minggu dia tidak dapat focus dengan belajar. Sakit itu bahkan buatkan dirinya jadi tidak stabil, rasa nak marah, nak nangis dan emosi yang kejap turun naik. Dia kerap muntah selepas makan. Badannya jadi lemah kerana tidak dapat terima sesetengah makanan.
Apa yang buatkan dia rasa perlu jumpa doktor apabila dibacanya penyakit yang berbahaya pada vagina. Tambahan lagi dia kerap menjadi pemuas nafsu Taehyung. Dia risau kalau benda itu mungkin mendatangkan keburukan.
Dia tak mengandung, dia datang bulan haritu seperti biasa. Jadi dia tidak perlu risau.
"Haid macam mana?" soal Doktor lagi. Seojin namanya.
"Okay... Haid datang macam biasa waktu hari pertama saya sakit macam ni. Saya ingatkan segugut tapi lepas habis haid pun sama je..." jawab Dalhee, jelas sekali kerisauan dalam suaranya.
Dia tidak mahu ceritakan hal ini kepada sesiapa. Sakit pada vagina pada usia macam tu? Mungkin perkara biasa kalau dah kahwin tapi mungkin orang akan fikir macam-macam kalau dia kongsikan hal ini.
Doktor itu kemudiannya minta untuk Dalhee baring disebuah katil yang ada di dalam bilik doktor itu. Kemudannya perut sehinggalah rahimnya disentuh dan ditekan dengan perlahan oleh doktor tersebut untuk periksa. Katanya risau kalau ada ulser atau ketumbuhan yang berbahaya. 2 minggu itu jangka masa yang sangat lama untuk sakit ditemat yang sangat sensetif.
Dalhee beritahu ditempat mana paling sakit apabila disentuh doktor itu.
Dia berpeluh kuat. Satu sebab rasa sakit sangat apabila ditekan walaupun perlahan. Kedua disebabkan dia risau kalau ada ulser seperti yang diceritakan doktor itu tadi.
Ada doktor itu tanya kalau dia pernah buat hubungan seksual sebab hal ni biasanya berlaku pada orang sudah berkahwin, tapi sudah tentulah dia katakan Tidak pernah berseksual. Malulah dia kalau dia katakan iya sebabnya doktor tu sendiri tahu umurnya melalui My card. 18 tahun buat hubungan itu sangat-sangat hina!
Dalhee bangun dari baringnya apabila Doktor itu berjalan ke satu sudut dan kembali dengan sesuatu ditangan. Kemudiannya dihulurkan kepada Dalhee buatkan perempuan itu terkejut. Matanya butang dan terus menolak.
"Saya belum kahwinlah. Saya tak buat benda tak elok macam tu!" Dalhee tiba-tiba emosi.
"Kita check je. Nak tahu apa masalahnya. Kalau awak tak mengandung baru kita akan scan sebabnya lagi elok kalau kita buat test begini daripada terus scan..." cadang doktor Seojin itu.
"Tak ada cara lain ke?" tanya Dalhee. Dia mengetap bibir.
Dia tidak takut. Yela, dia sudah datang haid. Mana ada orang mengandung datang haid macam perempuan normal. Dia menolak sebab emosi dia tidak terkawal. Dia sangat sensetif dengan hal-hal begitu!
Doktor itu mengeling.
Dalhee terus turun dari katilnya kemudiannya berkata. "Maaf sebab saya tak nak test mengandung atau tidak sebab saya tak mengandung..." Dalhee jawab dengan tegas. Cuba untuk yakinkan dirinya.
***
Sepanjang dalam bas, dia asyik fikirkan je tentang apa yang doktor itu cakap. Ulser dalam rahim berbahaya, kemungkinan besar dia tidak akan punyai anak suatu hari nanti. Benda tu terjadi apabila seseorang wanita itu tidak jaga kebersihan vaginanya atau pasangannya tidak menjaga kebersihan juga. Tapi Dalhee yakin yang dia cukup pembersih. Mandi sebelum pergi sekolah dan selepas pulang dari sekolah. Mandi lagi pukul 7 atau 8 malam dan sentiasa tukar pakaian dalamnya dengan kerap. Apa lagi yang kotornya?
Dalhee memandang keluar tingkap meskipun fikirannya sekarang sudah pergi jauh sangat-sangat.
Tapi kenapa Doktor tu berikan dia Pregnant test? Dia cerita tentang ulser pada rahim, tapi kenapa bagi pregnant test? Dia memang sanggat tidak rasional sebab pulang macam tu je selepas menyusahkan doktor tu hanya kerana tak nak test pregnant tu.
Bas berhenti di stesen buatkan dia sedar dari lamunannya.
Selepas ini bas akan stop di perhentian rumahnya tapi dia terus bangun dan keluar. Entah apa yang bermain dalam fikirannya sekarang ini.
Dia risau sangat-sangat kalau ada ulser dalam rahimnya. Rasa sakit itu tidak ubah seperti ulser dalam mulut tapi lagi berganda-ganda sakitnya.
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
Lãng mạnCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...