Nampaknya Saem tak datang apabila pelajar kelas Dalhee sudah kecoh tidak ubah seperti kelas ditadika.
Dalhee mengambil tempat disebelah Dahyun sebaik balik daripada tandas, iaitu tempat duduk Yeon yang sudah duduk berkumpul dengan gengnya.
Perutnya dipegang. Sakit sengugut ini hanya surut sedikit sewaktu dia tidur dengan meletakkan pek pemanas di perutnya. Tapi sakit itu memang tidak dapat dinafikan.
Dalhee memandang sekeliling kelas yang masing-masing melihat telefon termasuklah rakannya. Pelik.
"Dalhee kau dah tengok?" tanya Sana.
"Tengok apa?"
"Nah," telefon Dahyun dihulurkan kepada Dalhee.
Slip keputusan percubaan mereka dah keluar!
Dalhee cepat-cepat mencari namanya tapi semua rakannya yang tadinya kecoh dengan markah masing-masing mula terdiam apabila melihat keputusan Dalhee.
"Kau boleh try lagi nanti," Jihyo cuba memujuk Dalhee.
Dalhee langsung tidak terkejut yang dia ada 2 subjek tidak hadir dan mendapat 4 subjek gagal dan subjek lain mendapat D dan E. Sedangkan dirinya yang sebelum ni paling teruk pun dapat C, selebihnya dikaut habis-habisan gred A dan B.
Dia cuma terkilan. Dia tidak dapat focus kerana benda yang menimpanya. Dia bahkan di giliran 50 terakhir dalam batchnya.
"Wah, Taehyung memang pandai kan!" pelajar baru itu dipuji Nayeon. Itu kali pertama mereka tahu gred Taehyung. Hanya ada 2 sahaja B dan subjek lain dikaut dengan gred A.
Dalhee tersenyum nipis.
Macam mana dia dapat rezeki begitu selepas buat benda tak elok dengan rakan sekelasnya? Dia guna Jin ke apa?
"Patutlah Dalhee suka study dengan Taehyung," Jihyo menambah
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomanceCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...