57

391 53 11
                                    

Dalhee meletakkan barang yang dia beli dipusat jualan murah-murahan diatas katil, begitu juga dengan merebahkan dirinya di atas katil.

Rumahnya masih terasa kosong dan sunyi. Jam menunjukkan hampir pukul 9 malam tapi Taehyung masih belum pulang.

Harini dia pergi bershoping sejak pukul 6 hingga pukul 8 malam kerana rasa bosan sangat-sangat. Dia cuma rasa kehadiran anaknya diperut. Hidupnya kini terasa sangat sunyi. Dia bekerja dari rumah. Taehyung pula tidak ada masa untuk berbual dengannya. Tapi itu mungkin tidak jadi masalah pun. Dia kena faham yang Taehyung cuba membantunya. Bukannya mereka ada hubungan istimewa untuk dilayan begitu.

Tapi apa yang bermain dimindanya yang sekarang adalah... rumah dia membesar sebelum ni dah kosong. Ya, dia pergi ke sana – rumah ibu bapanya, tapi bukan untuk merayu minta diterima balik dalam keluarga tu atau untuk minta tolong ke apa... cumanya dia pergi untuk melepaskan rindu.

Rindunya masih lagi terasa. Tapi dia rasa sangat kosong apabila tahu yang rumah itu sudah kosong, menandakan yang keluarganya tidak lagi tinggal disitu. Atau bahasa mudahnya, dia dah lost contact dengan keluarganya. Salah dia sebab delete nombor keluarganya sebab rasa sangat geram dulu. Dan sekarang, tiada apa yang dia tahu tentang keluarganya. Dia juga tak ingat di mana rumah kakaknya.

Walaupun sebenarnya zaman sekarang ini tiada isu lost contact sebenarnya.

Semuanya terasa sangat kosong. Yang Puan Chae langsung tidak terdetik nak cari anaknya. Aniya... Dalhee tak boleh fikir macam tu. Ibu mana yang tidak fikirkan tentang anaknya, mungkin...

Dalhee mengeluh panjang. Hidupnya kali ini sangat membosankan. Adakah dia cuma perlu tunggu 4 bulan untuk anaknya keluar dan selepas itu, dia tidak lagi kesunyian?

Dia selalu berfikir kalau dia sedih, dia cuma perlu tunggu beberapa bulan. Dan yang akan mewarnai hidupnya adalah seorang anak yang sangat comel. Bila difikirkan bagaimanalah rupa anaknya nanti, Dalhee terus rasa semangat dan tidak sabar menanti semua itu.

Adakah anaknya ikut rupanya? Walaupun dia tidak cantik sekurangnya anaknya akan nampak comel. Atau ikut rupa Taehyung? Kalau dia lelaki mesti handsome. Kalau perempuan, bagaimana ya rupanya? Kalau rupanya ada kedua-duanya sekali?

Dalhee tersenyum. Dia cuma mengharapkan untuk anaknya tidak mengikut muka Taehyung, dia tak nak rupa Taehyung sangat jelas di muka anaknya. Sebab dia tahu, hubungan dia dan Taehyung tak akan kekal lama. Mereka mungkin akan berpisah mengikut haluan masing-masing dan tentulah Dalhee mahu jaga anaknya. Tapi dia risau kalau muka anaknya sama sangat macam Taehyung dan orang bertanya, siapa ayahnya? Dia juga risau kalau anaknya rasa sedih kerana menyerupai ayahnya sedangkan tidak sebumbung. Dan dia lagi risau kalau suatu hari nanti dia membenci Taehyung tapi melihat anak yang menyerupai lelaki yang dibencinya itu.

Secara jujurnya Dalhee fikir sangat banyak tentang faktor rupa bayi. Lagi-lagi doktor juga kata yang bayi lebih banyak rupa Taehyung berbandingnya.

Dalam isu ni, Dalhee yakin yang dia dapat tangani semua tu. Tapi dia fikirkan apabila anaknya besar, macam mana? Dia dan Taehyung langsung tidak suka satu sama lain. Mampu ke mereka hidup 20 tahun lagi tanpa perasaan suka? Tu perkara mustahil. Orang bercerai sebab mereka tidak sukakan pasangan mereka lagi. Inikan pula mereka yang belum lagi berkahwin.

Dia risau sangat-sangat kalau anaknya sedih tidak punyai ayah. Walaupun itu mungkin berlaku 15 tahun akan datang, tapi Dalhee sudah mula takut. Jujur dia tak mahu sehidup semati dengan Taehyung. Tapi kalau itu demi anaknya, mungkin dia akan buat.

Dalhee bangun dari baringnya dan menampar perlahan pipinya untuk sedar dari dunia reality. Dia terlaku banyak risau tentang benda negatif.

Dia kemudiannya terus keluar dan memanaskan lauk. Perutnya terasa sangat lapar. Sambil itu dia mengeluarkan telefonnya untuk call Taehyung tapi telefon lelaki itu seperti dimatikan.

***

"Urm..." Dalhee merengek apabila dirasakan Taehyung sedang menganggu tidurnya yang lena. Dia menepis-nepis tangan Taehyung yang menyentuh mukanya dengan mata masih tertutup.

"Haha," kedengaran bisikkan suara Taehyung kedengaran, seronok menganggu orang tidur agaknya.

"Ish!" Keluh Dalhee kuat dan memandang Taehyung. Geram.

"Rindu kau r,"

"Esok kan jumpa ish. Aku nak tidur!" Dalhee menarik selimut menutup mukanya.

Tapi Taehyung mengada. Dia menarik juga selimut itu dari gengaman Dalhee.

"Bangunlah... Teman aku,"

Dalhee melihat jam ditelefonnya. Sudah pukul 4 pagi. Dia gila ke apa?

"Kau baru balik ke?"

"Lapar r, jom makan... Teman,"

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now