52

399 46 4
                                    

Cahaya matahari yang menyinari ke dalam bilik mereka buatkan Dalhee terus bangun, lagi-lagi apabila Taehyung sudah tiada disampingnya.

Arh, bangun lewat lagi ke?

Dalhee melihat jam dibawah bantalnya. Sudah pukul 10 pagi, tentulah lelaki itu dah pergi kerja. Tiba-tiba Dalhee teringat malam tadi. Dia tidur sebaik sahaja Taehyung tidur sekitar jam 11:30 begitu tapi dia terjaga pada pukul 4 disebabkan dia terasa keseorangan di atas katil itu. Taehyung tiada.

Dalhee terus check whatsapp. Dia ada tengok dekat ruang tamu dan tandas pun Taehyung tak ada seakan-akan lelaki tu keluar. Jadi, dia whatsapp je tanya di mana tapi terasa sangat mengantuk untuk menunggu reply Taehyung. Itu walau bagaimanapun mesejnya pada jam 4 pagi itu langsung tidak dibalas, sebaliknya hanya dibaca.

Tak akanlah dia kerja pagi buta juga?

***

Dalhee memulakan harinya dengan memasak. Masak masakkan yang tidak seberapa tapi Taehyung bukan seorang yang memilih, dia makan sahaja apa yang ada selagi makanan tu sedap.

Dalhee berjalan ke sebuah bandar yang ada pelbagai bangunan besar, ada business kecil dan ada juga business besar tapi dia lagi tertumpu pada sebuah kedai starbuck yang tidak jauh dari situ.

Terus dia menarik pintu starbuck itu dan menjejakkan kaki masuk sebelum mencari-cari kelibat Taehyung. Dia bukan orang ada-ada, jadi starbuck ini tempat yang jarang sangat dia pergi, mungkin ada sekali dua je pergi dengan chingunya.

Tentulah dia tahu starbuck di mana starbucks tempat Taehyung kerja kalau dia duduk di kawasan itu. Lagipun starbucks cuma ada satu je dikawasan tu. Tapi tak pernah lagi dia melawat Taehyung kononnya.

Dalhee mengenakan seluar biasa yang agak longgar, lebih selesa untuknya yang mengandung 5 bulan itu dan blouse yang lebar di bahagian depan, sesuai untuk orang mengandung. Ditangannya ada seplastik yang mengandungi makanan tengahari untuk Taehyung. Dia sebenarnya sangat bosan. Duduk dirumah, tengok netflix , itu ini. Macam tak ada life je!

Dalhee kemudiannya berjalan ke kaunter untuk membuat pesanan dan order.

"Ya, nak order apa?" Taehyung yang sibuk menulis sesuatu di bawah mengangkat muka apabila ada pelanggan tapi sebenarnya bukan pelanggan, tapi Dalhee yang tersenyum manis.

"Apa kau buat kat sini?" Taehyung berkerut dan memandang kiri dan kanan.

Dalhee mengangkat bungkusan makanan itu hingga paras mukanya. Taehyung berdesis dan terus keluar dari tempatnya itu, berjalan terus ke Dalhee.

Tangan perempuan itu ditarik keluar dari situ sambil matanya dipandang kiri dan kanan.

"Mwoya..." Dalhee menarik tangannya dari pegangan Taehyung.

"Tak payah datang," Taehyung bersuara, seolah-olah dia sedang annoying.

"Aku nak bagi ni je..." Dalhee menghulurkan bungkusan itu. Niatnya baik tapi dia mula rasa tak ikhlas. Dia nak jimatkan wang duit Taehyung, kalau dia berikan makanan ,mesti lelaki tu tak perlu berlapar hingga balik atau tak perlu keluarkan duit untuk makan tengahari.

Taehyung mengambil. "Ka," kata Taehyung. Kasar betul bahasa! Bukan nak cakap terima kasih pun. Tapi dihalau pula. Baru sahaja Taehyung hendak pusing untuk sambung kerja, Dalhee bersuara.

"Kau malu ke..."

"Kalau macam tu next time aku tak datang lagi... mianhae,"

Taehyung cuma diam. Jelas sebenarnya yang Taehyung tak mahu rakan sekerjanya nampak dia bersama perempuan yang ada perut besar. Bukan besar sebab gemuk, tapi sebab ada bayi.

Dalhee mengangguk faham. Dia tersenyum nipis, tak tahulah kalau-kalau dia layak untuk berasa sedih kerana dilayan macam tu. Taehyung malu dengan dirinya. Terasa seperti dishaming.

Taehyung diam dan terus masuk dalam cafe tanpa bercakap. Mungkin dia sangat geram Dalhee datang tak beritahu.

Kelibat Taehyung hilang dari pandangan Dalhee. Dia memegang perutnya. Dia cuba bersangka baik yang kalau dia berada ditempat Taehyung, dia juga mungkin akan rasa malu sebab ada anak tidak sah taraf. Sedangkan dia yang dulu pun rasa malu. Tapi bagi Dalhee, ini takdir. Tak akanlah dia nak bunuh, koyak perut sendiri dan buang bayi tu semata-mata untuk kuruskan badan. 

Dalhee membuka langkah pergi. Tidak mengapa kalau Taehyung malu. Dia berhak berasa macam tu sebabnya kami bukan bercinta, apatah lagi bukan pasangan. Jadi, malulah kerana tak behave untuk having sex. Orang kata kerja tak clean begitulah. Tak sabar sangat sampai kondom pun lupa pakai.

Jadi seorang perempuan sangat susah. Tapi tak bermaksud mudah untuk jadi lelaki. Cumanya, lihatlah apabila perut perempuan besar atau perempuan mengandung, orang akan fikir, wah, sebulan yang lepas dia buat sex. Tapi ada ke orang fikir, lelaki ni buat sex semalam? Tak ada. Even every man looks so virgin tapi yang nampak virgin tulah yang ambil semua first virgin perempuan.

Dalhee terus mengorak langkahnya untuk pulang. Dia cuma pilih untuk berjalan kaki sahaja. Tidaklah jauh mana dengan rumahnya. Tak ada fakta pun mengatakan perempuan mengandung tak boleh berjalan kaki. Lagi-lagi dia perlukan juga bersenam, dapat cahaya matahari dan udara segar.

Entah kebetulan atau apa mata Dalhee tertarik dengan sebuah kertas yang tertampal di dinding kaca sebuah restauran makan disitu.

Tulisan merah yang ditulis besar "Now Hiring" memang membuatkan Dalhee terus memberhentikan langkahnya disitu dan membaca.

Memang Taehyung larangnya untuk bekerja, tapi dia sangat tidak sanggup untuk melihat Taehyung pergi kerja awal pagi dan balik lewat malam sedangkan dia, menternak lemak je!

Dalhee terus menarik kertas itu dan terus masuk ke dalam restauran.

**

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now