Dalhee tersenyum apabila Puan Shin dan Tuan Shin datang.
Puan Shin terus memeluknya serba sedikit memberi semangat untuk seseorang yang kehilangan anak.
Tv terus ditutupnya dan Taehyung yang baru selesai mandi itu keluar dari bilik. Tidak sangka tuan rumah datang.
"Ni ada bawa sikit buah tangan. Dan saya buat lauk orang berpantang." Kata Puan Shin dan dihulurkan kepada Taehyung seperti tahu Dalhee masih lagi belum makan tengahari.
"Susah-susah je," kata Dalhee dengan senyuman lebar. Tipulah tak gembira ada orang datang melawatnya. Siapa lagi nak melawat dia, bukan? Sekurangnya dapatlah mengubat kesunyiannya yang hanya ada Taehyung sebagai peneman.
Puan Shin dan Tuan Shin duduk disebelah Dalhee, diatas lantai sahaja memandangkan mereka memang tak ada sofa sejak kali pertama pindah pun.
"Saya buatkan air sekejap ya," kata Taehyung, mereka berdua mengangguk.
Dulu Dalhee yang menyambut tetamu tapi sekarang, Taehyung kena buat semua tu. Fikirkan ada bayi yang keluar dari vagina itu adalah benda yang menyakitkan yang tidak boleh dibayang. Sakit sangat. Hebat sungguh perempuan ni.
"Boleh ke berpantang ni? Kalau tak boleh kamu berdua boleh duduk rumah saya sebulan ke. Taehyung kerjakan? Siapa nak jaga kamu nanti?"
Dalhee terus memandang Taehyung di dapur dan mereka eyes contact sebelum Dalhee tertawa sedikit.
"Tak apa, Taehyung ada." Itu bukan penipuan tapi jujur dari hati Dalhee. Kan dia dah kata tiga hari lepas, yang semuanya akan baru. Tidak ada apa yang perlu dibincangkan.
"Taehyung kena jadi versi mak-maklah ni?" Kata Tuan Shin buatkan rumah itu bergema dengan gelak tawa mereka berempat.
***
Taehyung menutup lampu bilik dan berjalan selangkah dua dan baring diatas katil. Bilik itu tidaklah gelap mana, masih ada cahaya bulan dan cahaya dari luar rumah yang terang masuk melalui tingkap bilik.
Taehyung kemudian memeluk Dalhee sambil meletukkan kepala dibahu perempuan tu – melihat apa yang Dalhee sedang buat.
"Kau chat dia lagi?" Taehyung berkerut. Dalhee laju menutup chatnya dengan Karina.
"Dia tanya keadaan aku sebab dia pelik why tak nampak kau kat tempat biasa. Dan dia wish benda baik-baik. It's fine, right?" Dalhee memandang Taehyung sekilas dan kembali melihat reels satu persatu.
"Janganlah chat dia lagi," kata Taehyung.
Dalhee ketawa kecil dan memandang Taehyung disebelahnya. "It's fine. Orang doakan benda baik-baik untuk kita, untuk anak kita. Dia baik, don't worry." kata Dalhee sambil mengusap-usap dagu Taehyung.
"Hey dia cuba rosakkan relationship kita,"
"Dia cuba je, tapi tak rosak pun kan?" Kata Dalhee.
Lama Taehyung memandang anak mata Dalhee, dekat. Dekat sangat mereka saling memandang satu sama lain sehingga hidung mereka hampir sahaja bersentuhan.
Entah macam mana hubungan mereka tidak rosak. Dia tiba-tiba terfikir bagaimana semua tu boleh berlaku? Dia buatkan Dalhee mengandung pun perempuan tu tak berdendam dan kalini apa pula? Ada lagi ke perempuan yang tak menggila bila tahu boyfriend dia tidur dengan macam-macam perempuan? Adakah Dalhee memang benar-benar baik atau dia penuh dengan kesabaran?
"It's not broken." Dalhee tersenyum lagi dan mencium bibir Taehyung sekilas buatkan Taehyung seolah-olah hilang dari radar. Dia tidak faham.
"But seriously janganlah chat dengan dia lagi. Mungkin dia akan buatkan kau betul-betul marah aku nanti," kata Taehyung, tetap dengan keinginannya.
"Mungkin tanpa Karina aku sampai bila-bila tak akan kenal kau tau. Dan memang takdir semua ni jadi. Aku mula percaya pada takdir. Walaupun suatu hari nanti ada benda buruk yang akan berlaku, percayalah yang semua tu adalah takdir tau." Kata Dalhee dan tersenyum nipis.
Dia yang sekarang sepatutnya tidurkan anaknya atau berikan susu badan dan bukannya berborak dengan Taehyung.
Mereka terdiam sejenak. Dalhee termenung sambil tangannya memegang dagu Taehyung. Kalaulah dia ada kuasa yang sebenarnya dia sangat rindukan Kim Dahyung. Melihat Taehyung secara jujurnya buatkan dia sentiasa fikirkan tentang Dahyung yang berada di dunia lain tu.
"Aku minta maaf, sebab tak jujur dengan kau. Dan tak jaga kau time mengandung dengan baik," kata Taehyung, malam itu sedikit hingin.
"Aku pun tak jujur dengan kau. Kita seri dan semuanya baik-baik je,"
"Tak jujur tentang apa?"
Dalhee tersenyum melihat Taehyung sekilas.
"Pasal Dahyung,"
Taehyung berkerut.
"Aku terlalu selfish. Aku rahsiakan semua benda dari kau. Aku patutnya share semua benda tapi kau tak tanya dan aku anggap kau tak kisahkan tentang baby but still tu anak kau dan aku selfish tau dulu. Just pendam dan settlekan semuanya sendiri. Dahyung memang special,"
"Aku fikir macam tu sebab tu anak aku. Macam dia ada tanpa ayah. Aku terlalu obses kan dia. Tapi lihat dia muka kau, aku sedar betapa selfishnya aku rahsiakan semua benda."
Dalhee menelan air liur perit. Dahyung masih sentiasa di dalam fikirannya dan selamanya.
"Aku tahu dia tak sihat. Aku tahu dia tak macam baby lain. Setiap kali checkup sejak minggu ke-20 always je ada berita tak baik, heart beat dia lemah. Baby tak aktif. Itu tak normal, ini tak normal. Dan doktor dah pesan dekat aku untuk bersedia setiap kemungkinan," Dalhee mengigit bibirnya, dia mula rasa nak menangis.
"Tapi aku tak jaga diri aku. Aku tak jaga makan. Aku buat semua benda larang. Aku ada lifestyle teruk sebagai ibu mengandung dan buatkan dia tak dapat survive. Aku rahsiakan semua benda acting like aku heroin tapi just rosakkan suasana je." Dalhee menangis tiba-tiba memikirkan betapa teruknya dia.
Dia rasa semua tu salah dia. Dia sebenarnya tahu semua benda sebagai seorang ibu yang pergi check up setiap 2 minggu, sebagai seorang yang merasai semuanya tentang baby. Stress pada benda bodoh. Tak focuskan pada baby. Dan rasanya seperti Dahyung mati pun adalah salahnya.
Taehyung terus bangun dari duduknya. Dan menarik Dalhee.
"Aku tak bagitahu kau pasal dia langsung. Tapi aku seriously tak sangka benda-benda tu betul jadi." Terang Dalhee lagi dengan tangisan tak henti.
"Doktor cakap aku kena peka, jangan stress, jangan penat, jaga makan, makanan berkhasiat, lifestyle kena elok tapi aku acting macam ibu lain. I know Dahyung tak macam baby lain but aku pentingkan diri,"
"Tu bukan salah kau," jawab Taehyung sambil memandang anak mata Dalhee sangat dalam. Kedua-dua tangan Dalhee dipegangnya.
"No!" Dalhee menafikan.
"You do great. Kau cakap takdir tadikan? Dan semua benda yang terjadi mesti bersebab,"
Dalhee memandang arah lain dengan air mata tidak berhenti keluar. Susah sebenarnya untuk dia berpura-pura seperti semuanya baik-baik sahaja. Dan dia sebenarnya tidak suka dengan respon Taehyung. Kalau dia lakukan kesilapan, itu adalah salahnya. Sejak bila dia lakukan dengan baik? Yang dia buat hanya jadi orang yang pentingkan diri.
Taehyung menarik Dalhee untuk memeluk. Rambut Dalhee diusap-usapnya perlahan. "Ia memang dah tertulis. Kalau kau do perfect thing macam mana pun ia tetap akan pergi."
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomantizmCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...