98

508 93 31
                                    

Dalhee memejam matanya rapat dan mengigit bibirnya kuat. Dia kemudian meletakkan tangannya pada matanya, cahaya hospital itu tersangat terang dalam mimpi ngeri yang tidak habis-habis berulang dalam fikirannya seperti cerita seram yang dia cuba lupakan.

Taehyung memegang tangan Dalhee yang menutup mata itu, sambil memeluk isteri tersayangnya yang menangis tidak henti. Sampaikan kadang-kadang Dalhee tersentak entah mengapa. Dia mengadu dia nampak benda yang menakutkan dalam fikirannya. Benda yang dia tidak dapat buang keluar dari kepala sejak sejam yang lalu. Dia menutup matanya kerana semuanya terasa ngeri dan Taehyung cuba untuk buatkan Dalhee tenang walaupun ia sangat sukar.

Ya, dia dan Dalhee berada dihadapan bilik pemedahan sejak sejam yang lalu. Dimana bayinya yang baru lahir hampir 5 jam sedang dibedah dan tiada kahbar langsung.

Taehyung risau. Tipu sangat kalau kata dia tidak risau walaupun Dahyung baru lahir, walaupun dia baru sangat menerima kehadiran Dahyung dalam perut dan mencintai Dalhee, tapi semua tu cukup buatkan dia tak senang duduk, jantungnya berdebar laju. Tapi satu je, dia tak boleh nampak lemah depan Dalhee. Dalhee perlukan seseorang untuk bertenang. Kalau bukan dia, siapa lagi?

"Aku ada okay," Taehyung kemudian mengusap lengan Dalhee. Matanya pedih. Dia terlalu risau tapi dia cuba untuk kuat.

Mengapa pembedahan itu ambil masa yang lama? Possiblekah untuk bayi baru lahir dibedah?

Dalhee yang sepatutnya berehat sebab dah guna banyak tenaga untuk keluarkan Dahyung pula mengalirkan air mata ibu yang tidak henti. Kemaluannya terkoyak dan dijahit semula pun, dia tetap akan menunggu Dahyung. Penantian kali ini sangat memeritkan dan penuh dengan debaran.

Dia tidak sangka sakitnya seperti ini. Dia menunggu 8 bulan untuk anaknya tapi sebenarnya peratus untuk anaknya hidup adalah sangat-sangat kurang dan andai kata Tuhan berikan dia pilihan, dia sanggup tukarkan semua kesenangan dia ada sekarang dan dapatkan anaknya yang sihat.

Sumpah dia tidak sangka anaknya dalam keadaan yang sangat teruk. Salah dia kerana tidak terlalu peka setiap kali perutnya sakit, rasa tak selesa dan banyaklah. Dia ingat semuanya akan baik semula tapi mungkin akan selama-lamanya tidak.

Tangan Dalhee sudah seram sejuk.

Lahir awal daripada apa yang ditetapkan bukanlah sesuatu yang berisiko tinggi. Cumanya ia akan beri banyak kesan.

Taehyung meminta diri untuk bangun. Dan berjalan selangkah dua ke arah Coway yang ada disitu. Air suam dibawa dan dihulurkan kepada Dalhee. Bukan setakat Dahyung yang dia perlu risaukan, orang baru bersalin juga tak boleh dalam keadaan stress.

"Minumlah, kau kena stay kuat untuk baby." Kata Taehyung.

Dalhee angguk dan mengelap air matanya dikedua-dua pipinya. Secawan air ditangan Taehyung disambutnya dan minum sehingga habis. Betul, dia kena kuat. Kena sentiasa kuat. Mungkin akan ada berita gembira nanti. Siapa tahu bukan?

Dalhee kemudian baring semula di dada Taehyung. 8 bulan dan 6 hari, dan 5 jam dia mencintai dan rindu pada Dahyung dan entah mengapa peluk Taehyung terasa memeluk anaknya, Dahyung. Mungkin kerana wajah mereka berdua sangat sama. Terlalu sama untuk menafikan itu bukan anak Taehyung.

"Aku minta maaf," bisik Taehyung. Itu sahaja benda yang dia nak cakap dari tadi lagi.

Dia rasa sebersalah sangat pada Dalhee dan Dahyung. Yang sebenarnya selama ni dia bermimpi yang Dalhee mengandung adalah satu benda tidak penting. Tapi melihat Dalhee yang tiba-tiba ada perut kecil dan bayi ditangan Dalhee tadi rasanya seperti tersangat real dari apa yang dia fikirkan. Tambahan lagi melihat rupa Dahyung sepertinya, hatinya sangat-sangat tersentuh. Aura tu berbeza dari sebelum ini. Rasa seperti satu tamparan kuat hingga dia tersedar ke dunia nyata. Dia bukan remaja 18 tahun lagi. Tapi seorang bapa.

Kelihatan pintu yang mengasingkan bahagian menunggu dan ke dalam bilik pembedahan itu terbuka sebelum ada seorang doktor lelaki dan nurse perempuan keluar dari situ.

Laju Dalhee bangun begitu juga dengan Taehyung.

"Maaf, kami dah cuba tapi kami tidak dapat selamatkannya. Tumornya lebih kuat dari kekuatan bayi," Doktor itu menunduk hormat tanda simpati.

Tapi spontan sahaja air mata keluar laju dari tubir mata Dalhee. Dia sebenarnya dah agak dan telah bermimpi tentang itu tapi untuk dia berada dalam dunia realiti dengan berita tu, ia sesuatu yang sukar untuk diterima.

Dalhee terduduk diatas kerusi dan menutup mukanya.

Tangisannya tidak dapat disorok lagi dan dia meraung memang seperti telah kehilangan seseorang yang dia sangat sayang. 8 bulan dia mengandung anaknya dan hanya dapat berjumpa tidak sampai sejam pun dan terima berita begini. Dia menangis. Ya, dia menangis. Tangisan yang sangat perit untuk semua dengar.

Dia mengandung bukan untuk dengar berita itu.

Mengapa nasib tidak menyebelahinya? Apa dosa dia hingga diuji begini?

Taehyung datang dan peluk Dalhee. Dia juga turut menangis. Bukan sebab Dalhee menangis. Tapi sebab dia juga kehilangan anak.

Tangisan Dalhee bergema disitu. Dan menjerit seakan-akan menyalahkan dirinya dan tersedu-sedu.

Seketika kemudian ada katil kecil yang ditolak keluar dari arah pintu itu. Laju Dalhee bangun dan melihat sekujur tubuh kecil yang ditutup dengan kain putih, suci sangat seperti sucinya bayi baru lahir.

Dia menutup mulutnya. Dia tidak dapat kawal tangisannya. Tapi dia cuba untuk kuatkan semangat untuk berdepan dengan anaknya yang tidak lagi bernyawa. Untuk menghormati. Dan untuk anaknya kalau-kalau roh anaknya sekarang sedang melihatnya. Tapi air mata seorang ibu tak pernah salah.

Dalhee memalingkan kepalanya dan menangis lagi dan lagi, tidak sanggup untuk melihat itu sebenarnya anaknya, Kim Dahyung.

Dengan tangan terketar-ketar dan sejuk lesu Dalhee menyelak sedikit kain putih itu dan anaknya, Kim Dahyung benar-benar pergi buat selamanya.

Kim Dahyung yang nampak sangat comel itu tapi dengan kulit yang pucat. Tidak berkelit mata dan tidak bernafas lagi buatkan Dalhee semakin lemah. Itu benar-benar anaknya yang dia berikan susu badannya tadi.

Dia menangis lagi dan lagi melihat anaknya, tidak kisahlah kalau orang lain lihat pun. Adakah mereka faham perasaan Dalhee yang sekarang? Mengandung dan menunggu 8 bulan adalah satu penantian yang lama dan dia masih tidak puas untuk cium anaknya tapi dia, tak boleh buat apa-apa dah.

Dalhee tersedu-sedu. Menangis lagi dan lagi tapi dia sedar yang tak ada benda dalam dunia ni yang boleh diundur. Tak ada. Dan apa yang berlaku akan berlaku dan tinggalkannya esok sehingga dimasa akan datang.

Taehyung mengusap bahu Dalhee. Tidak sanggup juga melihat Kim Dahyung yang kaku itu, semakin pucat dan lesu.

Dalhee kemudian mengelap tangannya di baju.

Dia juga tarik nafas panjang dengan sedu yang tidak berhenti. Air matanya di lap sehingga kering dan cuba untuk tidak keluarkan air matanya.

Perlahan-lahan dia mendekatkan wajah dia pada Dahyung yang nampak terlalu pucat. Dia mencium untuk kali terakhirnya dan selepas ini, dia tidak akan jumpa lagi Dahyung tapi diharapnya dia akan jumpa di tempat yang lain.

Dia menahan air matanya dari keluar. Dia tidak mahu wajah mulus Kim Dahyung dikotori dengan air matanya. Bayi itu nampak tersangat-sangat suci seolah-olah dah bersedia dengan semua ni.

Lama diciumnya.

"I love you, jeongmal." Bisik Dalhee, berharap yang Dahyung rasa perasaannya.

***

X sedih right erm thanks yg vote, last chap haritu 70 vote, terharu sbb x pernah ada org support😭 dah 7 tahun menulis baru skrg ada vote hshshshs

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now