58

432 49 3
                                    

"Bila kau nak study..." tanya Dalhee sambil memandang Taehyung yang sibuk menonton netflix, ditangannya ada potongan pizza untuk kali kelima.

Matahari sudah tegak, orang lain sibuk bekerja, sibuk cari duit untuk survive dalam hidup masing-masing. Sebaliknya Taehyung bersenang-lenang harini seperti semalam. Dia tidak bekerja hingga menimbulkan kerisauan Dalhee. Bukanlah nak cakap yang Taehyung tak boleh cuti. Tapi lelaki itu bukan penat atau apa. Malah habiskan masa dengan buat benda entah apa.

Sebelum ni Taehyung rajin bekerja. Tapi kali ni dia nampak semakin malas. Itu pelik. Dan lagi pelik mana dia dapat duit untuk beli 2 kotak pizza? Mereka bukan miskin atau apa tapi sekarang baru 10 haribulan. Gaji pun banyak habiskan bayar duit sewa rumah, bil api air.

"Kau study jela. Aku busy..." kata Taehyung sambil mengunyah. Matanya tidak lepas memandang televisyen.

"Aku tak kisah r kau study ke tak tapi nanti kita pergi juga jawab exam. Aku tak nak result kita status tidak hadir pula,"

Taehyung mengangguk faham. Sepertinya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tangannya mengambil lagi sepotong pizza dan makan.

*ting*

Bunyi notification telefon Taehyung membuatkan dia laju mencari-cari telefonnya di bawah meja. Laju dia membaca mesej tersebut buatkan Dalhee hairan.

Mereka dah sebumbung 5 bulan tau. Tipulah kalau Dalhee tak cukup mengenali Taehyung. Lelaki tu banyak habiskan tengok tv, makan, tidur dan game je. Cumanya Dalhee tak nafikan yang Taehyung tak ada girlfriend tapi dia jamin yang Taehyung tak mahu ada girlfriend. Lelaki itu sendiri cakap dia tidak bersedia untuk layan kerenah perempuan. Jadi, sejak bila Taehyung guna mesej? Mesej dia pun dibluetick je. Katanya lambat guna mesej, call lagi mudah gitu.

Dalhee memandang tingkah laku Taehyung. Lelaki itu terus bangun dari duduknya dengan tangan masih melihat telefon. Kemudiannya masuk ke dalam bilik.

"Mwoya..." gerutu Dalhee. Patutnya dah cuti tu belek-beleklah buku!

Dalhee bangun juga dan masuk dalam bilik. Dilihatnya Taehyung sedang menukar baju seperti bersiap untuk pergi ke tempat yang bagus.

"Kau nak pergi mana?"

"Ada urusan jap..." Taehyung duduk dikerusi meja solek. Rambutnya dipergayakan dengan kemas supaya raut wajahnya nampak lebih menarik.

"Mwoya... sejak bila kau ada urusan,"

Taehyung diam sahaja, ralik dengan rambutnya. Sedangkan lelaki itu kerja distarbuck pun tak pernah kisahkan rambutnya terbelah macam mana!

"Isanghae..."

"Kau dapat kerja lain ke?" Dalhee meneka. Bukan apa, dia tak bekerja dan berpakaian segak begitu.

"Tak, ada urusanlah..."

"Balik pukul berapa?"

"Secepat mungkin,"

Dalhee menjeling Taehyung daripada pantulan cermin. Secepat mungkin konon.

"Aku tak masak r. Pandai-pandailah kau hidup..."

"Ok,"

"5 bulan aku tinggal dengan kau tak pernah tengok kau duduk depan cermin lama-lama macam ni..." Dalhee mendekati Taehyung.

Dia kemudian memandang Taehyung lama. "Kau..."

Taehyung terdiam. Raut wajah Dalhee yang sedang sibuk meneka itu buatkan Taehyung gusar, entah mengapa.

"Jadi model eh?"

"ISH,"

"Kan?" Dalhee tertawa.

Dia tiba-tiba terfikir tentang tu. Iyalah, Taehyung ambil cuti. Lepastu kerja model juga tak adalah punyai shift macam kerja orang lain. Datang kalau dipanggil. Bukan ke begitu? Fikir Dalhee.

Difikirnya lagi Taehyung handsome. Ada badan yang sexy. Dada bidangnya. Tambahan lagi muka yang sangat mengoda kalau dia mengubah gaya rambutnya tu. Bukan ke dia sangat sesuai jadi model? Tinggi pula tu! Bukan ke begitu?

Macam dalam dramakan. Ada kerja sampingan sebagai model sebabkan ada rupa.

"Perempuan sana lawa sangat ke sampai lupa jalan balik semalam?"

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now