Jam sudah pukul 12 pagi dan telefon Dalhee berdering sejak tadi. Tak ada orang lain yang punyai nombornya selain Kim Taehyung.
Deringan itu kemudiannya mati semula dan tertera nama Kim Taehyung dengan 39 panggilan yang lepas.
Dalhee dengan sebotol soju ditangannya duduk sambil memandang bulan dan langit yang berwarna biru gelap. Ada lagi 5 botol dalam plastik hitam disebelahnya, cuma simpanan kalau-kalau dia perlukan arak?
Dia hilang Karina, kawannya selepas Taehyung suruh Karina untuk block dia dan sedar-sedar juga yang bualan dia dan Karina sudah didelete sebelum diblock Karina juga. Mungkin waktu dia tidur Taehyung buat begitu. Jadi, bila Karina blocknya, dia malah tidak dapat jumpa account Karina disenarai carian, langsung. Dia tak ada nombor Karina. Tak ada alamat rumah.
Boleh je dia pergi ke kelab haritu tapi dengan rupa dia begini, agaknya boleh ke dia masuk? Haritu cuma sebab ada Taehyung.
Dan hubungan dia dan Taehyung sedang dilanda ribut dengan perangai dia yang entah apa itu. Dia tahu je semuanya adalah disebabkannya tapi disebabkan dia terlalu emotional, dia tidak dapat kawal semua tu dihadapan Taehyung. Setiap kali lihat Taehyung, dia cuma ingat pada Dahyung. Bukan sebab dia cintakan Taehyung seperti mana Taehyung sukakannya. Ya dia juga tahu Taehyung sukakannya.
Dan setiap kali dia teringat pada Dahyung, kepalanya rasa sakit. Sakit sebab dialah punca mengapa Dahyung tidak dapat survive, badannya yang terlalu lemah untuk berikan zat kepada Dahyung. Dan dia yang lasak, tak jaga makan dan sebagainya. Dan dia rindu. Entahlah. Semuanya jadi bercampur-baur.
Dia meneguk lagi soju itu.
Deringan telefonnya berbunyi lagi tapi dibiarkan sahaja di dalam poket. Dia semakin rasa hayal. Untuk orang lain, soju adalah alkohol biasa. Tapi bagi Dalhee, seteguk pun dah buat dia mabuk.
Taehyung menghilangkan diri sejak petang tadi. Dan baru tadi dia mula call Dalhee. Tapi agaknya, patut ke dia angkat?
Deringan mati lagi dan ini termasuk yang keempat puluh. Dalhee kemudian mengeluarkan telefonnya daripada poket dan merenung skrin telefonnya sebelum keluar lagi nama Taehyung yang sedang menunggu jawapannya.
Dalhee mengeluh dan mengangkat sahaja telefon itu dan suara Taehyung muncul.
"Eodi?" Suara Taehyung yang agak lemah. Ibaratnya masih rasa marah tapi dalam masa yang sama mahu tahu keadaan Dalhee.
"Depan je," kata Dalhee. Matanya memandang semula langit dengan taburan bintang yang ibratkan sparkle, berkilat dan berkelip-kelip kerana terlalu kecil dan halus.
"Take care," kata Taehyung.
Dalhee mengangguk dan mematikan telefonnya, terus. Kemudiannya masukkan semula telefon dan sambung merenung langit yang sangat luas itu.
Dia berada di tangga bukit, dekat dengan rumahnya dan dekat dengan 7e tempat dia bekerja sewaktu mengandungkan Dahyung, waktu hubungan dia dan Taehyung sangat baik. Tapi tidak dinafikan yang sejak dia bekerja di 7e, macam-macam perkara timbul pada Dahyung.
Dia mengeluh lagi. Tidak berhenti memikirkan pasal Dahyung meskipun sudah sebulan berlalu.
Soju itu kemudian diteguk lagi dan lagi sehingga hampir separuh dan serba sedikit buatkan dia separuh berhayal dan separuh sedar di dunia nyata. Dia tak mampu untuk beli alkohol yang rasanya lebih menarik tapi apa sahaja air yang ada alkohol, dia okay asalkan dia boleh mabuk.
Seketika kemudian seseorang dengan pakaian serba hitam duduk disebelahnya, di tangga yang hanya sesekali nampak orang lalu lalang disana, tidak jauh dari situ.
Dalhee menoleh dan bau Kim Taehyung sentiasa menusuk ke hidungnya. Taehyung sentiasa ada bau yang tersendiri. Dahlah handsome. Tinggi. Sasa. Setia. Wangi pula tu. Laju Dalhee memandang depan semula, itu semua sebab dia mabuk, bau rasa tersangat wangi! Dia berharap sangat yang dia berhenti daripada hubungan seksual dengan Taehyung. Dia tidak mahukan apa-apa sel Taehyung yang akan menjadi darah dagingnya.
Mereka terdiam seketika. Bunyi cengkerik dan katak bersahut-sahutan disebalik pokok-pokok hiasan yang sedikit lebat tidak jauh dari situ. Sunyi sangat.
Taehyung benar-benar carinya bila dia hanya kata yang dia berada di 'depan je'.
Selepas seketika Dalhee menghulurkan botol soju itu kepada Taehyung. Hulurannya disambut dan Taehyung minum dengan sangat rakus daripada separuh sehingga habis. Untung sekali yang Taehyung sangat pandai minum.
Dalhee tersengih. Dia hanya pelawa untuk seteguk dua, bukan kesemua sekali.
Dia keluarkan lagi sebotol. Dan buka dan minum lagi.
"Cantikkan bulan malam ni?" Soal Dalhee.
"Macam kau," Dalhee memandang Taehyung disebelahnya, yang sejak tadi masih belum memandangnya. Masih marah tapi tetap sayang hingga terpaksa jaga keselamatan Dalhee meskipun rasa geram dan tak puas hati. Bahaya bukan perasaan begini bila bertepuk sebelah tangan?
Mereka terdiam lagi.
Dalhee langsung tidak berdebar bila Taehyung memujinya secantik bulan malam itu. Dia tak rasa apa-apa. Cukup menjawab persoalan dalam fikirannya.
"Aku cuba jadi yang terbaik untuk kau," Taehyung mula memandang Dalhee. Mata mereka saling bertembung.
Nampak sangat-sangat Taehyung seperti seorang lelaki yang penat. Tapi tetap mencuba.
Rambut Taehyung yang menutup dahinya buatkan Dalhee rasa seronok mengamati muka lelaki itu. Tak hairan kenapa ramai suka pada Taehyung disekolah dulu, tak hairan kenapa dia sentiasa dijeling-jeling junior setiap kali dia dan Taehyung berjalan bersama disekolah, dan tak hairan kenapa followers dia naik dan terima banyak dm. Taehyung tanpa hairstyle pun sudah cukup indah.
Sedar atau tidak Taehyung perlahan-lahan mendekati wajah Dalhee dan mencium bibirnya. Dan dengan sepenuhnya pengaruh alkohol, Dalhee membalas ciuman itu. Rasa soju kuat dibibir Taehyung. Mereka bercium, sedikit rakus walaupun dipublic, langsung tidak menjadi masalah.
Bibir Taehyung sangat lembut dan rasa air liur lelaki itu seperti soju. Bagaimana seorang lelaki sangat pandai bercium hingga boleh naikkan syahwat perenpuan?
Bila kali terakhir mereka bercumbu? Mungkin waktu dia dan Taehyung having sex di kelab malam dulu. Lama bukan untuk pasangan?
Dalhee tersedar dari lamunannya dan laju melepaskan dan menarik mukanya jauh dari Taehyung buatkan ciuman hangat mereka putus.
Mereka sebenarnya tidak patut bercium! Dalhee cuma pengaruh alkohol semata-mata.
"Wae,"
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
Lãng mạnCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...