66

377 50 3
                                    

"Aku tak naklah naik motor," Dalhee memuncungkan mulutnya apabila melihat Taehyung sedang membuka kunci pada kedua-dua tayar motornya. Bukan kunci keselamatan biasa-biasa, tapi kalau kasar-kasar nanti dia akan keluarkan siren. Sesuailah dengan motor mahal dia tu.

Taehyung memandang Dalhee.

"Motor tu tinggi sangat untuk aku,"

"Aku nak gak menunjuk dekat diorang aku ada motor ni... Mesti diorang terkejut, kau pregnant, aku ada motor macam ni..." Taehyung tersenyum sambil memandang motornya.

Ya, harinilah hari exam mereka. Hari yang ditunggu-tunggu oleh Dalhee. Akhirnya dia kembali ke sekolah selepas 6 bulan menghilangkan diri hanya untuk ambil exam dalam masa sebulan. Dan selepas itu dia akan terus menghilangkan diri dan acting seperti biasa.

"Meh sini try. Kau perempuan beruntung tau!"

Dalhee menjebik sahaja. Taehyung kemudiannya menyuruh dia naik tapi seperti yang dikatakan Dalhee, motor itu terlalu tinggi dengannya. Mungkin dia boleh cuba kalau dia tidak mengandung. Tapi sekarang perutnya menonjol sangat, mana mungkin dia tidak takut.

Taehyung ketawa. "Yela, yela. Kita jalan kaki..." Taehyung melutut sebelah kaki semula untuk mengunci semula motornya. Habislah dia kalau dia tinggalkan motornya tanpa dikunci, tempah maut namanya!

"Nervousla!" Kata Dalhee dan Taehyung melihatnya dengan senyuman.

Gila tak nervous. Lagilah mereka tidak tahu bagaimana suasananya. Dan belajar last minute lagi. Taehyung pula dia cuma cakap 'teman' Dalhee semata-mata. Katanya kalau Dalhee tak ada, tak ada masa dia nak focus benda begitu.

Tapi Dalhee percaya, Taehyung seorang yang pandai.

Mereka kemudian naik bas untuk ke tempat belajar mereka untuk lebih cepat dan jimat energy untuk perempuan mengandung macam Dalhee. Perempuan itu tidak lepas menghafal subjek harini. Sesekali dia mengingatkan kepada Taehyung benda yang pelik tapi boleh berikan mereka markah. Tapi Taehyung cuma santai. Sempat dia main game.

Mereka turun dari bas dan kelihatan pelajar lain yang sama pakaian dengan mereka berjalan menuju ke sekolah yang tidak jauh lagi dari situ.

Dalhee dan Taehyung saling berpandangan apabila dihadapan mereka ada sekumpulan perempuan berjalan bersama-sama, tentulah junior.

Lelaki idaman sekolah itu sudah kembali. Dan orang yang hilang tanpa khabar juga sudah kembali.

Dalhee memakai hoodie hitam Taehyung yang sesuai dengannya. Bajunya di dalam tidak dapat dibutang lagi itu benda yang buatkan Taehyung dan Dalhee ketawakan malam tadi. Tambahan lagi mereka memang beli baju yang padan dengan badan mereka.

Itu pun Taehyung datang ke sekolah sabtu lepas semata-mata untuk ambil pakaian Dalhee di dalam loker dan nota lain juga. Tapi nampaknya, apa yang dibawa Taehyung langsung tidak berguna lagi, mungkin.

Selangkah sahaja mereka ke pintu pagar sekolah, Dalhee dan Taehyung membuatkan semua orang tertumpu pada mereka termasuklah ajusshi guard.

Dalhee yang dulu sentiasa bergegas kalau dia terlewat datang sekolah seperti kawan-kawan sebayanya yang berlari masuk ke dalam dewan. Tapi dia yang sekarang santai sahaja seperti Taehyung. Tak akanlah mereka tak boleh jawab exam semata-mata datang 10 minit sebelum exam?

"Mereka pandang kitalah..." Bisik Dalhee pada Taehyung.

"Kau nampak lawa sangatlah tu..."

"Perli ke," Dalhee menjebik. Lawa apa dengan perut menonjol ke depan tu?

"Dia pregnant ke?" Itu benda yang Dalhee dengar dari mulut-mulut junior yang ada disitu. Mereka lagi terkesima melihat Dalhee dengan perut yang besar itu berbanding Taehyung yang kelihatan semakin handsome.

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now