40

459 51 3
                                    

"Dah bangun..." Dalhee meletakkan dua pinggan dan sudu di atas meja.

Dia kemudian menarik kusyen dibawah meja itu untuk Taehyung duduk. "Anja,"

Nasi goreng yang dimasak olehnya masih kelihatan panas, wap itu terbang ke udara.

Makan malam mereka kali ni nampak lebih baik. Biasanya Dalhee makan malam direstauran sahaja dan bawa pulang makanan untuk Taehyung makan. Tapi kali ni, mereka berpeluang makan bersama-sama dengan makanan yang sungguh menyelerakan.

"Tak sakit perut ke ni..." kata Taehyung sambil melihat Dalhee menyedok nasi goreng itu ke pinggannya.

"Mana ada. Takkan nak letak racun, rumah ni siapa nak bayar kalau kau mati..."

Taehyung tertawa kecil. Meskipun masih mamai, tak sangka itu yang difikirkan Dalhee dahulu.

Jarum panjang hampir mendekati angka 12, hampir pukul 8 malam. Lena betul Taehyung tidur. Mana taknya, mereka masing-masing tak tidur pun semalam. Banyak nyamuk dan tak selesa.

Taehyung menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Massiseo?" Dalhee tertunggu-tunggu jawapan Taehyung. Ini kali pertama dia masak selain ramen. Tambahan lagi dah 3 bulan dia tak masak, nak rasa yang betul-betul sedap tu mustahillah. Sekurang-kurangnya dia ada skill.

"Wah, tak sangka kau tak pandai masak..."

Dalhee menjeling Taehyung. "Menyesal tanya. Kau ingat aku tak ada lidah ke nak beza sedap dengan tak sedap?"

Mulut kata tak sedap tapi suapan demi suapan memang tidak dinafikan memang nasi goreng itu cukup sedap walaupun tiada secebis pun perasaan suka pada Dalhee. Ada yang kata, kalau orang hangat bercinta ni, kentut pun wangi. Masakkan tak sedap pun auto jadi sedap. Tapi, mereka bukan bercinta, mereka cuba bantu satu sama lain untuk terus survive. Nasi goreng itu masih sedap.

"Kaki kau tu pahal?" Taehyung yang tiba-tiba teringat bertanya.

"Oh... Sup tumpah..."

"Macam mana boleh tumpah?"

"Peninglah..."

"Aku nak nasihat kau satu benda..." Taehyung dan Dalhee saling menatap mata. Lelaki itu nampak serius sangat.

"Kita ni umur 18 tau. Kita sekarang dah tak belajar. Even gaji kau campur dengan gaji aku pun masih tak cukup nak survive. Nak ada bayi ni kos banyak. Skill tak ada, sijil tak ada, kerja apa yang kita boleh dapat? Kerja bodoh-bodoh je. Kau nak anak kau hidup susah? Kau sibuk kerja, anak kau duduk rumah seorang-seorang... Nak ajar dia hidup berdikari waktu kecil?"

Dalhee menguis nasi dipinggannya.

"Aku dibesarkan tanpa parent tau. Aku tak tahu macam mana aku waktu bayi mak bapak aku cuci ke bontot aku kalau aku berak. Even aku darjah 6 pun mak aku tak pernah ajar aku untuk mandi. Aku tak nak budak-budak lahir tanpa perhatian dari ibu bapa... Kau kena kerja 24 jam untuk ada anak."

"Kau faham apa point aku?"

Dalhee diam.

"Jadi parent waktu umur kita yang sekarang ni tak sesuai. Secara jujurnya aku tak nak jadi ayah sekarang..."

"Tak apa, aku boleh jaga sendiri..." Dalhee menjawab.

"Pergilah. Try kau keluar dari rumah ni. Nak tengok sengsara ke tak kau tanpa aku...inikan pula nak jaga baby sendiri."

Lama mereka diam.

"Aku nak hidup bebas Dalhee. Bagi aku hidup bebas. Aku tak ready untuk ada tanggungjawab. Nak layan kerenah kau. Baby lagi. Mana nak dapat duit untuk kita... Aku kena balik rumah awal sebab nak teman kau. Time cuti kena duduk rumah. Aku tak happy..."

Lama Taehyung membebel. Tapi apa yang Dalhee dapat cumalah sakit hati yang membuak-buak. Dia terus bangun dari duduknya dan mengangkat pinggannya yang masih penuh dengan nasi goreng – baru je makan sesuap dua tapi tulah orang kata. Nak berbincang lebih elok sebelum tidur. Kalau bincang time makan, bila sakit hati datang dulu, lapar tu hilang.

Nasi itu terus dibuang ke dalam tong sampah. Dalhee kemudiannya menghempas pinggan tu sehingga pecah ke dalam sinki.

"Orang nasihat je buat muka, buat perangai..."

Dalhee dengan kaki yang terencut-encut masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu menunjukkan perasaannya yang marah. Itulah perangai Dalhee. Taehyung selalu bebel. Tapi kalau mereka bergaduh, biasanya disebabkan Taehyung yang kuat bebel. Dalhee pula lebih kepada berdiam diri tapi tingkah lakunya jelas sekali yang dia tak okay dan rasa tak puas hati. Begitulah sebenarnya hidup mereka sepanjang 3 bulan bersama. Kejap baik, kejap sweet. Kejap gaduh, kejap bermasam muka.

Taehyung bangun dari duduknya. Dia membuka pintu dan masuk dalam bilik.

Kelihatan Dalhee sedang memasukkan baju-baju yang telah disusun elok dalam almari ke dalam beg bajunya.

"Kau ingat kau boleh hidup ke tanpa aku?" Taehyung menyoal. Soalan yang cukup buatkan hati Dalhee lagi membara.

Perempuan itu menyumbat semuanya. Dia zipkan beg itu dan mahu berjalan keluar, nak lihat sama ada dia sendiri tidak dapat hidup tanpa Taehyung atau Taehyung yang sebenarnya tidak dapat hidup tanpanya.

Tapi Taehyung menghalang. "Aku cakap elok-elokkan..."

"Tepilah," Dalhee menekan suaranya.

"Benda boleh bincang. Perangai macam nilah yang aku tak suka tau..."

"Kau ingat aku suka ke dengan sikap kau? Kau nak aku keluar dari rumah ni kan, boleh. Tepilah..."

"Kita bincang boleh tak..."

"Nak bincang apa. Kalau kau tak nak jaga baby ni tak apa, aku boleh jaga sendiri. Aku boleh disappear. Aku pun tak nak baby ni kenal ayah dia..." Tipulah kalau kata-kata Dalhee tak lukakn hati Taehyung.

"Bertenang okay,"

"Waktu kau minta aku gugurkan kau tak fikir betapa serabutnya aku rasa? Tak perlulah. Kita hidup asing-asing je. Aku bukan selemah yang kau fikirkan. Aku dah muak dengan kau... Tepi,"

"Dalhee..."

"Tepilah... Tepi!" Dalhee menguatkan suaranya buatkan dia melepaskan air matanya yang ditahan-tahan sejak tadi.

Dia berasa geram. Dia rasa marah. Dan dia rasa sedih yang tidak dapat dia luahkan dan tak dapat untuk dia lepaskan. Dia rasa stress kerana lebih banyak memendam perasaan kecewanya terhadap Taehyung. Tergamak sungguh lelaki tu minta untuk dia gugurkan sedangkan lelaki tulah yang rogol dia tanpa dia sendiri rela.

Dalhee menjerit dengan sangat kuat kerana berasa rusing sangat-sangat kerana tidak dapat melepaskan perasaannya. Dia sudah capai tahap maksima dimana dia tidak dapat lagi pendam perasaan.

Mengandung pada usia 18 tahun memang tidak mudah. Tapi itu bukan jawapan untuk dia gugurkan jalinannya. Mengandung atau gugurkan , kedua-duanya pilihan yang sukar untuk orang yang lalui benda ni. Kalau dia teruskan mengandung hingga bayi lahir, dia dan bayi akan hidup susah. Tapi kalau dia gugur, dia akan jadi pembunuh selamanya, bayi dah punyai jantung, sukar sangat.



[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now