85

335 54 8
                                    

Bunyi muzik yang berdentum-dentum dari kiri dan kanan telinganya buatkan bunyi notification telefonnya tengelam seratus peratus. Tapi kecerahan skrinnya yang tiba-tiba menyala buatkan Taehyung hilang focus dengan kawan-kawannya, ada notification yang muncul.

"Jap-jap," kata Taehyung dan melihat mesej yang dia terima.

Jam baru menunjukkan pukul 11 malam dan kelab malam ketika itu masih lagi 'sunyi'. Tidak ramai, jadi kawan-kawannya ajak lepak sekejap disini bersama beberapa shot Tequila.

Puan Shin
Nk call jap

Sekarang dah lewat tapi kenapa pula tuan rumahnya minta untuk call sedangkan mereka memang jarang contact. Jadi Taehyung ambil pilihan untuk call sahaja Puan Shin. Mungkin minta tolong apa-apa memandangkan rumah mereka dekat.

"Aku nak call orang jap," kata Taehyung meminta diri dan pergi ke suatu tempat disebalik pintu kedap bunyi, sekadar mengurangkan bunyi dentuman muzik, bukannya tiada sama sekali.

Dia kemudian call Puan Shin.

"Ya, ada apa Puan Shin?"

" Dalhee nampak tak okay." Suara Puan Shin separuh berbisik.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia demam, nampak teruk je ni. Saya ajak dia pergi hospital dia tak nak. Dari petang tadi lagi dia demam tapi sekarang makin teruk. Dia asyik mengigau je. Panas sangat," Kata Puan Shin dengan nada sangat risau.

"Lepastu dia tak bagi bagitahu kamu sebab kata kamu tengah kerja. Betul ke?"

"Ya, tapi saya balik sekarang..."

***

Tuan Shin membuka pintu untuk Taehyung. Jam sudah lewat 12 malam dan kedua-dua orang tua itu masih belum tidur. Jelas sekali seperti ibu bapa yang risaukan anak mereka walaupun mereka baru separuh tahun kenal.

"Bila dia datang rumah Tuan?" Tanya Taehyung sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

"Tengahari tadi. Dia kata dia tak sihat. Jadi dia nak duduk sini tapi kitaorang baru sedar malam ni panas sangat badan dia sampai mengigau." Kata Puan Shin.

Taehyung mengangguk faham. Puan Shin terus membawa Taehyung ke bilik dimana tempat Dalhee tidur.

Dalhee kelihatan nampak sedang tidur tapi jelas sekali tidak lena. Dengan tuala diletakkan di atas dahi. Dan sesekali dia berdecit kecil, mengigau sedangkan dia sedang tidur.

Laju Taehyung datang ke Dalhee dan cuba kejutkan kawannya itu.

"Dalhee," panggil Taehyung beberapa kali. Dipegangnya tangan sebelah kanan Dalhee dan terasa sangat-sangat panas dan berpeluh kuat.

Tuala di dahi Dalhee diambil dan dibasahkan lagi di dalam besen kecil yang terletak dimeja dikepala katil itu. Panas yang sehinggakan tuala itu juga terasa suam.

Taehyung mengelap muka Dalhee dan perempuan itu seakan-akan menangis dalam tidur. Mukanya berkerut-kerut. Terlalu panas sehingga menganggu otaknya.

Dia memandang Puan dan Tuan Shin kerisauan. Dia tidak pernah lihat Dalhee sakit sepanjang 8 bulan mereka duduk sebumbung.

"Saya nak bawa dia pergi hospital juga. Bahaya ni,"

Tuan dan Puan Shin mengangguk setuju.

Kedua-dua orang tua itu keluar dari bilik untuk bersiap ala kadar untuk bawa Dalhee ke hospital. Demam panas bukan benda boleh buat tak endah. Kalau hingga mengigau begitu maknanya macam-macam boleh jadi. Tambahan lagi Dalhee yang sedang mengandung sekarang.

"Taehyung," bisik Dalhee ketika matanya terbuka sedikit.

"Kita pergi hospital tau, kau demam teruk ni..."

"Tak nak," cakap Dalhee perlahan, dengan sangat lemah. Matanya tidak dapat dibuka kerana cahaya lampu bilik terlalu terang untuknya.

"Aku ada okay," dikucupnya dahi Dalhee sekilas dan tersenyum kecil. Dia risau tapi dia tidak mahu buatkan Dalhee lagi bertambah risau. Semuanya akan okay sahaja.

Dia mengangkat Dalhee turun dari katil dan terus keluar dari bilik. Mereka semua bergegas dan keluar secepat mungkin, Tuan Shin pula sudah siap bersedia keluarkan kereta dengan enjin kereta sudah ready untuk dibawa.

***

Sampai sahaja mereka dihospital, nurse disitu seperti tahu sahaja apa yang hendak dilakukan. Taehyung keluar dengan mendukung Dalhee, laju mereka mengeluarkan katil mudah alih dan bergegas dapatkan semua maklumat dari Taehyung.

Katil itu ditolak masuk ke dalam mana-mana bilik dan Dalhee diperiksa dan disentuh yang hanya orang berpendidikan medical sahaja yang tahu apa yang perlu dititikberatkan.

Walaupun lemah, tapi tangan Taehyung masih dipegang Dalhee.

Alat penafasan terus dipasang juga.

Suhu badan Dalhee sangat tinggi hinggakan doktor disitu meminta kebenaran Taehyung untuk mereka masukkan ubat-ubatan yang Taehyung langsung tidak tahu tapi mengiyakan sahaja kalau itu yang terbaik untuk Dalhee.

"Dah 8 bulan, betul?" Kata doktor disitu sambil memasukkan jarum ke dalam tangan Dalhee. Doktor, sekali pandang semuanya dia tahu kerana mereka berdepan dengan beratus-ratus pesakit setiap hari.

"Iya," Taehyung memandang Dalhee penuh kerisauan. Dia dicucuk tapi langsung tidak berikan respon sakit. Bila demam panas, deria juga menjadi kurang.

"Semuanya akan okaykan?" Soal Taehyung kepada doktor lelaki itu. Kalaulah dia seorang doktor sekarang, kalaulah dia ada kuasa atau apa-apa yang boleh sembuhkan Dalhee.

"Tentulah," kata Doktor itu dengan tenang. "Nasib baik awak awal, semuanya akan okay."




+++

Tbh aku geli gila dgn part ni but still cute😭
Anyone yg x suka benda romantic tapi still rasa benda tu cute ada x, tapi masih rasa geli😔

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now