64

369 55 1
                                    

Bunyi derungan motor dari luar buatkan Dalhee tersedar dari lamunannya.

Botol arak yang sudah habis diteguknya tadi dipandang sekilas sebelum dicampakkan ke dalam tong sampah. Arak yang tersimpan dalam peti ais lebih kurang 2 minggu lepas yang dibawa oleh Taehyung waktu dia mabuk haritu. Dalhee sendiri tidak sangka yang benda itu masih tersimpan. Masih berbaki dua tiga teguk.

Rasa sangat teruk seperti baunya.

Dalhee terus berjalan dan membuka pintu untuk Taehyung, mungkin penat sebab ambil 'full time' harini kononnyakan.

Taehyung memandang Dalhee atas bawah apabila dilihatnya Dalhee berpakaian cantik, blaus lilac dan seluar jeans hitam dan bertanya. "Pergi mana?"

Dalhee membuka baju sejuk Taehyung tidak ubah seperti pasangan suami isteri yang biasa dilihat dalam korean drama.

"Aku keluar dengan Puan Shin siang tadi, dia ajak. Lepastu lepak rumah dia sebab husband dia outstation, dia sunyi..." Kata Dalhee, benda betul.

"Aku pun sunyi," Dalhee tersenyum nipis dan terus berjalan masuk ke bilik untuk mengantung baju sejuk Taehyung dan kembali semula. "Kau dah makan? Aku masak favourite kau..."

"Boleh juga..."

Dalhee terus membuka peti ais dan panaskan makanan yang dia masakkan siang tadi dan dimasukkan ke dalam periuk leper.

Taehyung pula terus sahaja mandi. Kerja 12 jam kan, mestilah penat, melekit dan lapar.

Dalhee sediakan semuanya untuk Taehyung seperti yang sepatutnya. Dia tak bekerja. Walaupun dia ambil kerja sambilan dirumah selepas berhenti kerja untuk mengupas kulit bawah putih & merah dan juga kentang di sebuah restauran, dia tak rasa benda tu benda yang susah atau memenatkan. Itu cuma duit poket.

Jadi dia nampak seperti seorang isteri. Memasak. Kemas rumah. Sediakan itu ini untuk Taehyung dan layan lelaki tu, mungkin ramai akan salah faham. Tapi dia sentiasa ingatkan dirinya yang dia buat semua tu hanya kerana Taehyung menolongnya. Jadi dia kenalah tolong lelaki itu juga.

Selepas beberapa minit, Taehyung selesai mandi dan telah menukar baju tidur. Dia duduk di atas kusyen, dimeja jepun yang telah terhidang lauk dan nasi.

Dalhee mengelap tangannya yang basah dituala apabila Taehyung sudah bersedia untuk makan. Dia juga duduk dimeja itu dan mereka sama-sama makan. Dakgalbi, japchae dan nasi putih yang telah digaul dengan tuna dan perisa yang lain.

Taehyung makan dengan penuh selera dan memuji Dalhee kerana sentiasa rasa terharu kerana dapat makan makanan sesedap itu. Dalhee pun dia ada juga masak dirumah. Jadi, tiada masalah setakat nak tengok menu dalam internet, first try pun terus je rasa sedap begitu.

"Aku tak pernah merasa masakkan rumah," Taehyung memulakan topik perbualan mereka haritu. Hari yang sangat sunyi bagi Dalhee.

Dalhee memandang Taehyung.

"Waktu aku kecil parent aku selalu beli, mak aku tak pandai masak...tapi makan sehari sekali je," kata Taehyung lagi menyambung ceritanya.

"Mak kau tak pernah masak langsung?"

Taehyung mengeling kepala. "Kalau ada pun goreng telur atau masak nasi tapi jarang gila."

"Orang selalu fikir jadi orang tengah dalam jual dadah ni akan kaya kan, sebab jual dadah kot, susah dapat dan berisiko. Tentulah mahalkan, untung banyak kalau ramai kenal. Lagi mahal lagi sedaplah..."

"Waktu aku kecil aku selalu fikir parent aku miskin. Aku tak minta dekat diorang mainan ke apa ke baju baru ke... Tapi bila dah besar sikit, waktu dah pandai kira duit aku fikir, mak aku kaya gila. Mak aku selalu bawa aku jumpa supplier dan customer dia jadi aku tahulah untung dia berapa tapi memang banyak."

"Tapi aku masih tak cukup makan. Sampai parent aku lupa nak bagi aku makan. Sebabnya, duit tu diorang beli dadah yang diorang nak. Orang jual dadah dan ketagihkan dadah duit tu pusing-pusing antara diorang je. Untung banyak tapi tak nampak..." Taehyung tersenyum sinis. Menceritakan pengalaman dia dengan keluarga yang berbeza dengan orang lain.

"Tapi untung besar kalau jual dadah tapi tak ketagih," Taehyung tersenyum lagi dan memasukkan makanan ke dalam mulutnya.

"Kau jual dadah?" Dalhee bersuara. Benda itu cuma terlintas dalam kepalanya.

Taehyung ketawa besar, terkejut dengan apa yang difikirkan Dalhee.

"Someday. Aku tak jumpa supplier lagi," kata Taehyung bergurau dan terus ditampar Dalhee.

"Kau jangan eh,"

Taehyung ketawa besar melihat Dalhee sudah mula rasa tidak puas hati.

"Aku jual je, bukan aku hisap. Kenapa nak marah? Kita boleh kaya sama-sama..."

"Tak naklaa,"

"Wae?"

"Bahayalah. Nanti orang tanya rasa macam mana, takkan kau nak try sebab nak bagitahu orang rasa dia macam mana, macam tu?"

"Dalhee, orang beli dadah tak tanya rasa tau. Diorang pun tahu sendiri, lagi mahal lagi high. Bukan macam arak, ada perisa."

Dalhee menjebik.

"Tak kisahlah. Nanti kau kena tangkap. dipenjarakan ke. Kerja tu bahaya sangat-sangat. Dan tak elok tau,"

"Aku jual je, terpulanglah diorang nak feel the moment ke mungkin yang beli diorang nak uji kaji. Diorang nak buat ubat. Kita mana tahu. Macam orang jual pisau, dia jual je. Ada je orang beli pisau untuk bunuh orang. Tak elok ke jual pisau kalau macam tu? Kita jual je tau,"

"Ish!"

Taehyung ketawa melihat Dalhee hilang kata-kata dengan apa yang dia katakan. Benda logik dan fakta yang tidak dapat dilawan.

"Aku gurau jelah. Tak kan aku nak lol anak aku jadi macam aku. Mesti dia malu waktu cikgu tanya ayah dia kerja apa..." Mulut Taehyung dimuncungkan menunjukkan anaknya diperut Dalhee.

"Gomawo," kata Taehyung lagi.

"Untuk apa?"

"Sebab masakkan aku makanan sedap-sedap. Aku tak sangka masakkan rumah berbeza dengan kat kedai."

Dalhee tersenyum.

"Aku tak pernah jaga makan dari kecil lagi. Ada kau perut aku sentiasa kenyang..." Taehyung sekali lagi memuji Dalhee buatkan perempuan itu kemerahan pipinya.

"Esok aku nak makan seafoodla, boleh?"

Dalhee mengangguk laju dan tersenyum lagi.

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now