"Biasa Taehyung balik pukul berapa?"
Dalhee terus menjeling ke jam di dinding dan memikir sejenak. Sudah seminggu dia berpantang dan baru malam ni Taehyung menghilang entah ke mana. Tidak lama mana, baru pukul 11 tadi. Hilang tanpa khabar. Dan sekarang pukul 12 malam tepat.
"Mungkin lambat," kata Dalhee kepada Karina yang duduk bersimpul dihadapannya itu. Sudah hampir 30 minit mereka berbual selepas sebulan dua mereka cuma berbual dalam instagram.
Ada sekali dua mereka bertembung dulu-dulu. Dan Dalhee sangat tidak sangka yang Karina adalah lebih daripada apa yang dia jangka. Perempuan tu layan dia sebagai seorang kawan. Tidak dinafikan betapa menonjolnya pakaian Karina yang sekarang jika nak dibandingkan dengan dia yang hanya gaun tidur paras lutut. Dengan muka yang sangat pucat berbeza dengan Karina seperti watak kartun yang cantik.
"Tak apalah. Aku pergi dululah, sengaja je singgah kebetulan lalu sini tadi." Kata Karina sambil bangun dan meletakkan beg tangannya dibahu. Kemudian membetulkan gaun sendatnya yang terdedah.
"Tapi sekarang hujan lebat, tunggulah dulu sampai berhenti." Kata Dalhee, memujuk tetamunya. Entahlah, tak senang duduklah pula lihat tetamu pergi waktu hujan ni.
"Tak apa, kalau Taehyung balik nantikan susah." Kata Karina sambil tertawa buatkan Dalhee mengangguk faham, betullah tu. Karina cerita tadi Taehyung dah beri warning kepada dia untuk tak apa-apakan Dalhee. Mungkin lelaki tu salah faham. Karina jauh lebih baik daripada apa yang dia fikirkan.
"Lepas aku pantang nanti bolehlah kita keluar makan sama-sama," kata Dalhee sambil tersenyum nipis. Dia juga bangun, mahu menghantar Karina sebagai tetamunya.
"Sure. Nice!" Karina nampak tertarik dengan cadangan itu.
Mereka nampak tersangat kekok sedangkan Karina datang cuma mahu tengok keadaan Dalhee. Mereka berdua ibaratkan bumi dengan langit. Jauh beza darjat mereka.
Karina kata dia tinggal di kondo, seorang diri. Jadi kehidupan dia sangat membosankan sebenarnya kerana kerja dia yang sentiasa kena layan kerenah lelaki. Nak buat macam mana, rupa dia memang menunjukkan itulah kerjayanya.
Melihat perempuan seperti Karina ini betul-betul hidup dia berfikir tidak henti bagaimana Taehyung boleh rasa horny padanya dulu. Maksudnya, ramai lagi perempuan cantik tapi mengapa dia yang terbantut tumbesaran?
Seketika kemudian pintu dibuka dulu tidak sempat Dalhee untuk bukakan untuk Karina.
Wajah Taehyung kelihatan dihadapan pintu dengan rambut yang sedikit kebasahan, begitu jugalah dengan bajunya.
Taehyung agak terkejut. Yang dia tahu dia hanya tinggal dengan seorang perempuan tapi bagaimana berdua pula? Matanya terus memandang Karina disebelah Dalhee dengan mata yang sangat geram. Apa yang dia fikirkan, perempuan tulah yang cuba hancurkan hubungan dia dan Dalhee. Taehyung lebih sensetif daripada Dalhee.
Tangan Karina terus ditarik kuat keluar dari rumah itu sehingga perempuan tu terjatuh ditengah-tengah hujan memandangkan rumah mereka memang tak ada bumbung. Tindakan lelaki itu terlalu drastik seperti petir.
"Taehyung!" Jerit Dalhee laju dan meredah hujan membantu Karina yang jatuh tertumus.
Kedua-duanya basah lecun.
Dalhee cuba untuk bangunkan Karina yang nampak sangat-sangat kesakitan itu tapi tidak berjaya apabila Taehyung menarik Dalhee, tidak benarkan untuk Dalhee sentuh perempuan macam tu.
"Apa kau ni!" Dalhee menepis dan membangunkan Karina.
Apa yang merisaukan Dalhee apabila lengan Karina terkoyak besar hingga darahnya dah bercampur dengan titisan hujan yang jatuh dari langit. Makeup Karina juga sudah cair dan rambutnya sudah rosak.
"Aku okay," kata Karina pada Dalhee dan tersenyum. Dia cuba untuk bangun dengan sendiri dan ya, mereka bukan dalam sebuah drama sehingga Karina tidak mampu berjalan cuma dengan satu tolakkan.
Taehyung menarik Dalhee lagi supaya terus masuk ke dalam rumah. Taehyung sangat kuat sehingga Dalhee tidak dapat melawan. Apa yang dia dapat lihat hanyalah samar-samar Karina pergi dari pagar kawasan rumah mereka sebelum pintu ditutup rapi oleh Taehyung.
"Apa masalah kau!" Marah Dalhee.
"Aku dah katakan jangan kawan dengan dia."
"Dia datang nak tengok aku je, bukan nak cari gaduh." Dalhee cuba untuk pertahankan Karina.
Taehyung terus meletakkan barang yang dibelinya itu di atas meja dan mengambil secawan kaca dan sepiring kosong yang digunakan untuk menghidang makanan tadi diambil dan terus dicampak ke dalam tong sampah. Kalau boleh dia tak nak ada kesan DNA pun!
"Ada ke pencuri datang untuk beritahu dia nak mencuri?" Taehyung menjeling Dalhee dari arah dapur. Apa yang dia cuba sampaikan yang Karina cuma berpura-pura seperti perempuan baik.
"Stop being so sensetive lah, Taehyung. Benda dah berlalukan. Kalau cedera perempuan tu tadi macam mana?"
Taehyung meraut mukanya geram. Rambutnya ditolaknya ke belakang dan menghembus nafas geram, sungguh dia tidak faham sebodoh inikan Dalhee sebenarnya? Dia innocent atau bodoh?
"Dia nak jumpa aku, bukannya kau. Dia sampai tak nak bertembung dengan kau."
"Ya sebab dia tahu apa akan jadi kalau bertembung dengan aku," kata-kata Taehyung buatkan Dalhee terdiam seribu bahasa.
"Kalau aku nampak kau mesej dia lagi-"
"Apa kau nak marah sangat kalau kau pun having sex dengan dia sedangkan aku fight untuk bersalin? Dia yang goda kau atau kau just teransang dengan dia? Ada aku marah kau dan dia sebab buat seks time aku meneran macam orang gila?" Jawab Dalhee panjang lebar. Dia tahu segalanya. Dia dan Karina ibaratkan online friend. Orang yang tidak pernah jumpa pun boleh tahu the hold story meskipun kekok ketika pertama kali perjumpaan. Tapi sumpah, dia dan Karina tidak terlepaskan apa-apa pun rahsia lebih daripada segalanya.
"Kau nak marah dia macam kau orang yang tak bersalah dan paling suci,"
"Tapi ada ke aku marah kau lagi sebab tidur dengan dia dan perempuan lain? Sudahlah benda dah berlalu. Tak ada sesiapa yang betul."
"Kau tak faham aku cuba selamatkan relationship kita," Taehyung mendekati Dalhee dan memegang tangan perempuan yang dicintainya itu.
"Dah jadi hak milik pun risau ke," kata Dalhee kemudian tertawa kecil. Wajah mulus Taehyung yang masih lembab terkena hujan dipegangnya.
"Itulah yang aku risau,"
Dalhee menjongketkan sedikit keningnya. Tidak faham.
"Kau bukan hak milik aku lagi..."
***
Sumpah aku menyampah dgn ff ni, entah bila nak habis, penuh dgn dramatic even aku x suka dramatic, dasar perempuan... Dah siap tulis baru sedar betapa dramaticnya diri ini... Nak delete rasa membazir erm
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomanceCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...