03

1.1K 54 0
                                    

Hari berlalu seperti biasa. Tiada apa-apa yang hebat yang terjadi sepanjang minggu itu selain dari budak baru yang bernama Kim Taehyung.

Dia bukannya sombong hingga tidak bertegur dengan orang. Cumanya Taehyung pilih untuk tidak punyai kawan tapi apabila orang cuba berbual dengannya, dia hanya menunjukkan sikap yang mesra. Gituw.

Dalhee berkerut-kerut kening mendengar apa yang Saem Jihyo ni cuba sampaikan. Sebenarnya dia dari tadi dengar sahaja apa yang Saem Jihyo bincangkan dan tiada erti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tetapi dia terlupa untuk fahami dengan akal fikirannya.

"Boleh semua?" soal Saem Jihyo. Kelas itu kemudiannya bersuara. Tetapi hanya Dalhee je tidak faham arahan seringkas tu.

"Apa dia cakap tu, raju?" tanya Dalhee sambil memandang Taehyung.

Dalhee menjadi deskmate Taehyung sejak hari kedua Taehyung pindah. Ceritanya begini, Dahyun yang ajak borak, dia yang kena pindah tempat. Macam budak sekolah rendah...

"Tulah apa Saem cakap dengar,"

Dalhee mengeluh. Bukan masalah dia pekak atau apa. Cumanya bila duduk paling belakang ni, otak pun jadi kebelakang juga.

"Ni, saem suruh bincang dan letak jawapan kat whiteboard. Berpartner. Kita punya yang paling last," terang Taehyung, sedaya upaya untuk meringkaskan apa yang Saem Jihyo terangkan secara ringkas tu.

"Apak susah!" Dalhee melihat soalan last sekali sebab dia tahu, yang lastlah yang paling susah.

"Kau pandai buatkan?" tanya Dalhee yang. Dia tahu je kepandaian Taehyung. Taehyung focus je dengan mana-mana kelas.

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now