"Apa ni?"
Dalhee mengeletar teruk memandang pandangan appa yang kelihatan sangat-sangat marah. Eomma pun tidak kurangnya. Biasanya eomma akan bebel setiap kali dia sedang marah tapi kali ni, mungkin dia pun hilang kata-kata. Begitulah reaksi Dalhee pertama kali dapat tahu yang dia mengandung.
Apa yang timbul dalam fikiran Dalhee sekarang adalah menipu sahaja jalan yang terbaik kerana dia masih belum sedia untuk ceritakan hal ini.
Dia mengeletar teruk, mungkin penipuannya akan kelihatan sangag ketara.
"Jawab! Anak siapa?!" Appa menengking dengan sangat kuat. Tak sempat untuk Dalhee duduk atau berbuat apa-apa.
Dalhee kaku, mengeletar dan rasa dalam sangat ketakutan.
"Patutlah haritu kau beria sangat nak keluar. Kau pergi belajar ke menyundal dengan jantan?" kata-kata eomma cukup buatkan dirinya akhirnya ditampar dengan sangat kuat.
"Dalhee boleh ceritakan–"
"Anak kau dalam tu siapa nak jaga? Siapa nak bagi makan? Entah anak jantan mana aku nak bagi makan," bebelan Eomma kali ni tak pernah sepedih itu.
Dalhee rasa lemah tiba-tiba dan pening buatkan dia jatuh terduduk. Namun begitu langsung tidak diendahkan oleh parentnya. Dia pernah dengar satu cerita waktu dia kecil-kecil dulu dimana salah satu adik beradik eomma mengandungkan anak tidak sah taraf dan dibuang oleh nenek dan atuknya. Katanya, hingga sekarang tidak dengar khabar. Tiba-tiba je dia teringat tentang cerita tu. Dan satu nasihat suatu kala mengapa eommanya tidak benarkan dia dan adik beradiknya bercinta sewaktu belajar.
"Pandai-pandailah kau tanggung anak kau tu. Aku tak nak bagi makan dekat budak bukan darah daging aku!"
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomanceCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...