82

371 59 11
                                    

"Kata nak tidur, main phone lagi?" Tegur Taehyung sambil menutup lampu dan naik atas katil - bersebelahan dengan Dalhee dan bersedia untuk tidur.

Bila ditegur terus dia tutup dan letakkan ditepi bantalnya. Laju dia membelakangi Taehyung.

"Moody gila kau. Bercakap dengan aku pun sepatah dua..."

Dalhee diam. Kedengaran samar-samar bunyi cengkerik dan katak saling bersahut-sahutan diluar.

"Kau marah dekat aku ke sebab asyik kerja je?" Soal Taehyung lagi, hanya memandang belakang badan Dalhee.

Dia cuma agak je. Lagi-lagi Dalhee bukan seorang yang tunjuk dia merajuk. Cara dia merajuk adalah dengan jadi marah. Ego bukan?

Taehyung mendekatkan badannya dengan Dalhee.

"Kalau aku tak kerja kita nak makan apa? Nak duduk mana? Tapi kalau kau nak tahu, kau boleh je suruh aku cuti kalau kau nak. Everytimes untuk kau," bisik Taehyung dan berharap esok Dalhee akan jadi lebih baik. Mungkin masih ego untuk berbaik harini.

***

Selepas kali ketiga untuk kali ini Taehyung cuba call  Dalhee, akhirnya panggilannya dijawab oleh Dalhee dalam talian. Taehyung mendengus geram. 10 minit yang lepas pun dia ada call tapi hanya ditinggalkan berdering begitu je.

"Eodiya? Kau ni, asyik menghilang je? Call pun susah betul nak angkat," Soal Taehyung sedikit geram.

Bangun tidur je Dalhee tak ada tapi dia cuma ingat mungkin Dalhee pergi kedai atau apa, tapi walaupun selepas hampir sejam Dalhee tak balik lagi. Tambahan lagi dia bangun lewat harini. Dah lama tak cuti dan asyik bekerja keras untuk dia dan Dalhee survive. Orang kata bila ada bayi, kos banyak.

"Kau ingat semua benda aku boleh buat laju ke? Ingat phone aku sentiasa dekat tangan?" Dalhee membidas dari dalam telefon buatkan Taehyung menjauhkan telefonnya dari telinganya untuk lihat, betul ke dia bercakap dengan Chae Dalhee?

"Aku tak marah. Risau tahu tak, risau..." Terang Taehyung pendek. Dalhee hanya mengiyakan sahaja dengan suara annoying.

"Eodiya?"

"Hospital,"

"Mwo??? Waeee?"

"Aku tak sedap badanlah,"

"Kau nak beranak ke? Hospital mana?" Taehyung sedikit gelabah dan bangun dari duduknya dan terus masuk ke dalam bilik.

"Bukan. Aku check je. Baru selesai ni. Nak ambil ubat apa semua, lepastu balik."

"Buat gelabah jelah. Hospital mana? Biar aku ambil."

"Tak payah,"

"Dalhee... Aku cuti ni kan,"

"And what the problem?"

"Hospital biasa kan?"

***

Taehyung melambai ke arah Dalhee yang baru sahaja keluar dari pintu utama hospital itu. Dalhee nampak tidak gembira langsung , dia nampak seperti tidak selesa tetapi masih datang hampir.

"Kau ni manjalah," kata Taehyung tiba-tiba.

Dalhee berkerut pelik.

"Bila orang asyik kerja je mulalah buat muka, tak nak bercakap, annoying, nak marah je. Merajuk tak mau cakap. Manja betul, wife siapa r ni!" Taehyung memicit kedua-dua pipi Dalhee tapi laju ditepis.

Rimas je rasanya!

"Aku bukan wife kau," Dalhee terus berjalan tinggalkan Taehyung tapi lelaki itu terasa seperti berbunga. Dia tersenyum gembira dan cuba berjalan seiring dengan Dalhee kerana perempuan itu jalan lebih lambat dari biasa, normal untuk perut seperti itu.

'Bukan wife' konon. Innocent betul! Fikir Taehyung.

"Haiii...aku kena beli kereta r nampaknya ni. Perempuan lain nak naik motor dengan boyfriend dia tapi nampaknya girlfriend aku nak nampak mewah, bukan romantic." Kata Taehyung seakan-akan berbisik dengan diri sendiri tapi sengaja kata kuat untuk orang sebelahnya dengar.

"Jomlah, kita beli kereta sekarang?"

"Boleh tak kau jangan annoy aku?" Dalhee memegang palang sewaktu melangkah beberapa anak tangga menuju ke kafeteria.

"Garanglah kau ni, hurm..."

Dalhee diam dan teruskan langkahnya masuk ke dalam kafeteria. Taehyung ikutkan sahaja. Taehyung datang sini pun dengan pengangkutan awam. Dia tak naik pun motornya sebab dia tahu, Dalhee tidak mahu punya.

"Kau tak makan lagi ke?"

Soalan Taehyung tidak diendahkan. Dalhee meminta kepada seorang ahjumma itu untuk bungkuskan ayam goreng dan sebungkus nasi putih.

"Dekat rumahkan ada nasi. Bukan kau masak ke siang tadi? Kenapa nak beli?" Taehyung pelik. Seingat dia, Dalhee masakkan lauk kegemaran dia, dia ada tengok kat dapur tadi tapi niat nak makan dengan Dalhee sahaja.

Cuma pelik, kenapa ada makanan dirumah tapi masih nak beli? Sebab Dalhee suka makanan rumah lebih dari makanan diluar. Tapi kali ni berbeza.

"So? Rasa berdosa ke aku makan benda lain?" Soalan Dalhee kedengaran agak sinis tapi Taehyung berkerut. Entahlah, garang betul Dalhee harini.

Dalhee kemudian keluarkan dompetnya. Tapi dompet ni lain dari biasa Taehyung nampak. Ini dompet Dalhee yang lama – dompet yang perempuan tu pakai sewaktu Taehyung tidak berduit. Tapi sebelum ni Dalhee pakai je dompet yang dia belikan. Kenapa tukar?

Taehyung melihat dompet Dalhee kosong, hanya tinggal sehelai je kertas berwarna yang telah dibawa keluar untuk bayar makanannya.

Ahjumma itu datang dengan pesanan Dalhee. Laju Taehyung keluarkan duitnya dari dalam dompet dan menghalang tangan Dalhee.

"Ambil duit saya, saya bayarkan." Kata Taehyung kepada ahjumma itu.

"Tak payahlah," Dalhee memandang Taehyung geram. Mereka sama-sama hulurkan duit. Bezanya, Taehyung berikan duit besar tapi Dalhee berikan duit cukup-cukup je.

"Ambil duit saya, saya yang order." Laju Dalhee mengambil plastik dari tangan ahjumma itu, serentak dengan itu duit ditangan Dalhee juga bertukar tangan.

"Tak apa, ahjumma ambil duit ni, saya perlukan duit kecil. Alang-alang je," nampaknya permintaan Taehyung lebih berkesan. Duit Dalhee kemudiannya berubah tangan lagi ke Taehyung dan ahjumma itu terima sahaja duit besar.

Seketika kemudian, baki dipulang.

"Annoying betul," bisik Dalhee pula, masih didengari Taehyung.

Mereka berjalan beberapa langkah dari situ. Taehyung mengambil dompet dari tangan Dalhee dan dibukanya.

Memang tak ada duit langsung sedangkan dia sangat rasa yang dia berikan Dalhee duit lebih dari cukup hampir setiap hari.

Duit Dalhee yang tadi dan bakinya yang masih dalam jumlah yang banyak dimasukkan ke dalam dompet itu kesemuanya.

"Jangan bagi dompet kau kosong. Bahaya. Anytimes kau mungkin perlukan duit..." Pesan Taehyung dan letakkan semula dompet itu di tangan tuan badan.

"Aku pun ada duit,"

Taehyung tersenyum nipis.

Tangannya diletakkan di atas bahu Dalhee dan mengajak perempuan itu balik.

"Aku cari duit untuk kau. Sebelum ni parent kau bagi kau duit. Tapi aku dah rosakkan kau, jadi aku kena baikikan balik walaupun tak sama macam yang asal," umbun Dalhee dicium sekilas.

[✓] Toys | TaehyungWhere stories live. Discover now