"Kau tak reti buka telefon ke harini?" Dalhee terus bangun dari duduknya di tangga apabila kelihatan Taehyung baru pulang entah pergi ke mana. Dengan lagak bersahaja dan rokok dibibirnya.
Taehyung hanya pandang atas bawah. Bukan perkara baru pulang waktu malam. Lagipun bukannya lewat pun, baru pukul 8 malam.
"Apahal kau ni..." Taehyung terus naik tanpa bertanya.
Lelaki itu kemudiannya tidak perasan apa-apa. Berjalan bersahaja terus ke muka pintu. Putung rokok yang sudah habis dihisap itu dicampakkan ke tepi. Berbeza sekali dengan reaksi Dalhee siang tadi. Tambahan lagi perempuan tu dah kemas semua barang yang bersepah itu dalam begnya. Bila difikir-fikir, memang tiada apa-apa barangnya yang tertinggal.
"Tombol pintu tu dah tukar tau. Kita kena tipu ke?" kata Dalhee buatkan Taehyung terjegat depan pintu.
"Kau dah bayarkan bulan ni punya?" tanya Dalhee lagi minta kepastian.
"Asal kau tak call aku awal-awal?" Taehyung memusingkan badannya memandang Dalhee dengan raut wajah geram.
"Kau yang tak angkat call berapa banyak aku call. Kau tak ada charger ke masalahnya!" Dalhee membidas. Punyalah lama dia tunggu.
Taehyung terus mengusutkan kepalanya. Dia sudah bayar duit sewa bulan ni, tepat-tepat 1 haribulan sewaktu dia dapat gaji. Sekarang gaji pun tak ada, rumah pun lesap. Walaupun ini perkara biasa untuk dia yang hidup bebas, tapi siapa tak geram bukan?
"Mana tuan rumah? Biar aku deal dengan dia..." kata Dalhee lagi cuba untuk cari jalan penyelesaian.
"Tak payah. Anjing macam tu tak payah deal... Macam ni je cara dia..." Taehyung mengundur ke belakang sebelum menendang dengan sangat kuat pintu itu buatkan Dalhee terkejut.
Di tendangnya banyak kali mengunakan kakinya dan kekuatan tubuh badannya yang dihayun ke pintu beberapa kali.
"Sudahlah. Nanti orang buat report," Dalhee menarik tangan Taehyung, cuba hentikan lelaki itu tapi terus ditepis.
Ditolak beberapa kali pintu itu. Tombol yang baru dipasang itu juga ditendang banyak kali. Taehyung mungkin akan buatkan pemilik tu kerugian sama seperti dia rugi sekarang ini.
"Dahlah tu, Taehyung..." Dalhee sungguh tidak sangka seperti ini rupanya perangai Taehyung. Lelaki itu nampak sangat tekad untuk hancurkan semuanya sehinggalah pintu itu betul-betul pecah dan hancur.
Siapa sangka pintu itu benar-benar pecah.
Taehyung masuk dengan perasaan sangat geram. Dia banyak habiskan duit untuk ubah suai serba sedikit rumah itu untuk lebih selesa. Ya, memang tak banyak, tapi dia juga kerugian banyak kerana sewa bilik yang sangat-sangat kecil, tak padan dengan harg yang ditawar.
"Dahlah, better deal dengan pemilik tau..." Dalhee menarik tangan Taehyung lagi. Bagi Dalhee benda boleh bincang cara baik tapi dia hanya hidup senang lenang sebelum ini, semua benda boleh dibincang. Tapi bagi Taehyung yang cukup bebas, tak ada apa yang perlu dibincang dengan orang bodoh. Orang deal cara bodoh, kita pun kena deal cara bodoh. Kalau beri muka dekat 10 orang jahat, 10 kali kerugian akan dapat. Dia bukannya ada syarikat nak anggap sedekah. Dia tak ada apa-apa. Jadi bagi Taehyung, lebih baik kalau dua-dua pihak alami kerugian.
Taehyung mengambil mangkuk kaca yang tersusun elok dikabinet itu kemudiannya dibaling ke cermin yang dibelinya itu. Itu duit dia, suka hatilah dia nak pecahkan atau tidak tapi Dalhee masih beria untuk bersangka baik, tapi siapa kisah kan.
Almari kayu yang kosong itu juga ditendang sehingga pecah. Langsung tak beri peluang untuk kitarkan lagi nanti.
Semua pinggan mangkuk yang ada dipecahkan. Peti ais juga tidak kurang jadi mangsa. Dia cuba untuk cabutkan pintu itu dan Dalhee cukup tidak sangka kekuatan Taehyung bukan satu gurauan. Pintu kabinet juga dipecahkan.
Bilik itu mula berhabuk buatkan Dalhee terbatuk-batuk, sangat sensetif.
Habis dimusnahkan di bahagian depan, dia pergi ke bilik air dan menjatuhkan sinki dengan begitu mudah.
"Sudahlah dah teruk tau kau buat ni..." Dalhee tak mampu halang. Taehyung sepertinya pekak. Tak ada apa yang mampu melembutkan hati lelaki itu.
Jamban juga dipecahkan. Tangki air juga dibuka dan dicampak ke pantai hingga pecah. Semuanya rosak. Ibaratnya kalau pemilik datang, hanya dinding dan lantai je yang okay. Semuanya perlh dibaiki untuk disewa ke orang lain.
Kat sini Taehyung hanya nak beri pesanan yang orang tu menipu dengan orang yang salah.
"Cukup okay?" Dalhee cuba memujuk Taehyung yang terjegat dalam bilik air dengan raut wajah sangat geram. Ya cukuplah kalau semuanya dah musnah.
Kalau boleh dia nak bomkan je tapi masih fikir yang dibawah ni ada penghuni lain. Cukuplah tuan rumah je tersesak. Lagipun Tuan rumah bukan kenal dia. Bukannya ada apa-apa pendaftaran pun. Deal pun dari mulut.
***
Kedua-dua cup me dipegang dengan berhati-hati sementara dikepit pula air mineral dan minuman manis dikedua-dua lengannya. Ditangan panas, di dada pula sejuk.
Dalhee meletakkan semuanya di atas meja batu. Dibelinya di kedai serbanika yang tidak jauh dari situ. Jam sudah pun tepat pukul 9 malam. Angin Taehyung sudah semakin reda. Dari tadi semua benda dibebelnya.
Dia kemudiannya mengeluarkan tisu basah yang dibeli tadi dan mengelap kedua-dua tangan Taehyung yang hitam dan kotor itu. Banyak luka dan bercalar juga dan kemerahan. Ada yang sehinggakan melecet. Mesti pedih kena tisu basah ni.
Taehyung diam.
"Kalau kita buat baik, nanti Tuhan balas baik tau..."
"Kalau macam tu kau tak payah stay dengan aku. Pergi cari makan tempat tinggal sendiri. Aku tak stay dengan orang yang tak reti hidup susah..."
Dalhee mendengus. Macam tulah Taehyung. Garang dan degil. Semuanya dia je yang betul. Tak terima nasihat apa-apa pun kedana difikirkan Dalhee orang baru dalam dunia begitu.
Siapa kata perempuan always betul?
Tapi kalau nak minta sex, minta layan dia macam raja dan berikan body, dialah lelaki paling baik Dalhee pernah jumpa. Lelaki semua sama. Nakkan body semuanya sanggup.
"Makanlah..." Dalhee menolak sedikit secup maggi kepada Taehyung. Satu lagi diambilnya dan dihirup laju. Dia sebenarnya sangat lapar. Dari siang lagi dia tak makan gara-gara tunggu Taehyung dan kalau-kalau tuan rumah datang waktu dia pergi makan nanti. Dan lepastu nak layan kerenah Taehyung lagi. Secara jujurnya, sepanjang 3 bulan dia sebumbung dengan Taehyung, lelaki itu sangat cerewet. Kalau lelaki lain, perempuan semua betul. Tapi bagi Taehyung, Dalhee tak pernah betul.
"Kau tak nak gugurkan je? Aku penat dah tau..."
YOU ARE READING
[✓] Toys | Taehyung
RomanceCuma satu jawapan yang mampu buatkan jantungnya hampir-hampir gugur tapi dia mengorakkan senyuman. Kadang-kadang kita tanyakan soalan untuk mengharapkan kejujuran seseorang tapi tak sedar yang kejujuran tulah yang boleh hancurkan dunia kita. Tak sem...